Connect with us

Antarabangsa

Piala Dunia 2022: Kejayaan Maghribi satukan benua Arab

Kejayaan pasukan bola sepak Maghribi mengalahkan Portugal dalam Piala Dunia Qatar untuk layak masuk ke separuh akhir mencetuskan pelbagai reaksi daripada penduduk seluruh dunia, termasuk negara-negara Arab.

Wartawan TMT

Published

on

Piala Dunia 2022: Kejayaan Maghribi satukan benua Arab
Foto: Pasukan bola sepak Maghribi
  • Kejayaan Maghribi mengalahkan Portugal untuk layak masuk ke separuh akhir mencetuskan pelbagai reaksi daripada penduduk seluruh dunia, termasuk negara-negara Arab.
  • Pencapaian itu menjadikan negara Arab dan Afrika pertama melangkah ke peringkat separuh akhir Piala Dunia dalam tempoh 92 tahun sejarah kejohanan dunia tersebut.
  • Kejayaan itu amat besar dan jika Maghribi tidak menang sekali pun di peringkat seterusnya, negara ini akan diingati sebagai satu daripada negara mampu melahirkan pemain bola sepak berkualiti tinggi.

 

RABAT: Kejayaan pasukan bola sepak Maghribi mengalahkan Portugal dalam Piala Dunia Qatar untuk layak masuk ke separuh akhir mencetuskan pelbagai reaksi daripada penduduk seluruh dunia, termasuk negara-negara Arab.

Pencapaian itu menyaksikan Maghribi menjadi negara Arab dan Afrika pertama yang melangkah ke peringkat separuh akhir Piala Dunia dalam tempoh 92 tahun sejarah kejohanan dunia tersebut.

Di Casablanca, iaitu bandar pelabuhan di barat Maghribi, ribuan penduduk bersorak dan berarak di sekitar jalan utama bagi meraikan kejayaan tersebut.

“Suasana ketika ini amat meriah. Orang ramai saling menyanyi dan menari kegembiraan.

“Biarpun ramai rakyat negara ini terbang ke Qatar untuk menyaksikan Piala Dunia, Maghribi tetap meriah dengan sambuatan yang diraikan,” lapor responden Al-Jazeera di Casablanca, Nicolas Haque.

Selain itu, ketua pengarah laman web berita berbahasa Inggeris, Morocco World News, Adnane Bennis berkata, tiada kata-kata yang boleh diungkapkan atau ditulis untuk menggambarkan rasa gembira dan syukur selepas pasukan bola sepak negara ini mengalahkan Portugal.

Katanya, kejayaan itu amat besar dan jika Maghribi tidak menang sekali pun di peringkat seterusnya, negara ini tetap akan diingati sebagai satu daripada negara yang mampu melahirkan pemain bola sepak berkualiti tinggi.

“Kemenangan ini amat bermakna untuk Maghribi dan semua rakyat negara ini. Kami sentiasa percaya akan kebolehan kami, keupayaan pasukan kami.

“Impian kami masih hidup, perjalanan kami masih jauh dan kami semakin hampir untuk memenangi Piala Dunia,” ujarnya.

 

SAMBUTAN DI GAZA

Biarpun kesengsaraan ditindas Zionis tidak berakhir, rakyat Palestin di Semenanjung Gaza juga tidak melepaskan peluang untuk meraikan kejayaan Maghribi.

Responden Al-Jazeera di Gaza, Youmna Elsayed berkata, orang ramai bersorak kegembiraan, bertepuk tangan, bermain dram dan menyanyi selepas Maghribi memenangi perlawanan itu.

“Puluhan peminat bola sepak di Gaza yang kami temukan memberitahu, perlawanan itu amat penting buat mereka.

“Pada mereka, kejayaan itu merupakan kejayaan untuk seluruh negara Arab, biarpun rakyat Palestin terus ditindas Israel, kemenangan Maghribi menjadi sedikit pengubat untuk kesengsaraan mereka,” ujar Youmna.

 

ARAB SERBA BOLEH

Bagi Hussein yang merupakan rakyat Bahrain, keupayaan Maghribi untuk melangkah ke separuh akhir Piala Dunia menunjukkan dunia Arab serba boleh, setaraf dengan komuniti antarabangsa yang lain.

“Saya amat gembira kerana ini kali pertama Piala Dunia diadakan di negara Arab dan kini ada pasukan Arab masuk ke peringkat separuh akhir buat kali pertama,” jelasnya.

Di Iraq pula, orang ramai terus meraikan kejayaan Maghribi sepanjang malam dan menzahirkan harapan negara itu mampu membuat kejutan di peringkat seterusnya.

“Mereka sifatkan kejayaan itu sebagai simbolik penuh makna untuk benua Afrika, negara Arab dan rantau Asia Barat.

“Malahan, orang ramai memberitahu kejayaan itu seperti Iraq yang bermain dalam Piala Dunia,” kata responden Al-Jazeera di Baghdad, Mahmoud Abdelwahed.

Sumber: Utusan

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Jordan pintas dron Iran demi keselamatan rakyat – Kabinet Jordan

Setiap objek yang terbang memasuki ruang udara Jordan pada lewat malam Sabtu lalu dipintas negara itu demi keselamatan rakyatnya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Setiap objek yang terbang memasuki ruang udara Jordan pada lewat malam Sabtu lalu dipintas negara itu demi keselamatan rakyatnya.
  • Menurut dua sumber keselamatan serantau, Jordan yang terletak di antara Iran dan Israel, telah bersiap siaga dengan pertahanan udara bagi memintas mana-mana dron atau peluru berpandu yang menceroboh ruang udaranya.

Setiap objek yang terbang memasuki ruang udara Jordan pada lewat malam Sabtu lalu dipintas negara itu demi keselamatan rakyatnya.

Itu kenyataan yang dikeluarkan kabinet negara tersebut semalam selepas masyarakat dunia mempersoalkan mengapa Jordan memintas dron Iran yang disasarkan ke wilayah jajahan haram Israel.

Iran melancarkan dron letupan dan melepaskan peluru berpandu ke Israel pada lewat malam Sabtu. Menurut dua sumber keselamatan serantau, Jordan yang terletak di antara Iran dan Israel, telah bersiap siaga dengan pertahanan udara bagi memintas mana-mana dron atau peluru berpandu yang menceroboh ruang udaranya.

“Beberapa serpihan jatuh di beberapa tempat pada masa itu tanpa menyebabkan sebarang kerosakan besar atau kecederaan kepada rakyat,” tambah kenyataan kabinet Jordan.

Pesawat pejuang A.S. dan British turut terlibat dalam menembak jatuh beberapa dron milik Iran di kawasan sempadan Iraq-Syria, lapor Saluran 12 Israel.

– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending