Antarabangsa
Pemimpin Hindutva terus cabar muslim dengan rancang baca doa Hindu di masjid
Polis Uttar Pradesh menahan pemimpin pertubuhan Hindutva Akhil Bharat Hindu Mahasabha pada Selasa lalu (6 Dis 2022) yang didakwa merancang untuk membaca Hanuman Chalisa di Masjid Shahi Idgah di Mathura, demikian lapor Scroll.in
- Saurabh Sharma, pentadbir pertubuhan Hindutva Akhil Bharat Hindu Mahasabha wilayah Agra ditahan polis Uttar Pradesh kerana didakwa merancang untuk membaca Hanuman Chalisa di Masjid Shahi Idgah di Mathura.
- Dia menyeru penduduk untuk berbuat demikian sempena ulang tahun ke-30 perobohan Masjid Babri di Ayodhya.
- Tujuh hingga lapan pemimpin lain dari kumpulan itu juga telah ditahan di rumah mereka di bandar itu.
- Masjid Shahi Idgah adalah tapak sensitif masyarakat kerana sekumpulan penganut Hindu memfailkan petisyen di mahkamah Mathura untuk menghalang umat Islam daripada solat di masjid itu.
Polis Uttar Pradesh menahan pemimpin pertubuhan Hindutva Akhil Bharat Hindu Mahasabha pada Selasa lalu (6 Dis 2022) yang didakwa merancang untuk membaca Hanuman Chalisa di Masjid Shahi Idgah di Mathura, demikian lapor Scroll.in
Hindu Mahasabha menyeru penduduk Mathura untuk membaca doa pemujaan Hindu itu di masjid berkenaan sempena ulang tahun ke-30 perobohan Masjid Babri di Ayodhya.
Supritendan polis, Martandey Singh berkata pentadbir pertubuhan wilayah Agra itu, Saurabh Sharma ditangkap pagi Selasa lalu ketika dia dalam perjalanan ke masjid.
Pegawai yang tidak dikenali juga memberitahu tujuh hingga lapan pemimpin lain dari kumpulan itu juga ditahan di rumah mereka di bandar itu.
Masjid Shahi Idgah adalah tapak sensitif masyarakat kerana sekumpulan penganut Hindu memfailkan petisyen di mahkamah Mathura untuk menghalang umat Islam daripada solat di masjid itu.
Mereka mendakwa bahawa tapak itu adalah tempat kelahiran dewa Hindu Krishna.
Pentadbiran daerah Mathura meminta polis untuk terus berjaga-jaga selepas Mahasabha Hindu mengumumkan rancangannya untuk membaca Hanuman Chalisa di masjid itu.
Majistret Daerah Pulkit Khare mengeluarkan perintah pada 1 Disember lalu yang melarang perhimpunan lima atau lebih orang tanpa kebenaran. Perintah itu akan terus berkuat kuasa sehingga 28 Januari depan.
Sumber: Scroll.in