Connect with us

Antarabangsa

Turkiye gesa pemimpin dunia ambil tindakan tangani Islamofobia

Turkiye terus menerus menyeru pemimpin dunia untuk mengambil tindakan terhadap perbuatan menyebar kebencian kepada umat Islam, lapor portal antarabangsa.

Wartawan TMT

Published

on

Turkiye gesa pemimpin dunia ambil tindakan tangani Islamofobia
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Umat Islam, bentuk majoriti masyarakat pendatang di kebanyakan negara Eropah, kini sasaran utama xenofobia dan Islamofobia.” – Duta Turkiye ke Republik Czech, Egemen Bağış
  • Perjuangan tentang xenofobia serta ucapan kebencian mengenai asal-usul etnik dan agama harus jadi agenda utama mesyuarat antarabangsa bagi menghapuskan masalah dari pelbagai sudut.
  • Jumlah sebenar serangan perkauman yang berlaku lebih tinggi berbanding dinyatakan dalam dokumen rasmi kerana kebanyakan mangsa tidak melaporkan penganiayaan dialami sehari-hari.

PRAGUE, 18 Disember 2022 – Turkiye terus menerus menyeru pemimpin dunia untuk mengambil tindakan terhadap perbuatan menyebar kebencian kepada umat Islam, lapor portal antarabangsa.

Duta Turkiye ke Republik Czech, Egemen Bağış berkata, “Umat Islam, yang membentuk majoriti masyarakat pendatang di kebanyakan negara Eropah, kini menjadi sasaran utama pendekatan xenofobia dan Islamofobia.”

Tegasnya, trend sedemikian semakin meningkat dan perjuangan menentang xenofobia serta ucapan kebencian mengenai asal-usul etnik dan agama harus menjadi agenda utama mesyuarat antarabangsa bagi menghapuskan masalah dari pelbagai sudut.

Bağış turut mendedahkan jumlah sebenar serangan perkauman yang berlaku adalah lebih tinggi berbanding yang dinyatakan dalam dokumen rasmi kerana kebanyakan mangsa tidak melaporkan penganiayaan yang dialami sehari-hari.

“Amalan perkauman dan diskriminasi dalam pendidikan dan kehidupan sosial jelas menimbulkan kecenderungan masyarakat pendatang untuk menarik diri dan menghalang usaha integrasi,” ujarnya.

Cadang beliau, sebuah platform baharu perlu dibangunkan di mana mangsa boleh melaporkan sebarang insiden keganasan secara langsung seperti serangan anti-Muslim, ucapan kebencian dan xenofobia.

Berkata dalam sebuah persidangan yang diadakan di Czech Republic, beliau menekankan, Turkiye aktif menyokong usaha antarabangsa untuk meningkatkan kesedaran bagi mangsa yang terdedah kepada keganasan dan kelakuan tidak bertoleransi disebabkan agama dan pandangan mereka.

Walaupun negara-negara Barat tidak peduli akan sentimen anti-Muslim bahkan menyemarakkan lagi ideologi tersebut, Turkiye tetap menggesa institusinya mengambil tindakan terhadap isu berkaitan umat Islam di negara-negara berkenaan.

Sumber: Samudera

 

 

Author

Antarabangsa

Tiada tanda gencatan senjata dicapai di Gaza, perantara masih optimistik

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.
  • Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.

Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Tiada komen rasmi daripada Israel mengenai rundingan itu setakat ini selain fakta bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diberi taklimat mengenainya dan delegasi Israel hadir untuk pusingan rundingan kali ini.

Mandat diberikan kepada perunding Israel oleh Netanyahu juga tidak diketahui sepenuhnya kerana butiran mengenai rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Walaupun pengantara kekal optimistik, masih tiada tanda bahawa kesepakatan hampir tercapai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending