Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Dasar sifar Covid tidak masuk akal punca ramai mati terbakar di China

Seorang ibu kehilangan dua anaknya dalam kejadian kebakaran sebuah pangsapuri yang dihuni masyarakat Muslim Uyghur  di China. Menerusi satu video yang dikongsikan ibu tersebut, pintu kecemasan pangsapuri itu dikunci susulan dasar sekatan Covid-19 China yang terlalu ketat menyebabkan ramai penghuni gagal menyelamatkan diri.

Wartawan TMT

Published

on

(VIDEO) Dasar sifar Covid tidak masuk akal punca ramai mati terbakar di China
Foto: Bangunan pangsapuri yang terbakar di China

Seorang ibu kehilangan dua anaknya dalam kejadian kebakaran sebuah pangsapuri yang dihuni masyarakat Muslim Uyghur  di China.

Menerusi satu video yang dikongsikan ibu tersebut, pintu kecemasan pangsapuri itu dikunci susulan dasar sekatan Covid-19 China yang terlalu ketat menyebabkan ramai penghuni gagal menyelamatkan diri.

Setelah usahanya mencari jalan keluar menemui jalan buntu, dia mengambil keputusan untuk kembali ke rumah dan mengurung dirinya bersama tiga orang anaknya di dalam bilik tidur dengan harapan dapat melindungi mereka.

Bagaimanapun, dua orang anaknya terkorban dipercayai akibat terhidu asap, manakala seorang lagi selamat.

Lebih memburukkan keadaan, pihak bomba yang tiba juga tidak dapat mendekati bangunan tersebut disebabkan penghadang di sekeliling bangunan yang diletakkan pihak berkuasa negara itu.

Media tempatan melaporkan sekurang-kurangnya 44 penghuni pangsapuri maut dalam kejadian tersebut.

Sudah lebih 100 hari masyarakat Muslim Uyghur di China dikurung di kediaman mereka disebabkan dasar sifar Covid-19.

Ramai yang telah meninggal dunia akibat kebuluran, penyakit dan cuaca sejuk melampau akibat sekatan yang terlalu ketat dan tidak masuk akal.

Sumber: Instagram Muslim Daily

 

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Dituduh angkut lembu, pemandu trak Sikh diserang kumpulan pelampau di India

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Video dimuat naik HindutvaWatch di platform X itu meletakkan keterangan hantaran, “pengawal lembu menyerang seorang pemandu trak Sikh dan menggunakan serbannya untuk mengikat kakinya kerana mengangkut lembu”.

Video itu dimuat naik pada hari ini yang merujuk kepada insiden yang berlaku di Sonipat, Haryana pada 17 April lalu.

Di dalam sedutan video itu, penganut Sikh tersebut dilihat membawa sebuah lori di tempat duduk pemandu memakai turban berwarna safron bercakap pada arah video yang sedang merakamnya.

Rakaman itu kemudiannya disusuli tindakan seorang lelaki berbaju merah cuba bertindak memberhentikan atau membuka pintu tempat duduk lelaki tersebut.

Dalam sedutan lain, gambar individu Sikh di dalam video itu menunjukkannya duduk dengan turban safron yang pada asalnya dipakai, akhirnya digunakan untuk dililit kakinya, dengan sedikit tompokan darah darah pada pakaiannya.

Dalam keadaan itu, individu Sikh itu dilihat tenang dan tidak berkata apa-apa.

Pengguna platform X memberi komentar mengutuk tindakan menyasarkan pemandu trak beragama sikh itu dengan pelbagai keluhan.

“Sangat menjijikkan. Mereka melampau dalam bertindak atas perkara sebegini,” kata Faisal Siraj.

Sebuah akaun lain dengan nama Pakistan Times juga berkata “Malah Sikh pun tidak selamat di India.” – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending