Connect with us

Terkini

ADUN DAP bersama PM tolak iktiraf idealogi sekular, komunis dan LGBT

Umumnya semua parti-parti dalam Pakatan Harapan sudah komited dengan segala yang telah dianggap sebagai dasar kepada negara, baik dalam perlembagaan, rukun negara dan sebagainya.

Hidayah Sani

Published

on

ADUN DAP bersama PM tolak iktiraf idealogi sekular, komunis dan LGBT
Foto: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tebing Tinggi, Dr Abdul Aziz Bari (kiri), Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan)
  • Umumnya semua parti-parti dalam Pakatan Harapan sudah komited dengan segala yang telah dianggap sebagai dasar kepada negara, baik dalam perlembagaan, rukun negara dan sebagainya.
  • Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tebing Tinggi, Dr Abdul Aziz Bari daripada DAP berkata,  tidak timbul isu pandangan peribadi atau parti kerana mereka  sudah beri komitmen dari zaman Pakatan Rakyat lagi.

 

KUALA LUMPUR –  Umumnya semua parti-parti dalam Pakatan Harapan sudah komited dengan segala yang telah dianggap sebagai dasar kepada negara, baik dalam perlembagaan, rukun negara dan sebagainya.

Berikutan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tebing Tinggi, Dr Abdul Aziz Bari daripada DAP berkata,  tidak timbul isu pandangan peribadi atau parti kerana mereka  sudah beri komitmen dari zaman Pakatan Rakyat lagi.

Aziz Bari berkata demikian, ketika diminta mengulas pendirian DAP terkait kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menegaskan golongan LGBT, konsep negara sekular dan ideologi komunis tidak mungkin diiktiraf di bawah pentadbirannya. 

“Tidak kira DAP atau tidak tetapi kesimpulannya mengikut undang-undang sini. Jadi saya tidak nampak sebab mengapa hanya kerana kami DAP anda bertanya kepada kami soalan ini kerana sebahagian daripada gabungan kami menandatangani komitmen untuk menegakkan Perlembagaan.

“Jadi apa pun yang datang dengannya, tidak ada persoalan bahawa kami menarik diri atau menentangnya. Sudah tentu kami sendiri bersetuju menjadikan Datuk Seri Anwar sebagai Perdana Menteri. Jadi saya rasa tidak ada persoalan dan isu mengenainya.

“I thinks secara keseluruhan tak ada issue kerana dari awal lagi kami sudah nyatakan komitmen dan penerimaan kita.

“Jadi saya fikir semua kena dilihat dalam konteks itulah tidak timbul soal konflik, pandangan parti, peribadi sebab Pakatan Harapan dalam soal ini ambil pandangan sama sahaja jadi itu yang kita nak tekankan di sini,” kata beliau kepada The Merdeka Times, pada Selasa.

Mengulas lanjut, berkenaan dakwaan DAP memperjuangkan ideologi sekular, Aziz Bari menegaskan bahawa kita kena terlebih dahulu memahami makna sekular itu, kerana hari ini juga masih ramai yang kurang jelas sekular itu bagaimana sedangkan ia banyak konteks.

“Kita tidak mencampuradukkan agama untuk kepentingan politik itu bukan maksudnya kita menolak agama.

“Itu pun satu hal juga saya fikir sekular itu kena faham dari konteks dia, ia bukan sekularisme ya sekular sahaja itu pun saya fikir jarang disebut. 

“Dalam Islam pun kita tidak menggunakan nilai agama untuk semua sekali, itu sebab kita menggunakan demokrasi is it? So you are there. You are there because you are good, qualified, competent not because you’re muslim or malay. Itu dalam Islam pun boleh terima so saya tak nampak isu timbul soal sekular tadi itu,” katanya yang juga merupakan bekas profesor undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Tambahnya, ketika ini prioriti mereka adalah untuk menyelesaikan masalah rakyat.

Terbaharu, hasil tinjauan The Merdeka Times di media sosial rata-rata netizen mengharapkan Anwar Ibrahim bertindak tegas membanteras ketiga-tiga perkara di atas sejurus selepas beliau mengeluarkan kenyataan demikian.

Seiring itu juga, pendirian tersebut mendapat sokongan para mufti di mana Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan kenyataan tegas itu berjaya menunjukkan sisi  ‘Anwar Ibrahim’ yang komited dengan prinsip Islam sekalipun penegasan begitu berisiko buat beliau sebagai pemimpin negara.

Turut menyokong, ketua agama lain iaitu Pastor Albert dari Vision Harvest Church yang menyifatkan Bible juga menolak LGBT kerana ia perbuatan tidak bermoral.

Malah, Penganalisis politik dari Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain berkata kenyataan tegas itu dilihat dapat menyatupadukan rakyat Malaysia. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

ADUN DAP bidas gesaan PERKASA supaya boikot PETRONAS

Gesaan PERKASA supaya PETRONAS diboikot susulan langkah gergasi minyak dan gas itu melantik syarikat bukan bumiputera, Solarvest Energy Sdn Bhd untuk kontrak pemasangan panel solar dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali (kiri) & Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP, Jason Ng Thien Yeong (kanan).
  • Gesaan PERKASA supaya PETRONAS diboikot berikutan melantik syarikat bukan bumiputera,  Solarvest Energy Sdn Bhd untuk kontrak pemasangan panel solar dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP.
  • Jason Ng Thien Yeong berkata ugutan bahawa PETRONAS perlu memberi 50 peratus daripada projek pemasangan sistem tenaga solar kepada syarikat Melayu dan bumiputera atau berdepan boikot selama seminggu itu adalah berasaskan sentimen kaum, bukan berasaskan kemampuan sesebuah syarikat.
  • “Jika cadangan keterlaluan dan regresif PERKASA itu diterima, maka syarikat dan pelabur asing akan hilang keyakinan terhadap pasaran Malaysia.
  • “Ugutan Perkasa untuk memboikot Petronas selama seminggu adalah cubaan untuk mencari populariti dan mengaut ‘political mileage’ mengikut trend “boikot” yang semakin serius di negara kita. 
  • “Mujurlah cadangan ini telah ditolak oleh Petronas dan kebanyakan rakyat Malaysia yang lain,” katanya  menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Sebuah portal media sebelum ini, melaporkan Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali kesal dengan keputusan PETRONAS yang didakwa tidak mengutamakan kontraktor bumiputera dalam pemberian kontrak pemasangan panel solar di 300 stesen minyaknya.
  • Katanya, demi mengenang nasib kontraktor bumiputera beliau berharap pengguna minyak PETRONAS berkorban selama seminggu untuk ‘menjauhi’ stesen minyak berkenaan dan berharap PETRONAS dapat mengubah kontrak dinyatakan sebelum ini.

KUALA LUMPUR — Gesaan PERKASA supaya PETRONAS diboikot susulan langkah gergasi minyak dan gas itu melantik syarikat bukan bumiputera, Solarvest Energy Sdn Bhd untuk kontrak pemasangan panel solar dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP.

Jason Ng Thien Yeong berkata ugutan bahawa PETRONAS perlu memberi 50 peratus daripada projek pemasangan sistem tenaga solar kepada syarikat Melayu dan bumiputera atau berdepan boikot selama seminggu itu adalah berasaskan sentimen kaum, bukan berasaskan kemampuan sesebuah syarikat.

“Jika cadangan keterlaluan dan regresif PERKASA itu diterima, maka syarikat dan pelabur asing akan hilang keyakinan terhadap pasaran Malaysia.

“Ugutan Perkasa untuk memboikot Petronas selama seminggu adalah cubaan untuk mencari populariti dan mengaut ‘political mileage’ mengikut trend “boikot” yang semakin serius di negara kita. 

“Mujurlah cadangan ini telah ditolak oleh Petronas dan kebanyakan rakyat Malaysia yang lain,” katanya  menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Ng Thien Yeong berkata beliau menghargai tindakan PETRONAS yang mengeluarkan kenyataan tegas dengan menyatakan pemberian kontrak itu berdasarkan merit dan tidak akur dengan ugutan PERKASA.

Beliau mendakwa majoriti rakyat Malaysia turut menolak cadangan itu yang sekali gus membuktikan amalan perkauman ekstrim masih ditolak di negara ini.

“Saya menggesa kerajaan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menghasut hubungan kaum bagi mengelakkan masyarakat majmuk Malaysia yang asalnya harmoni dan aman dimusnahkan oleh golongan ekstrem ini,” katanya.

Sebelum ini, sebuah portal media melaporkan Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali kesal dengan keputusan PETRONAS yang didakwa tidak mengutamakan kontraktor bumiputera dalam pemberian kontrak pemasangan panel solar di 300 stesen minyaknya.

Menurut Syed Hassan, orang Melayu dikatakan majoriti pengisi minyak PETRONAS sehubungan itu beliau menggesa kumpulan itu supaya mengkaji semula kontrak berkenaan.

Katanya, demi mengenang nasib kontraktor bumiputera beliau berharap pengguna minyak PETRONAS berkorban selama seminggu untuk ‘menjauhi’ stesen minyak berkenaan dan berharap PETRONAS dapat mengubah kontrak dinyatakan sebelum ini.

Mengulas lanjut, Ng Thien Yeong berkata Solarvest yang diberi kontrak pemasangan sistem solar PETRONAS itu adalah syarikat awam tersenarai mempunyai kepakaran dalam pembangunan tenaga baharu. 

“Kepakaran mereka bukan sahaja membolehkan mereka mendapat kontrak daripada Petronas, tetapi juga mempunyai projek-projek penjanaan tenaga solar yang lain termasuk dengan Tenaga Nasional Berhad,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending