Connect with us

Antarabangsa

H&M, Starbucks tutup operasi di Maghribi

Jenama pakaian dan rangkaian kedai kopi terkenal iaitu H&M dan Starbucks akan menutup operasi mereka secara rasmi di Maghribi bermula 15 Disember depan.

Wartawan TMT

Published

on

H&M Starbucks tutup operasi di Maghribi
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Jenama pakaian dan rangkaian kedai kopi terkenal iaitu H&M dan Starbucks akan menutup operasi mereka secara rasmi di Maghribi bermula 15 Disember depan.
  • Penutupan itu dipercayai disebabkan tekanan teruk kempen boikot rakyat Maghribi, tanda solidariti terhadap warga Palestin  di  Gaza yang diserang rejim penjajah zionis Israel.
  • Anak syarikat Alshaya Morocco yang memegang hak francais kedua-dua jenama itu dilaporkan sedang bergelut akibat boikot perdagangan itu, lapor Morocco World News.

Jenama pakaian dan rangkaian kedai kopi terkenal iaitu H&M dan Starbucks akan menutup operasi mereka secara rasmi di Maghribi bermula 15 Disember depan.

Penutupan itu dipercayai disebabkan tekanan teruk kempen boikot rakyat Maghribi, tanda solidariti terhadap warga Palestin  di  Gaza yang diserang rejim penjajah zionis Israel.

Anak syarikat Alshaya Morocco yang memegang hak francais kedua-dua jenama itu dilaporkan sedang bergelut akibat boikot perdagangan itu, lapor Morocco World News.

Seorang pekerja Starbuck di negara itu meluahkan kerisauan mengenai nasib kerjaya mereka berikutan penutupan  itu.

“Ini merupakan bencana, kami ada lebih 100 pekerja. Ke manakah kami akan pergi selepas ini, harapnya  berita ini tidak benar,” katanya kepada The New Arab.

Walaupun media melaporkan penutupan itu adalah akibat boikot, syarikat terbabit dilaporkan berkata ia keluar dari Maghribi kerana pasarannya yang tidak lagi menarik untuk perniagaan mereka.

Jenama lain yang turut menjadi sasaran boikot di negara itu iaitu francais makanan segera, McDonald.

Kempen boikot dijalankan dilaporkan mendapat sokongan luas bukan sahaja dunia Arab, tetapi juga negara lain seperti Malaysia. – The Merdeka Times

Sumber: Morocco World News, Doha News

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia

Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov.
  • Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
  • Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.
  • “Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.
  • Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.
  • Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.

Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.

Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.

“Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.

Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.

Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.

Taliban berada di bawah sekatan Barat selama lebih dua dekad dan pada awalnya dikenakan sekatan pembiayaan kepada al-Qaeda dan kumpulan lain yang dilabelkan sebagai “pengganas”.

Beberapa pegawai Russia menyeru Moscow mengeluarkan Taliban dari senarai “organisasi pengganas dan ekstremis” bagi meningkatkan kerjasama lebih lanjut.

Menteri Luar Afghanistan, Amir Khan Muttaqi dilaporkan berada di Moscow untuk perbincangan itu.

Lavrov juga dilaporkan berkata Russia tidak akan menerima “negara ketiga” menempatkan pangkalan tentera di Afghanistan atau menubuhkan kemudahan tentera baru di negara-negara jirannya “atas apa jua alasan”.

Russia mempunyai pangkalan tentera besar di Tajikistan yang bersempadan dengan Afghanistan. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending