Terkini
Tragedi ‘fun fair’ haram: Keluarga mangsa mahu ambil tindakan undang-undang
Keluarga dua beradik yang terjatuh daripada permainan pesta ria (funfair) ‘Sotong Ride’ berhasrat mengambil tindakan undang-undang.
- Keluarga dua beradik yang terjatuh daripada permainan ‘Sotong Ride’ pesta ria (fun fair) di Puncak Alam berhasrat mengambil tindakan undang-undang.
- Ibunya, Faizah Mat Sam, 52, berkata, keluarga menzahirkan rasa kecewa terhadap penganjur aktiviti pesta ria yang cuai dalam mengendalikan alatan permainan tersebut
- “Anak sulung saya (Noraziera Zulkiffle, 31) mengalami hentakan kuat di bahagian kepala dan bengkak pada kaki kiri, manakala anak bongsu saya (Shahfaraz Aiefan Zulkiffle, 11) cedera di bahagian mata dan kaki kiri,” – Ibu mangsa
- Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) mengesahkan aktiviti hiburan pesta ria di Puncak Alam di sini tidak mendapat kelulusan dan lesen operasi daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).
PUNCAK ALAM – Keluarga dua beradik yang terjatuh daripada permainan pesta ria (funfair) ‘Sotong Ride’ berhasrat mengambil tindakan undang-undang.
Dalam kejadian pada malam Isnin itu, Noraziera Zulkiffle, 31, dan adiknya, Shahfaraz Aiefan Zulkiffle, 11, mengalami kecederaan selepas terjatuh daripada permainan berkenaan di Puncak Alam.
Ibunya, Faizah Mat Sam, 52, berkata, keluarga menzahirkan rasa kecewa terhadap penganjur aktiviti pesta ria yang cuai dalam mengendalikan alatan permainan tersebut.
Menurutnya, perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia membabitkan soal keselamatan dan nyawa bagi pengunjung di pesta ria berkenaan.
“Saya kecewa dengan apa yang berlaku dan kami akan mengambil tindakan perundangan,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Bukit Kuching, Jeram di sini pada Selasa.
Faizah memberitahu, dua laporan polis sudah dibuat di Balai Polis Jeram dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor pada Selasa.
Menurut Faizah, tujuan laporan itu dibuat bagi memberi keadilan kepada dua anaknya yang cedera semasa menggunakan peralatan itu.
“Anak sulung saya (Noraziera) mengalami hentakan kuat di bahagian kepala dan bengkak pada kaki kiri, manakala anak bongsu saya (Shahfaraz Aiefan) cedera di bahagian mata dan kaki kiri,” ujarnya.
Jelasnya, kecuaian seperti itu tidak seharusnya berlaku dan berharap tiada lagi mangsa terbabit dalam kejadian ini.
Menurut Faizah, empat anaknya dan seorang menantu berkunjung ke pesta ria itu kira-kira jam 7 malam Isnin.
“Sebenarnya anak-anak saya rancang hendak pergi ke pesta ria itu sejak Sabtu lalu lagi, tapi disebabkan hujan mereka ambil keputusan pergi Isnin.
“Mulanya mereka mengajak saya turut serta, tetapi disebabkan masalah sakit lutut saya ambil keputusan tinggal di rumah sahaja.
“Bagaimanapun, luluh jantung saya apabila mendapat tahu dua anak saya terjatuh daripada tempat permainan itu dan alhamdulillah semuanya selamat,” jelasnya.
Katanya, dua beradik yang mendapatkan rawatan di Hospital Shah Alam dijangka daftar keluar daripada hospital itu pada petang Selasa.
Adik kepada Noraziera, Nurazliyana, 17, berkata, pada masa kejadian, dia dan seorang lagi adiknya, Nurazriyanie, 15, turut bermain permainan itu berada di tempat duduk belakang kakaknya.
Ujarnya, permainan yang bergerak dan berpusing ke udara itu baru dinaiki mereka tidak sampai satu minit.
“Pada masa itu saya dengar bunyi besi keselamatan tercabut dan dalam sekelip mata saya terkejut apabila ternampak kakak tercampak keluar daripada tempat duduknya.
“Saya terkejut dan sebaik permainan itu dihentikan saya terus menghampiri kedua-dua mereka dan terdengar suara kakak yang menyatakan rasa sakit,” jelasnya.
Katanya, kedua-dua beradiknya itu kemudian dibawa menaiki ambulans kira-kira 40 minit selepas kejadian terbabit.
“Air mata saya berlinangan ketika itu dan berdoa agar semuanya dipermudahkan,” kata Noraziera.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) mengesahkan aktiviti hiburan pesta ria di Puncak Alam di sini tidak mendapat kelulusan dan lesen operasi daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).
Yang Dipertuanya, Rahilah Rahmat berkata, penganjur telah beberapa kali mengemukakan permohonan lesen hiburan, namun didapati ia tidak lengkap.
Sumber: Sinar Harian
Terkini
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
- Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
- “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
- “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
- Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
- Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.
Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.
“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.
Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.
“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini2 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini2 days ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
-
Antarabangsa2 days ago
Turkiye sekat akses Discord