Connect with us

Terkini

Sistem penyelenggaraan pengangkutan awam masih ‘kelas ketiga’ – Anthony Loke

Sistem penyelenggaraan sektor pengangkutan awam masih di takuk ‘kelas ketiga’ walaupun kini negara mempunyai kemudahan kelas pertama. 

Wartawan TMT

Published

on

Sistem penyelenggaraan pengangkutan awam masih 'kelas ketiga' - Anthony Loke
Foto: Anthony Loke,Menteri Pengangkutan
  • Sistem penyelenggaraan pengangkutan awam masih ‘kelas ketiga’ meskipun negara mempunyai kemudahan kelas pertama, luah Menteri Pengangkutan.
  • Anthony Loke merujuk kepada perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya yang kerap tergendala sejak kebelakangan ini ekoran sistem yang usang. 
  • “…jika kita tiada memastikan penyelenggaraan seiring teknologi, dalam tempoh 10 hingga 20 tahun kita akan terus keterbelakang,” kata Ahli Parlimen Seremban itu.
  • Selain itu, Loke komited untuk menggerakkan segala agenda dan dasar di kementeriannya dengan segera tanpa menunggu masa yang lama. 
  • Sementara itu, menyentuh kebajikan kakitangan CAAM, katanya, akan berusaha memastikan skim saraan diasingkan dapat dilaksana segera. 

 

SEPANG: Sistem penyelenggaraan sektor pengangkutan awam masih di takuk ‘kelas ketiga’ walaupun kini negara mempunyai kemudahan kelas pertama. 

Itu luahan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, ketika berucap pada lawatan kerja ke Kompleks Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) di sini hari ini, yang menjadi agensi pertama dilawati selepas dilantik semula sebagai menteri. 

Beliau merujuk kepada perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) laluan Kelana Jaya yang kerap tergendala sejak kebelakangan ini ekoran sistem yang usang.

Katanya, semua pengangkutan awam negara perlu membudayakan sistem penyelenggaraan agar teknologi kemudahan kelas pertama yang dikecapi rakyat ketika ini tidak terkebelakang dalam tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang.

“Kita lihat masalah yang timbul bagi LRT, sektor pengangkutan awam kita. Kita ada kemudahan awam terbaik… 20 tahun lalu dari zaman Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) lagi kita sudah sebut negara ada infrastruktur awam bertaraf ‘First world’ tetapi kita di negara ketiga dalam sistem penyelenggaraan. 

“Ini yang mesti diubah, kerana kita mempunyai kemudahan yang canggih namun jika kita tiada budaya untuk memastikan penyelenggaraan seiring dengan keupayaan teknologi, dalam tempoh 10 hingga 20 tahun kita akan terus keterbelakang, jadi budaya penyelenggaraan ini perlu terus dikekalkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program lawatan kerjanya ke Kompleks Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) di sini hari ini. 

Hadir sama, Pengerusi CAAM, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abdul Rahman. Loke sebelum ini memaklumkan LRT bagi laluan Kelana Jaya dijangka pulih sepenuhnya dan beroperasi pada kapasiti penuh dengan 48 set kereta api menjelang suku ketiga 2023. 

Beliau mengakui pada ketika ini perkhidmatan tren berkenaan berdepan pelbagai gangguan dan masalah antaranya kekurangan set kereta api. 

Selain itu, Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban, berkata beliau komited untuk menggerakkan segala agenda dan dasar di kementeriannya dengan segera tanpa menunggu masa yang lama. 

“Melangkah ke depan, apa yang sudah dirancang dan dibincangkan itu tidak perlu mengambil masa lama… tak perlu buang masa, kita jalan terus saja. 

“Saya lebih bersemangat sewaktu tempoh saya kali pertama di Kementerian Pengangkutan sebab kita tak tahu berapa lama dalam satu kedudukan, pengalaman lalu mengajar saya,” katanya. 

Sementara itu menyentuh kebajikan kakitangan CAAM, Loke berkata, beliau akan berusaha memastikan skim saraan diasingkan dapat dilaksana segera. 

“Walau ia bawah tugas Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tapi saya memahami keperluan ini, dalam memastikan pegawai atau kakitangan terus memberikan perkhidmatan terbaik,” katanya.

 

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Kenyataan ekonomi terjejas akibat gerakan boikot tidak tepat — Pengerusi BDS Malaysia

Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia menyifatkan dakwaan mengatakan ekonomi akan terjejas berikutan gerakan boikot dijalankan ketika ini adalah tidak tepat.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail.
  • Pengerusi BDS Malaysia, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail berkata kenyataan itu tidak tepat kerana mereka yang tidak membeli minuman dan makanan di kedai diboikot akan membuat perbelanjaan di kedai lain serta peluang pekerjaan juga akan bertambah di syarikat lain yang tidak terbabit secara langsung dengan Israel, atau ia mengutuk kezaliman Israel secara terbuka.
  • Mohd Nazari tidak menafikan dalam jangka pendek pekerja di syarikat diboikot akan terjejas susulan gerakan itu, namun ia hanya masalah bersifat sementara kerana dalam jangka panjang kelompok berkenaan boleh bekerja di syarikat pilihan baru pengguna yang akan berkembang.
  • Katanya, terdapat banyak restoran tempatan dimaklumkan kepada beliau sedang berkembang dan menjadi lebih maju, susulan boikot ke atas syarikat francais asing seperti McDonald’s dan Starbucks.
  • “Jika pengurusan syarikat terbabit ingin pastikan perniagaan mereka tidak diboikot dan nasib pekerja mereka tidak terjejas, senang sahaja… jangan ada apa-apa kaitan langsung dengan Israel,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Beliau berkata demikian ketika mengulas ciapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di platform X pada Khamis yang menyatakan pekerja tempatan sedang menanggung sengsara akibat boikot dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.

KUALA LUMPUR — Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia menyifatkan dakwaan mengatakan ekonomi akan terjejas berikutan gerakan boikot dijalankan ketika ini adalah tidak tepat.

Pengerusinya, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail berkata ia tidak tepat kerana mereka yang tidak membeli minuman dan makanan di kedai diboikot akan membuat perbelanjaan di kedai lain.

Selain itu, peluang pekerjaan juga akan bertambah di syarikat lain yang tidak terbabit secara langsung dengan Israel, atau ia mengutuk kezaliman Israel secara terbuka.

“Bukan susah untuk kutuk kezaliman Israel. Saya pun hairan kenapa ada syarikat yang masih enggan lakukan benda yang baik ini.

“Jika mereka kutuk kezaliman Israel secara jelas dan terbuka, saya yakin pengguna akan pergi balik ke kedai mereka,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas ciapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di platform X pada Khamis yang menyatakan pekerja tempatan sedang menanggung sengsara akibat boikot dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.

Kor Ming yang juga Naib Pengerusi DAP turut memuat naik tangkap layar artikel berita Cina bertajuk, ‘Gelombang boikot menyebabkan pekerja KFC dipotong gaji, pendapatan bulanan pasangan RM600 untuk menyara 3 anak’.

Foto: Tangkap layar ciapan Nga Kor Ming.

Mengulas lanjut, Mohd Nazari tidak menafikan dalam jangka pendek pekerja di syarikat diboikot akan terjejas susulan gerakan itu, namun ia hanya masalah bersifat sementara kerana dalam jangka panjang kelompok berkenaan boleh bekerja di syarikat pilihan baru pengguna yang akan berkembang.

Malah, katanya terdapat banyak restoran tempatan dimaklumkan kepada beliau sedang berkembang dan menjadi lebih maju, susulan boikot ke atas syarikat francais asing seperti McDonald’s dan Starbucks.

“Jika pengurusan syarikat terbabit ingin pastikan perniagaan mereka tidak diboikot dan nasib pekerja mereka tidak terjejas, senang sahaja… jangan ada apa-apa kaitan langsung dengan Israel. 

“Keluar dari Israel. Atau keluarkan kenyataan mengutuk kezaliman Israel di Gaza,” kata pengerusi BDS Malaysia. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending