Connect with us

Antarabangsa

Lebih RM700,000 dikumpul Muslim Ontario untuk mangsa gempa Maghribi, banjir Libya 

Komuniti Muslim di Ontario, Kanada berjaya mengumpulkan sumbangan  lebih $150,000 (RM704,400) sebagai tanda solidariti kepada mangsa gempa bumi di Maghribi dan banjir besar di Libya, lapor Morocco World News.  

Wartawan TMT

Published

on

Lebih RM700,000 dikumpul Muslim Ontario untuk mangsa gempa Maghribi, banjir Libya 
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Komuniti Muslim di Ontario, Kanada berjaya mengumpulkan sumbangan  lebih $150,000 (RM704,400)  sebagai tanda solidariti kepada mangsa gempa bumi di Maghribi dan banjir besar di Libya, lapor Morocco World News.  
  • Dana itu dikumpulkan daripada 300 individu yang hadir di majlis mengumpul dana anjuran Islamic Relief Canada pada Jumaat lalu.
  • Dana terkumpul itu akan disalurkan untuk menyediakan bantuan kritikal, bekalan makanan, tempat perlindungan kecemasan serta barangan keperluan seperti tilam dan selimut bagi mangsa terjejas akibat dua bencana alam itu.
  • Gempa bumi dengan kekuatan 6.8 Richter di Maghribi pada 8 September lalu memusnahkan puluhan ribu tempat tinggal dengan angka kematian mencecah 3,000 mangsa. 
  • Manakala dii Libya pula, sekurang-kurangnya 11,300 mangsa disahkan terkorban, manakala 10,100 lagi dilaporkan hilang.

Komuniti Muslim di Ontario, Kanada berjaya mengumpulkan sumbangan  lebih $150,000 (RM704,400) sebagai tanda solidariti kepada mangsa gempa bumi di Maghribi dan banjir besar di Libya, lapor Morocco World News.  

Foto: Majlis mengumpul dana anjuran Islamic Relief Canada pada Jumaat lalu.

Dana itu dikumpulkan daripada 300 individu yang hadir di majlis mengumpul dana anjuran Islamic Relief Canada pada Jumaat lalu.

Dana terkumpul itu akan disalurkan untuk menyediakan bantuan kritikal, bekalan makanan, tempat perlindungan kecemasan serta barangan keperluan seperti tilam dan selimut bagi mangsa terjejas akibat dua bencana alam itu.

Salah seorang penganjur utama acara, Yasmin Alameddine berkata; “Jika anda meletakkan diri anda di tempat mereka, kehilangan rumah, kehilangan keluarga, kehilangan semua yang pernah disayangi, dan semua yang dikenali.

“(Dan kemudian mula) terbayang dari mana hendak mendapatkan makanan seterusnya, di mana hendak tidur, jadi perkara yang penuh ketidakpastian ini, kita berharap sekurang-kurangnya dapat memberikan mereka perkara itu.” kata Yasmin di acara kebajikan itu.

Gempa bumi dengan kekuatan 6.8 Richter di Maghribi pada 8 September lalu memusnahkan puluhan ribu tempat tinggal dengan angka kematian mencecah 3,000 mangsa. 

Manakala dii Libya pula, sekurang-kurangnya 11,300 mangsa disahkan terkorban, manakala 10,100 lagi dilaporkan hilang.

Sumber: Morocco World News

Advertisement

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS

Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima. 

“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.

“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).

“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.

Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.

Advertisement

“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.

Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.

Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.

Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times

Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

A post shared by THE MERDEKA TIMES (TMT) (@themerdekatimes)

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending