Connect with us

Terkini

Tindakan PBT larang jual arak di kawasan majoriti Melayu tidak bercanggah Perlembagaan – PPMM

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Bekas Naib Presiden MCA, Ti Lian Ker (Kiri) & Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Muhamad Hisham Marzuki (Kanan)
  • Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Muhamad Hisham Marzuki berkata dakwaan kononnya pihak PBT tidak mempunyai kuasa dalam hal ini adalah tersasar.
  • Walaupun PBT mempunyai undang-undang kecil (by-laws) dan tertakluk kepada undang-undang spesifik, tindakan larangan itu masih tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan berikutan undang-undang PBT bukan bersifat larangan mutlak penjualan arak dan minuman memabukkan namun ia bertujuan menetapkan garis panduan bagi penjualan di sesebuah lokaliti.
  • “Ia bukanlah sesuatu yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan malah menjunjung prinsip di dalamnya melalui pembentukan masyarakat yang harmoni. Malah, ianya (minuman keras dan alkohol) masih boleh dijual di kawasan lain yang berada di bawah kuasa PBT tersebut.
  • “Perlu difahami keputusan pengharaman penjualan arak di kawasan majoriti Melayu yang ingin dilaksanakan (Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) adalah berdasarkan kepada gesaan penduduk yang tinggal setelah mengambil kira faktor pihak majoriti yang menetap di situ,” katanya kepada The Merdeka Times hari ini.
  • Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan bekas Naib Presiden MCA, Ti Lian Ker  yang menyatakan bahawa pihak majlis perbandaran tidak boleh mengharamkan penjualan arak dan minuman beralkohol sewenang-wenangnya, walaupun di kawasan majoriti Melayu kerana tindakan itu bertentangan atau melebihi bidang kuasa Perlembagaan dan undang-undang.

KUALA LUMPUR — Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mempunyai kuasa untuk melarang penjualan minuman keras dan alkohol di kawasan majoriti Melayu dan tindakan itu tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang.

Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Muhamad Hisham Marzuki berkata dakwaan kononnya pihak PBT tidak mempunyai kuasa dalam hal ini adalah tersasar.

Menurut Muhamad Hisham ini kerana walaupun PBT mempunyai undang-undang kecil (by-laws) dan tertakluk kepada undang-undang spesifik, tindakan larangan itu masih tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan berikutan undang-undang PBT bukan bersifat larangan mutlak penjualan arak dan minuman memabukkan namun ia bertujuan menetapkan garis panduan bagi penjualan di sesebuah kawasan.

“Ini bukanlah sesuatu yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan malah menjunjung prinsip di dalamnya melalui pembentukan masyarakat yang harmoni. Malah, ianya (minuman keras dan alkohol) masih boleh dijual di kawasan lain yang berada di bawah kuasa PBT tersebut.

“Selain itu, undang-undang PBT digubal bagi bertujuan untuk memastikan keharmonian dan kerukunan penduduk masyarakat tinggal di bawah kuasanya untuk berfungsi. Ini bukanlah isu politik namun isu keselamatan dan keharmonian masyarakat dapat dipelihara.

“Perlu difahami keputusan pengharaman penjualan arak di kawasan majoriti Melayu yang ingin dilaksanakan (Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) adalah berdasarkan kepada gesaan penduduk yang tinggal setelah mengambil kira faktor pihak majoriti yang menetap di situ,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan bekas Naib Presiden MCA, Ti Lian Ker  yang menyatakan bahawa pihak majlis perbandaran tidak boleh mengharamkan penjualan arak dan minuman beralkohol sewenang-wenangnya, walaupun di kawasan majoriti Melayu kerana tindakan itu bertentangan atau melebihi bidang kuasa Perlembagaan dan undang-undang.

Lian Ker antara lain dilaporkan berkata lesen minuman keras yang diberikan bawah Akta Duti Eksais pada umumnya akan disertakan syarat, termasuk melarang penjualan alkohol kepada kanak-kanak dan umat Islam.

“Sudah wujud Akta Duti Eksais 1976 yang secara khusus mengawal penjualan arak di bawah undang-undang persekutuan, melarang penjualan runcit arak memabukkan tanpa mendapatkan kelulusan atau lesen di bawah akta tersebut. “Arak memabukkan” termasuk mana-mana cecair yang mengandungi lebih daripada dua peratus kandungan alkohol.

“… Lesen yang dipohon biasanya disertai dengan syarat yang melarang secara jelas penjualan alkohol kepada kanak-kanak bawah umur dan umat Islam. Oleh itu, mengehadkan penjualan alkohol turut melanggar hak perlembagaan, kebebasan, dan pilihan gaya hidup orang bukan Islam.

Foto: Tangkap layar hantaran Facebook Ti Lian Ker

“Tiada undang-undang negeri atau undang-undang kecil boleh mengatasi undang-undang persekutuan dan Perlembagaan Persekutuan. Secara perundangan, larangan atau sekatan tambahan oleh majlis tempatan adalah tidak sah dan bercanggah dengan prinsip serta amalan undang-undang,” tulisnya dalam bahasa Inggeris menerusi hantaran Facebook semalam.

Kenyataan itu sebagai respon kepada laporan berita bahawa MBI sedang mempertimbangkan untuk memperluaskan larangan penjualan arak atau minuman keras di kawasan yang mempunyai majoriti penduduk Melayu-Muslim.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata ketika ini penguatkuasaan larangan itu hanya terpakai di kawasan Gugusan Manjoi sejak tahun 2021 dan berikutan itu juga terdapat tuntutan yang serupa daripada penduduk kawasan lain yang didiami majoriti Melayu-Islam, termasuk di kawasan Ulu Chepor. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *