Connect with us

Politik

Isu jual arak: MB Perak tidak boleh berdiam diri, nyatakan pendirian – PAS Perak

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria (Kiri) & Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad (Kanan)
  • Gesaan itu dibangkitkan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria susulan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming baru-baru ini dilaporkan mencadangkan supaya pihak berkuasa tempatan (PBT) mengekalkan dasar sedia ada atau status quo berhubung jualan minuman keras di premis perniagaan dalam kawasan seliaan masing-masing.
  • “Menteri Besar Perak tidak boleh berdiam diri kerana kenyataan Datuk Bandar Ipoh mewakili hasrat Melayu Islam dalam menjaga generasi masa depan mereka… Dalam isu ini, Datuk Bandar mewakili pentadbiran kerajaan Negeri Perak yang di ketuai Menteri Besar.
  • “PAS Perak mendesak Menteri Besar menyokong pendirian Datuk Bandar Ipoh untuk menyekat penjualan arak di kawasan majoriti Melayu,” kata Razman menerusi hantaran di Facebook semalam.

KUALA LUMPUR — PAS Perak menggesa Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad menyatakan pendirian berhubung isu penjualan arak di kawasan majoriti Muslim di negeri itu.

Gesaan itu dibangkitkan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria susulan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming baru-baru ini dilaporkan mencadangkan supaya pihak berkuasa tempatan (PBT) mengekalkan dasar sedia ada atau status quo berhubung jualan minuman keras di premis perniagaan dalam kawasan seliaan masing-masing.

“Menteri Besar Perak tidak boleh berdiam diri kerana kenyataan Datuk Bandar Ipoh mewakili hasrat Melayu Islam dalam menjaga generasi masa depan mereka… Dalam isu ini, Datuk Bandar mewakili pentadbiran kerajaan Negeri Perak yang di ketuai Menteri Besar.

“PAS Perak mendesak Menteri Besar menyokong pendirian Datuk Bandar Ipoh untuk menyekat penjualan arak di kawasan majoriti Melayu,” kata Razman menerusi hantaran di Facebook semalam.

Foto: Tangkap layar hantaran Facebook PAS Perak.

Pada 18 Jan lalu, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk memperluaskan larangan penjualan arak atau minuman keras di kawasan yang mempunyai majoriti penduduk Melayu-Muslim.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata ini berikutan ada beberapa cadangan dan tuntutan dikemukakan beberapa pihak berhubung perkara itu, namun kelulusan berkenaannya bergantung kepada jumlah tuntutan disuarakan penduduk dan keperluan semasa di kawasan berkenaan.

Ketika ini, penguatkuasaan larangan itu hanya terpakai di kawasan Gugusan Manjoi sejak 2021 dan berikutan itu juga terdapat tuntutan serupa daripada penduduk kawasan lain yang didiami majoriti Melayu-Islam, termasuk di kawasan Ulu Chepor.

Mengulas lanjut, Razman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol menegaskan bahawa usaha Datuk Bandar Ipoh itu adalah selaras semangat perlembagaan persekutuan yang menyatakan Islam sebagai agama negara, selain ia juga selaras peraturan sedia ada ekoran bantahan penduduk tempatan.

Menurut Razman, isu arak bukan hanya melibatkan persoalan hak asasi peminum sahaja, tetapi juga hak mereka yang mungkin menjadi mangsa pemandu mabuk.

“Apakah orang Islam tidak punyai hak asasi dalam negara mereka sendiri? PAS Perak akan bersama Menteri Besar jika beliau menyokong dan mempertahankan Datuk Bandar dalam isu tersebut,” kata Razman. — The Merdeka Times

Author