Terkini
Jeti roboh, 23 murid sekolah jatuh dalam laut
Dua murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Pababag, di sini, cedera manakala 23 yang lain selamat selepas terjatuh ke laut apabila jeti kampung berkenaan roboh dalam kejadian awal pagi Isnin.
- Jeti itu roboh ketika murid menaiki jeti berkenaan dan ia jeti kampung yang jadi jeti utama untuk sampai ke sekolah. – Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pengurusan Sekolah Sabah, Abidin Marjan
- “Seramai 20 murid sekolah terlibat, lima lagi murid Tabika Kemas dan tiga guru turut terjun untuk selamatkan murid. Dua murid cedera ringan iaitu luka pada bibir dan tangan akibat terkena kayu dan terkena simen jeti yang roboh.”
- “Setakat ini tiada kecederaan berat dan murid berkenaan telah dihantar pulang untuk ditenangkan oleh ibu bapa mereka,” katanya.
- Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersetuju salurkan peruntukan bagi bina jeti yang runtuh berkenaan. – Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM), Sulabayan Abdul Manan Danan
SEMPORNA – Dua murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Pababag, di sini, cedera manakala 23 yang lain selamat selepas terjatuh ke laut apabila jeti kampung berkenaan roboh dalam kejadian awal pagi Isnin.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 pagi itu, tiga guru terpaksa turut terjun ke laut demi menyelamatkan murid yang terjatuh ketika itu.
Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pengurusan Sekolah Sabah, Abidin Marjan mengesahkan kejadian itu berkata, kejadian jeti roboh itu berlaku secara tiba-tiba.
“Jeti itu roboh ketika murid menaiki jeti berkenaan dan ia adalah jeti kampung yang menjadi jeti utama untuk sampai ke sekolah.
“Seramai 20 murid sekolah terlibat, lima lagi murid Tabika Kemas dan tiga guru turut terjun untuk menyelamatkan murid. Dua murid cedera ringan iaitu luka pada bibir dan tangan akibat terkena kayu dan terkena simen jeti yang roboh,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Katanya lagi, dua murid yang cedera bagaimanapun telah dihantar pulang selepas dinilai tahap kecederaan yang dialami.
“Setakat ini tiada kecederaan berat dan murid berkenaan telah dihantar pulang untuk ditenangkan oleh ibu bapa mereka,” katanya.
Sementara itu, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Sulabayan Abdul Manan Danan berkata, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah bersetuju untuk menyalurkan peruntukan bagi membina jeti yang runtuh berkenaan.
“Perkara ini telah saya maklumkan kepada beliau supaya peruntukan segera (disalurkan) untuk melaksanakan jeti tersebut.
“Beliau telah bersetuju supaya jeti itu dilaksanakan secepat mungkin. Namun beliau tidak mengumumkan berapa peruntukan tetapi ia perlu disiapkan dengan segera,” katanya.
Sebelum itu, tular di media sosial video berdurasi satu minit 30 saat memaparkan guru menyelamatkan murid yang terjatuh ke dalam laut selepas jeti dikatakan roboh dan dipercayai ia berlaku di jeti SK Pababag.
Sumber: Sinar Harian
Terkini
Bertenang, warga Palestin tetamu kita – Menteri Agama
Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
- “Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
- “Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
- Terdahulu, tular di media sosial sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
- Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan.
KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
“Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
“Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
Mohd Na’im turut mengajak semua rakyat berdoa supaya rakyat Palestin diberikan kekuatan, kesabaran dan ketenangan.
Katanya, kerajaan akan terus berusaha dan memberi perhatian khusus terhadap perkara itu supaya insiden sedemikian tidak berulang.
Terdahulu, tular di media sosial tindakan sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan anggota pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan. — The Merdeka Times
-
Antarabangsa1 day ago
Arab Saudi, Qatar, UAE, Bahrain dan Kuwait tidak benar AS guna pangkalan udara serang Iran
-
Antarabangsa1 day ago
(VIDEO) Profesor Iran ‘sekolahkan’ wartawan Sky News
-
Terkini1 day ago
(VIDEO) Mengapa wirid Aurad Muhammadiah GISB sesat?
-
Antarabangsa1 day ago
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia