Connect with us

Antarabangsa

Kesilapan penyambungan sistem isyarat punca nahas kereta api terburuk di India

Tragedi yang meragut nyawa hampir 300 penumpang kereta api di India bulan lalu dipercayai berpunca daripada kesilapan ketika kerja pembaikan penghadang landasan dilakukan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kesilapan penyambungan sistem isyarat punca nahas kereta api terburuk di India
Foto: Gambar kejadian nahas kereta api yang meragut nyawa hampir 300 penumpang kereta api di India, bulan lalu.
  • Tragedi meragut nyawa hampir 300 penumpang kereta api di India bulan lalu dipercayai berpunca daripada kesilapan ketika kerja pembaikan penghadang landasan dilakukan.
  • Nahas pada 2 Jun di Stesen Bahanaga Bazar, di negeri Odisha di timur India, itu mengorbankan 288 orang dan mencederakan lebih 1,000.
  • Dalam laporan siasatan, dilihat Reuters, penyiasat Suruhanjaya Keselamatan Kereta Api (CRS) berkata pelanggaran pertama berlaku disebabkan pengubahsuaian dilakukan pada litar isyarat untuk menyelesaikan masalah pada penghadang landasan kereta api berhampiran.
  • Laporan siasatan CRS memaklumkan terdapat kesilapan di pelbagai peringkat dalam Jabatan Isyarat dan Telekomunikasi di mana prosedur operasi standard (SOP) tidak dipatuhi semasa kerja pembaikan.

BHUBANESWAR – Tragedi yang meragut nyawa hampir 300 penumpang kereta api di India bulan lalu dipercayai berpunca daripada kesilapan ketika kerja pembaikan penghadang landasan dilakukan.

Laporan rasmi siasatan nahas mendapati kesilapan penyambungan sistem isyarat automatik pada rangkaian sebagai punca utama tragedi kereta api terburuk negara itu dalam dua dekad.

Nahas pada 2 Jun di Stesen Bahanaga Bazar, di negeri Odisha di Timur India, itu telah mengorbankan 288 orang dan mencederakan lebih 1,000.

Tragedi berlaku apabila sebuah kereta api penumpang melanggar kereta api barang yang tidak bergerak, sebelum terkeluar dari landasan dan melanggar pula kereta api penumpang lain yang datang dari arah bertentangan.

Dalam laporan siasatan, dilihat oleh Reuters, penyiasat Suruhanjaya Keselamatan Kereta Api (CRS) berkata pelanggaran pertama berlaku disebabkan pengubahsuaian yang dilakukan pada litar isyarat untuk menyelesaikan masalah pada penghadang landasan kereta api berhampiran.

Kakitangan kereta api tidak mempunyai gambar rajah litar standard yang membawa kepada kesilapan penyambungan sistem isyarat.

Kegagalan sistem isyarat itu kemudiannya telah menyebabkan kereta api penumpang masuk ke laluan kereta api barang.

Indian Railways, rangkaian kereta api keempat terbesar di dunia, adalah syarikat yang dikendalikan Lembaga Kereta Api di bawah pengawasan Kementerian Kereta Api.

Rangkaian kereta api di India sedang melalui proses transformasi bernilai AS$30 bilion dengan penggunaan kereta api baharu dan stesen moden untuk meningkatkan infrastruktur dan ketersambungan.

Laporan siasatan CRS memaklumkan terdapat kesilapan di pelbagai peringkat dalam Jabatan Isyarat dan Telekomunikasi di mana prosedur operasi standard (SOP) tidak dipatuhi semasa kerja pembaikan.

Sumber: Astro AwaniĀ 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *