Connect with us

Terkini

Bertudung tapi minum arak di kelab malam – PPIM

“Jangan terkejut ada wanita Muslimah kita yang bertudung juga yang meminum arak. Bahkan ada juga yang tak ‘cover’ langsung masuk ke kelab malam bertudung untuk bergembira.”

Wartawan TMT

Published

on

Bertudung tapi minum arak di kelab malam - PPIMM
Foto: Poster dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
  • “Jangan terkejut ada wanita Muslimah bertudung yang meminum arak. Bahkan ada yang tak ‘cover’ langsung masuk ke kelab malam bertudung untuk bergembira.”
  • Demikian kenyataan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dalam satu hantaran di Facebook tentang sikap sesetengah individu wanita bertindak mengambil minuman beralkohol serta masuk ke kelab malam dengan imej bertudung yang boleh mencemarkan agama Islam.
  • Sesetengah wanita juga jenis bertudung di luar, tapi masuk ke kelab malam tanggalkan tudung dan ambil minuman haram. – PPIM

 

KUALA LUMPUR, 08 Januari 2023 – “Jangan terkejut ada wanita Muslimah kita yang bertudung juga yang meminum arak. Bahkan ada juga yang tak ‘cover’ langsung masuk ke kelab malam bertudung untuk bergembira.”

Demikian kenyataan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dalam satu hantaran di Facebook tentang sikap sesetengah individu wanita yang bertindak mengambil minuman beralkohol serta masuk ke kelab malam dengan imej bertudung yang boleh mencemarkan agama Islam.

“Sesetengah orang ada yang jenis bertudung di luar, tapi bila masuk ke kelab malam terus tanggalkan tudung tersebut. Bila dah masuk ke kelab malam, mulalah ambil minuman haram,” tambah persatuan itu lagi.

Perkara ini mendapat perhatian ramai pengguna Facebook seperti Ida Wahid yang berkata, “Pihak jaiz kena buat serbuan bersama pihak polis bg mengekang keruntuhan moral remaja2 bg mengurangkan byk kes2 yg berlaku . Lebih cepat bertindak lg byk yg dapat d selamatkan . Kenakan denda yg tggi sikit supaya mereka x ulangi lg. ibubapa harus d berikan amaran bg memantau kegiatan anak masing2 jika d bawah umur.”

Foto: Tangkap layar ruangan komen Facebook PPIM

Seorang lagi pengguna lain memberi komen seperti, “Nak selesaikan masalah tu cari puncanya..kilang arak tutup terus sampai bila²… settle…jika ada penyeludupan arak..dpt tangkap ..bg hukuman kaw² punya..jgn kesian²…undang² kat dunia ni kan manusia yg cipta… Kenapa payah sgt nk settle kan.”

Foto: Tangkap layar ruangan komen Facebook PPIM

 

Menurut seorang DJ popular yang berpengkalan di Kuala Lumpur, Victor Goh, industri hiburan merupakan salah satu penyumbang terbesar terhadap hasil pelancongan negara.

Katanya, tindakan penutupan kelab malam itu mungkin terdorong daripada politik yang bertujuan untuk memuaskan hati golongan konservatif.

 

Sumber: Samudera

Author

Terkini

Bertenang, warga Palestin tetamu kita – Menteri Agama

Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
  • Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
  • Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
  • “Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
  • “Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
  • Terdahulu, tular di media sosial sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
  • Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan.

KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.

“Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.

“Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.

Mohd Na’im turut mengajak semua rakyat berdoa supaya rakyat Palestin diberikan kekuatan, kesabaran dan ketenangan.

Katanya, kerajaan akan terus berusaha dan memberi perhatian khusus terhadap perkara itu supaya insiden sedemikian tidak berulang.

Terdahulu, tular di media sosial tindakan sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.

Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan anggota pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending