Connect with us

Antarabangsa

China kutuk serangan bom di Kabul, gesa kerajaan Afghanistan lindungi rakyat semua negara

China mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengebom berani mati di Kabul meragut sekurang-kurangnya lima nyawa manakala 40 lagi cedera, dan menggesa kerajaan Taliban Afghanistan dapat melindungi rakyat dari semua negara, termasuk warga China.

Wartawan TMT

Published

on

China kutuk serangan bom di Kabul, gesa kerajaan Afghanistan lindungi rakyat semua negara
Foto: Pasukan keselamatan Taliban Afghanistan mengawal lokasi serangan pengebom berani mati di Kementerian Luar di Kabul.
  • China mengutuk keras serangan pengebom berani mati di Kabul meragut lima nyawa manakala 40 lagi cedera, serta menggesa kerajaan Taliban Afghanistan melindungi rakyat dari semua negara, termasuk warga China.
  • Setakat ini tiada rakyat dari negara itu terbunuh atau cedera akibat serangan yang dilakukan kumpulan Daesh.
  • “Setahu kami, tiada warga China terbunuh atau cedera dalam serangan pengganas ini, (kami) berharap pihak Afghanistan akan mengambil langkah tegas dan berkesan, bersungguh-sungguh melindungi rakyat dan institusi dari semua negara, termasuk pihak China di Afghanistan,” – Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin.

 

BEIJING: China mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengebom berani mati di Kabul meragut sekurang-kurangnya lima nyawa manakala 40 lagi cedera, dan menggesa kerajaan Taliban Afghanistan dapat melindungi rakyat dari semua negara, termasuk warga China.

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin, berkata, setakat ini tiada rakyat negara itu yang terbunuh atau cedera dalam serangan yang dilakukan kumpulan Daesh.

“Setahu kami, tiada warga China terbunuh atau cedera dalam serangan pengganas ini, (kami) berharap pihak Afghanistan akan mengambil langkah tegas dan berkesan, bersungguh-sungguh melindungi rakyat dan institusi dari semua negara, termasuk pihak China di Afghanistan,” kata Wenbin.

Agensi berita Amaq di Telegram melaporkan, seorang anggota Daesh didakwa menyelinap masuk halangan keselamatan Taliban ‘sebelum meletupkan diri dengan letupan di tali pinggangnya di dalam kalangan pekerja dan pengawal’.

Seorang pemandu syarikat yang menunggu di luar melihat seorang lelaki memegang beg dan dengan senapang disangkut di bahunya berjalan melewati bangunan, sebelum dia meletupkan dirinya.

“Dia melalui kereta saya dan selepas beberapa saat berlaku letupan kuat. Saya melihat lelaki itu meletupkan dirinya,” kata Jamshed Karimi, sambil menambah, dia melihat 20 hingga 25 mangsa dalam kejadian itu.

Jurucakap polis Kabul, Khalid Zadran pula berkata, lima orang awam terbunuh dan beberapa lagi cedera akibat letupan itu.

Cawangan Daesh tempatan, yang dikenali sebagai Negara Islam-Khorasan (ISK), mendakwa bahawa letupan itu membunuh sekurang-kurangnya 20 orang ‘termasuk beberapa pekerja diplomatik’.

Pertubuhan bukan kerajaan Itali, Emergency, yang mengendalikan sebuah hospital di Kabul berkata, mereka menerima lebih 40 orang yang cedera.

“Jumlah mangsa terus meningkat. Kami juga menyediakan katil di dapur dan kantin,” kata Emergency dalam satu kenyataan.

Dalam video yang tular, mayat dilihat bergelimpangan di atas jalan di luar perkarangan berdinding tinggi kementerian, di mana bendera Taliban dinaikkan.

Beberapa orang yang cedera juga dilihat menggelupur di atas tanah, menjerit meminta tolong dengan segelintir yang menyaksikan tragedi itu menghulurkan bantuan.

Kementerian itu bagaimanapun tidak mengalami kerosakan teruk, hanya tingkap di Kementerian Dalam Negeri pecah akibat letupan itu.

“Sepatutnya ada delegasi China di Kementerian Luar hari ini, tetapi kita tidak tahu sama ada mereka hadir pada masa letupan itu atau tidak,” kata Timbalan Menteri Penerangan dan Kebudayaan, Muhajer Farahi.

Bagaimanapun, pegawai kanan di pejabat perdana menteri, Ahmadullah Muttaqi, berkata tiada warga asing hadir di kementerian itu ketika pengebom bunuh diri menyerang. 

 

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Iran keluarkan ‘amaran rahsia’ kepada sekutu AS – WSJ

Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
  • Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
  • Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
  • Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
  • Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.

Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.

Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.

Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.

Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.

Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.

Pegawai beberapa negara yang menempatkan tentera AS memberitahu WSJ bahawa negara mereka telah memaklumkan kepada pentadbiran Presiden AS, Joe Biden bahawa mereka tidak mahu infrastruktur ketenteraan atau ruang udara mereka digunakan untuk sebarang operasi ofensif terhadap Iran.

Dalam laporan berasingan pada Khamis, Reuters memetik tiga sumber yang menyatakan Arab Saudi, Qatar dan UAE semuanya memberitahu Washington bahawa mereka tidak akan membenarkan jet Israel menggunakan ruang udara mereka untuk melakukan serangan.

Pegawai pertahanan AS mengakui beberapa rakan serantau menyuarakan kebimbangan mereka kepada Pentagon, tetapi permintaan itu “masih tidak rasmi,” lapor WSJ. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending