Connect with us

Terkini

SOSMA berat sebelah dan terdedah penyalahgunaan – MUDA

Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) disifatkan rang undang-undang (RUU) yang sangat berat sebelah, malah kuasa menyeluruh melingkari akta itu membolehkan ia terdedah kepada penyalahgunaan.

Wartawan TMT

Published

on

SOSMA berat sebelah dan terdedah penyalahgunaan - MUDA
Foto: Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail(kiri), Zaidel Baharudin (kanan).
  • Naib Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Zaidel Baharudin berpendapat satu undang-undang jauh lebih baik boleh dirangka menangani isu keselamatan melaksanakan tindakan yang cepat.
  • Menurutnya, banyak negara demokrasi lain berdepan ancaman keganasan  namun mereka tetap mekanisme semak imbang untuk pastikan hak individu terjamin.
  • Zaidel juga mengakui SOSMA akta yang lebih progresif jika dibandingkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), namun memberikan banyak kuasa kepada pihak penguasa tanpa sebarang semak dan imbang.
  • “Saya berpendapat kuasa yang menyeluruh seperti ini membolehkan ianya terdedah kepada penyalahgunaan,” katanya.

KUALA LUMPUR: Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) disifatkan rang undang-undang (RUU) yang sangat berat sebelah, malah kuasa menyeluruh melingkari akta itu membolehkan ia terdedah kepada penyalahgunaan.

Justeru, Naib Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Zaidel Baharudin berpendapat satu undang-undang yang jauh lebih baik boleh dirangka bagi menangani isu keselamatan, yang memberi kuasa untuk melaksanakan tindakan yang cepat namun mempunyai proses semak dan imbang yang jelas.

“Banyak negara demokrasi lain yang berdepan ancaman keganasan yang aktif mempunyai RUU khusus bagi menangani ancaman ini.

“Namun mereka tetap meletakkan mekanisme semak imbang untuk memastikan hak individu warga negara terjamin,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas pendirian Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bahawa beliau tidak bercadang untuk mengkaji semula akta SOSMA.

Menurut Saifuddin, SOSMA berbeza dengan ISA kerana ada ruang untuk proses mahkamah selepas tamat tempoh penahanan maksimum 28 hari sebagaimana ditetapkan.

Dalam pada itu, Zaidel mengakui SOSMA sebagai akta yang lebih progresif jika dibandingkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), namun ia memberikan banyak kuasa kepada pihak penguasa tanpa sebarang semak dan imbang.

Memberi contoh penahanan selama 28 hari tanpa perlu melalui proses mahkamah, katanya bagi seorang individu biasa ia satu hukuman yang amat berat tanpa sebarang perbicaraan atau pertuduhan.

“Kita juga telah melihat contoh lalu, bagaimana ahli Parlimen PKR sendiri yang ditahan di bawah SOSMA kerana terbabit dalam penganjuran BERSIH.

“SOSMA juga membenarkan pihak penguat kuasa memintas komunikasi secara terus tanpa sebarang mekanisme semak dan imbang yang jelas.

“Saya berpendapat kuasa yang menyeluruh seperti ini membolehkan ianya terdedah kepada penyalahgunaan,” katanya.

Malam tadi, Saifuddin mengulangi pendiriannya berhubung keperluan pelaksanaan SOSMA dengan menyatakan peruntukan itu akan membolehkan pihak berkuasa membanteras kegiatan jenayah terancang, terutama membabitkan tangkapan ahli sindiket terbabit dalam jumlah yang ramai.

Menteri Dalam Negeri itu mengakui berdepan pelbagai kritikan berhubung pendiriannya termasuk daripada Ahli Parlimen Damansara, Gobind Singh Deo yang memintanya mengkaji semula SOSMA.

Sumber : Berita Harian

 

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Kolumnis

Bukankah sambut hari raya Aidilfitri sehari sahaja, bukan sebulan?

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Research And Development MRM

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Ia merupakan musim perayaan yang sangat dinantikan dan dirai penuh kegembiraan di mana waktu ini digunakan untuk menziarahi ke rumah keluarga dan rakan-rakan bagi merapatkan lagi hubungan silaturrahim.

Selama sebulan juga, terutamanya masyarakat Melayu Muslim, rumah-rumah mereka akan ‘dibuka’ dengan menghidangkan pelbagai juadah dan rumah dihias cantik untuk menyambut tetamu yang datang.

Namun, persoalan yang sering timbul adalah ‘Adakah tradisi ‘raya sebulan’ ini bertepatan dengan syariat Islam? Bukankah Islam hanya menganjurkan sehari sahaja dalam menyambut Aidilfitri, bukannya sebulan?’

Menariknya, persoalan ini telahpun dijawab menerusi artikel ‘Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-684: Bolehkah Menyambut Hari Raya selama Sebulan Syawal’ dan ‘Al-Kafi #1296: Sambut Hari Raya Sebulan itu Bid’ah?’ di laman sesawang rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Artikel itu mengatakan sememangnya Hari Raya Aidilfitri yang disyariatkan hanyalah pada satu Syawal. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW ketika baginda tiba di Madinah, penduduk Madinah menyambut dua perayaan. Lalu Baginda SAW bersabda,

“Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.” (Riwayat Ahmad, No. 12362)

Ini bermakna, hanya dua perayaan disyariatkan bagi umat Islam untuk dirayakan atas perintah Allah SWT.

Namun, apakah membezakan hari raya yang disyariatkan dengan hari-hari lain? Bezanya adalah pada amalan ibadat yang khusus diperintahkan untuk dilakukan pada hari tersebut.

Sebagai contoh, Hari Raya Aidilfitri disyariatkan melakukan ibadah solat hari raya, menunaikan zakat fitrah dan takbir yang hanya berlaku pada satu Syawal. Bahkan, pada hari tersebut umat Islam diharamkan berpuasa.

Dan sesudah hari tersebut tidak disyariatkan dengan apa-apa amalan ibadat khusus. Tiada lagi ibadat seperti solat sunat, mandi sunat dan takbir hari raya.

Maka, amalan ziarah-menziarahi sanak saudara bukanlah satu amalan ibadat yang dikhususkan dalam perayaan Aidilfitri. Ia hanyalah suatu tradisi yang baik dan diharuskan dalam Islam.

Mengikut Pejabat Mufti WP, mana-mana adat tradisi yang tidak bertentangan dengan nas-nas syarak, maka hukum asalnya adalah harus. Dalam kaedah Fiqh disebutkan:

“Asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada keharaman (perkara tersebut)” (Al-Asyhbah wa al-Nazoir, ms. 60)

Bahkan tiada sesiapa pun mengikat amalan seperti ziarah-menziarahi, bermaafan, menjamu makan dan seumpamanya hanya mesti diadakan pada hari raya.

Ia sekadar tradisi diamalkan demi mengambil keberkatan bulan Syawal yang mulia.

Kesimpulannya, hari raya Aidilfitri yang disyariatkan sememangnya pada satu Syawal. Namun, tiada masalah untuk menyambut hari raya dengan melakukan ziarah-menziarahi sepanjang Syawal kerana ia merupakan kebiasaan yang baik dan ia diharuskan dalam Islam.

Malah, dalam satu hadis Rasulullah SAW pernah menceritakan betapa cintanya Allah SWT kepada mereka yang menziarahi orang lain. Sabdanya

“Seorang lelaki menziarahi saudaranya di satu perkampungan yang lain. Lalu Allah menghantar malaikat untuk berada di jalan ke kampung yang ingin dia tuju. Apabila lelaki itu sudah mendekat, malaikat itu bertanya: Ke manakah engkau mahu pergi? Jawab lelaki itu: Aku mahu menziarahi saudaraku yang ada di kampung ini. Malaikat berkata: Adakah engkau ada harta yang ingin diberikan kepadanya? Lelaki itu berkata: Tidak. Sesungguhnya aku mencintainya kerana Allah. Malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku adalah utusan Allah yang dihantar kepada engkau. Allah mencintai engkau sebagaimana engkau mencintai saudara engkau itu.” (Riwayat Muslim, No. 6714) –The Merdeka Times

Penafian: Artikel yang disiarkan The Merdeka Times ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak semestinya menggambarkan pendirian Editorial The Merdeka Times dalam isu yang dikupas.

Author

Teruskan Membaca

Trending