Connect with us

Antarabangsa

Pemimpin Hindutva terus cabar muslim dengan rancang baca doa Hindu di masjid

Polis Uttar Pradesh menahan pemimpin pertubuhan Hindutva Akhil Bharat Hindu Mahasabha pada Selasa lalu (6 Dis 2022) yang didakwa merancang untuk membaca Hanuman Chalisa di Masjid Shahi Idgah di Mathura, demikian lapor Scroll.in

Wartawan TMT

Published

on

Pemimpin Hindutva terus cabar muslim dengan rancang baca doa Hindu di masjid
Foto: Masjid Shahi Idgah, Mathura.
  • Saurabh Sharma, pentadbir pertubuhan Hindutva Akhil Bharat Hindu Mahasabha wilayah Agra ditahan polis Uttar Pradesh kerana didakwa merancang untuk membaca Hanuman Chalisa di Masjid Shahi Idgah di Mathura.
  • Dia menyeru penduduk untuk berbuat demikian sempena ulang tahun ke-30 perobohan Masjid Babri di Ayodhya.
  • Tujuh hingga lapan pemimpin lain dari kumpulan itu juga telah ditahan di rumah mereka di bandar itu.
  • Masjid Shahi Idgah adalah tapak sensitif masyarakat kerana sekumpulan penganut Hindu memfailkan petisyen di mahkamah Mathura untuk menghalang umat Islam daripada solat di masjid itu. 

Polis Uttar Pradesh menahan pemimpin pertubuhan Hindutva Akhil Bharat Hindu Mahasabha pada Selasa lalu (6 Dis 2022) yang didakwa merancang untuk membaca Hanuman Chalisa di Masjid Shahi Idgah di Mathura, demikian lapor Scroll.in

Hindu Mahasabha menyeru penduduk Mathura untuk membaca doa pemujaan Hindu itu di masjid berkenaan sempena ulang tahun ke-30 perobohan Masjid Babri di Ayodhya.

Supritendan polis, Martandey Singh berkata pentadbir pertubuhan wilayah Agra itu, Saurabh Sharma ditangkap pagi Selasa lalu ketika dia dalam perjalanan ke masjid.

Pegawai yang tidak dikenali juga memberitahu tujuh hingga lapan pemimpin lain dari kumpulan itu juga ditahan di rumah mereka di bandar itu.

Masjid Shahi Idgah adalah tapak sensitif masyarakat kerana sekumpulan penganut Hindu memfailkan petisyen di mahkamah Mathura untuk menghalang umat Islam daripada solat di masjid itu. 

Mereka mendakwa bahawa tapak itu adalah tempat kelahiran dewa Hindu Krishna.

Pentadbiran daerah Mathura meminta polis untuk terus berjaga-jaga selepas Mahasabha Hindu mengumumkan rancangannya untuk membaca Hanuman Chalisa di masjid itu.

Majistret Daerah Pulkit Khare mengeluarkan perintah pada 1 Disember lalu yang melarang perhimpunan lima atau lebih orang tanpa kebenaran. Perintah itu akan terus berkuat kuasa sehingga 28 Januari depan.

Sumber: Scroll.in

 

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Pintas serangan Iran, hubungan Jordan-Israel masih kukuh?

Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kiri) & Raja Jordan, king Abdullah II ibn Al-Hussein (kanan).
  • Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.
  • Felo kanan senior di The Washington Institute for Near East Policy berkata,campur tangan Amman pada malam Sabtu tidak mengejutkan.Sokongan dramatik kerajaan itu membuktikan kekuatan pakatan keselamatan antara Amman dan Israel. – Ghaith al-Omari
  • Pegawai kanan bersara dan pakar tentera, Mahmoud Ridasat yang berpangkalan di ibu negara Amman bagaimanapun berkata, laporan berita ini tidak lebih daripada propaganda Israel.

Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.

Menurut portal berita online zionis, Times Of Israel, walaupun bantuan ketenteraan yang diberikan Amman kepada Israel mengejutkan ramai penduduknya namun ia tetap disambut penuh semangat di negara jajahan Yahudi tersebut.

Bagi sesetengah pengulas, campur tangan Amman pada malam Sabtu tidak mengejutkan. Ghaith al-Omari, warga asal Jordan yang juga seorang felo kanan senior di The Washington Institute for Near East Policy berkata, sokongan dramatik kerajaan itu membuktikan kekuatan pakatan keselamatan antara Amman dan Israel.

“Walaupun terdapat ketegangan politik antara Jordan dan Israel, hubungan ketenteraan dan perisikan tidak pernah berhenti,” katanya. 

“Sebenarnya, semakin politik memburuk, semakin rapatlah tentera, kerana mereka berdua memahami keperluan untuk mengekalkan hubungan ini. Ini sebahagian daripada doktrin ketenteraan Jordan dan doktrin ketenteraan Israel,” kata al-Omari dipetik TOI.

Seorang pegawai kanan bersara dan pakar tentera, Mahmoud Ridasat yang berpangkalan di ibu negara Amman bagaimanapun berkata, laporan berita ini tidak lebih daripada propaganda Israel.

Jelasnya, apa yang berlaku pada malam Sabtu lalu, tidak boleh dikira sebagai mempertahankan Israel, sebaliknya mempertahankan kedaulatan Jordan dan ruang udara negara tersebut.

Pada 1994, Jordan menjadi negara Arab kedua yang menjalin hubungan diplomatik dengan Israel (selepas Mesir pada 1979). Jordan melihat dirinya sebagai penjaga tapak suci umat Islam di Kota Lama Baitulmaqdis termasuk perkarangan Al-Aqsa dan kedua-dua negara itu juga mempunyai kerjasama keselamatan dan perisikan yang kukuh. 

Hubungan itu bagaimanapun mulai tegang sejak tercetusnya Taufan Al-Aqsa pada 7 Oktober tahun lalu.– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending