Connect with us

Terkini

Tun M beri bayangan terus aktif politik, tiada rancangan ‘duduk di masjid’ kejar akhirat

Bersara dan ‘duduk di masjid’ tiada dalam perancangan masa depan Tun Dr Mahathir Mohamad meskipun tidak lagi menjadi Ahli Dewan Rakyat selepas tewas di kerusi Parlimen Langkawi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). 

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tun Dr Mahathir Mohamad
  • Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditemu bual BH berkata tiada istilah bersara dan ‘duduk di masjid’ meskipun usianya bakal mencecah 97 tahun pertengahan 2023.
  • Sebaliknya bekas PM itu tetap mahu meneruskan perjuangannya yang disifatkannya masih belum selesai.
  • “Sebenarnya pada 2002, saya syorkan saya letak jawatan (PM), saya nak bersaralah. 
  • “Tapi apabila saya bersara, terdapat banyak perkara berlaku yang tidak disenangi oleh orang ramai,” kata Tun M.
  • Dr Mahathir memberi bayangan akan terus aktif dalam politik, terutama selagi khidmatnya masih diperlukan untuk membantu orang Melayu. 

 

PUTRAJAYA: Bersara dan ‘duduk di masjid’ tiada dalam perancangan masa depan Tun Dr Mahathir Mohamad meskipun tidak lagi menjadi Ahli Dewan Rakyat selepas tewas di kerusi Parlimen Langkawi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). 

Meskipun usianya bakal mencecah 97 tahun pertengahan 2023, bekas Perdana Menteri tetap mahu meneruskan perjuangannya yang disifatkannya masih belum selesai, terutama bagi menyelesaikan masalah yang membelenggu bangsa Melayu.

Dr Mahathir melihat masalah membabitkan orang Melayu terlalu dekat di hatinya dan percaya usaha menyelesaikannya adalah jauh lebih penting berbanding kepentingan dirinya, termasuk atas alasan ‘duduk di masjid untuk mengejar akhirat’. 

“Saya nak bersara daripada politik. Sebenarnya pada 2002, saya syorkan saya letak jawatan (Perdana Menteri), saya nak bersaralah. Tapi apabila saya bersara, terdapat banyak perkara berlaku yang tidak disenangi oleh orang ramai. Mereka bertanya kepada saya, sama ada saya boleh tolong atau tidak.

“Dengan pengalaman 22 tahun sebagai Perdana Menteri, saya faham tentang masalah dan cara-cara mengatasi masalah. 

“Kalau orang tanya, boleh ke tak tolong, tapi saya kata ‘sorrylah, saya nak rehat, saya nak balik ke madrasah, nak sembahyang untuk akhirat’, nampak saya utamakan diri saya lebih daripada bangsa saya,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama BH di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, baru-baru ini.

Beliau ditanya sama ada dirinya masih relevan dalam politik negara selepas kalah teruk dan hilang deposit dalam PRU15 atau tiba masa untuk bersara sepenuhnya daripada politik dan ‘duduk di masjid’. 

Dalam PRU15, Dr Mahathir yang mewakili Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) gagal mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi dimenanginya pada PRU14. 

Bekas Perdana Menteri hanya memperoleh 4,566 undi, sekali gus kalah kepada calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Suhaimi Abdullah yang menang dengan majoriti 13,518 undi. 

Mengulas lanjut, Dr Mahathir memberi bayangan akan terus aktif dalam politik, terutama selagi khidmatnya masih diperlukan untuk membantu orang Melayu. 

“Saya selalunya memandang masalah bangsa saya itu adalah perkara utama dalam kehidupan saya. Jadi saya tak boleh utamakan diri saya sedangkan bangsa saya mungkin menghadapi masalah. 

“Kalau saya ada cara untuk mengatasi, tak baiklah kalau saya lebih utamakan kepentingan diri saya,” katanya.

 

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Kenyataan ekonomi terjejas akibat gerakan boikot tidak tepat — Pengerusi BDS Malaysia

Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia menyifatkan dakwaan mengatakan ekonomi akan terjejas berikutan gerakan boikot dijalankan ketika ini adalah tidak tepat.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail.
  • Pengerusi BDS Malaysia, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail berkata kenyataan itu tidak tepat kerana mereka yang tidak membeli minuman dan makanan di kedai diboikot akan membuat perbelanjaan di kedai lain serta peluang pekerjaan juga akan bertambah di syarikat lain yang tidak terbabit secara langsung dengan Israel, atau ia mengutuk kezaliman Israel secara terbuka.
  • Mohd Nazari tidak menafikan dalam jangka pendek pekerja di syarikat diboikot akan terjejas susulan gerakan itu, namun ia hanya masalah bersifat sementara kerana dalam jangka panjang kelompok berkenaan boleh bekerja di syarikat pilihan baru pengguna yang akan berkembang.
  • Katanya, terdapat banyak restoran tempatan dimaklumkan kepada beliau sedang berkembang dan menjadi lebih maju, susulan boikot ke atas syarikat francais asing seperti McDonald’s dan Starbucks.
  • “Jika pengurusan syarikat terbabit ingin pastikan perniagaan mereka tidak diboikot dan nasib pekerja mereka tidak terjejas, senang sahaja… jangan ada apa-apa kaitan langsung dengan Israel,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Beliau berkata demikian ketika mengulas ciapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di platform X pada Khamis yang menyatakan pekerja tempatan sedang menanggung sengsara akibat boikot dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.

KUALA LUMPUR — Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia menyifatkan dakwaan mengatakan ekonomi akan terjejas berikutan gerakan boikot dijalankan ketika ini adalah tidak tepat.

Pengerusinya, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail berkata ia tidak tepat kerana mereka yang tidak membeli minuman dan makanan di kedai diboikot akan membuat perbelanjaan di kedai lain.

Selain itu, peluang pekerjaan juga akan bertambah di syarikat lain yang tidak terbabit secara langsung dengan Israel, atau ia mengutuk kezaliman Israel secara terbuka.

“Bukan susah untuk kutuk kezaliman Israel. Saya pun hairan kenapa ada syarikat yang masih enggan lakukan benda yang baik ini.

“Jika mereka kutuk kezaliman Israel secara jelas dan terbuka, saya yakin pengguna akan pergi balik ke kedai mereka,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas ciapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di platform X pada Khamis yang menyatakan pekerja tempatan sedang menanggung sengsara akibat boikot dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.

Kor Ming yang juga Naib Pengerusi DAP turut memuat naik tangkap layar artikel berita Cina bertajuk, ‘Gelombang boikot menyebabkan pekerja KFC dipotong gaji, pendapatan bulanan pasangan RM600 untuk menyara 3 anak’.

Foto: Tangkap layar ciapan Nga Kor Ming.

Mengulas lanjut, Mohd Nazari tidak menafikan dalam jangka pendek pekerja di syarikat diboikot akan terjejas susulan gerakan itu, namun ia hanya masalah bersifat sementara kerana dalam jangka panjang kelompok berkenaan boleh bekerja di syarikat pilihan baru pengguna yang akan berkembang.

Malah, katanya terdapat banyak restoran tempatan dimaklumkan kepada beliau sedang berkembang dan menjadi lebih maju, susulan boikot ke atas syarikat francais asing seperti McDonald’s dan Starbucks.

“Jika pengurusan syarikat terbabit ingin pastikan perniagaan mereka tidak diboikot dan nasib pekerja mereka tidak terjejas, senang sahaja… jangan ada apa-apa kaitan langsung dengan Israel. 

“Keluar dari Israel. Atau keluarkan kenyataan mengutuk kezaliman Israel di Gaza,” kata pengerusi BDS Malaysia. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending