Connect with us

Antarabangsa

Pemain e-sukan transgender Brazil, didakwa lakukan jenayah seksual terhadap kanak-kanak bawah umur

Pemain profesional League of Legends di Brazil, Alessandro Ribeiro meletak jawatan daripada persatuan e-sukannya ekoran didakwa melakukan jenayah seksual terhadap kanak-kanak bawah umur.

Wartawan TMT

Published

on

Pemain e-sukan transgender Brazil, didakwa lakukan jenayah seksual terhadap kanak-kanak bawah umur
Foto: Alessandro Ribeiro
  • Pemain profesional League of Legends di Brazil, Alessandro Ribeiro meletak jawatan daripada persatuan e-sukannya berikutan didakwa melakukan jenayah seksual terhadap kanak-kanak bawah umur.
  • Ribeiro dilihat memberitahu kanak-kanak itu dia boleh “gunakan” dia “sepanjang malam” dan dia akan mengikatnya serta “bermain dengan badan kecilnya di setiap bahagian.”
  • Ribeiro turut dilaporkan minta kanak-kanak itu panggilnya ayah sedangkan dia dikenali sebagai wanita selain ambil bahagian dalam bahagian e-sukan wanita.
  • Selepas mesej itu dibocorkan, penyelidik internet dedahkan akaun Twitter peribadi milik Ribeiro yang memaparkan dan berkongsi animasi pornografi kanak-kanak dengan jelas. 

 

Pemain profesional League of Legends di Brazil, Alessandro Ribeiro meletak jawatan daripada persatuan e-sukannya ekoran didakwa melakukan jenayah seksual terhadap kanak-kanak bawah umur.

Pada 14 Disember lalu, Alessandro Ribeiro, 21, mengumumkan peletakan jawatan daripada Brazil paiN Gaming Female bagi mengelakkan reputasi rakan sepasukannya rosak akibat kontroversinya.

Ribeiro dikenali dengan sebagai “Flowers Garden” dianugerahkan MVP female gamer oleh League of Legends Sports Brazil awal bulan ini.

Ribeiro meletak jawatan berikutan kebocoran log perbualannya melalui aplikasi Discord yang mendedahkan dia menghantar mesej intim kepada seorang remaja berusia 14 tahun.

Tangkapan skrin perbualan antara Ribeiro dan mangsa disiarkan di Twitter.

Ribeiro dilihat memberitahu kanak-kanak itu dia boleh “menggunakan” dia “sepanjang malam” dan dia akan mengikatnya serta “bermain dengan badan kecilnya di setiap bahagian”.

Malah Ribeiro turut dilaporkan meminta kanak-kanak itu memanggilnya ayah sedangkan dia dikenali sebagai wanita selain mengambil bahagian dalam bahagian e-sukan wanita.

Selepas mesej itu dibocorkan, penyelidik internet dengan pantas mendedahkan akaun Twitter peribadi milik Ribeiro yang memaparkan dan berkongsi animasi pornografi kanak-kanak dengan jelas. 

Imej-imej itu, dilukis dalam gaya kartun Jepun, terutama gambaran grafik gadis-gadis kecil ditembusi alat kelamin lelaki yang sangat besar.

Ribeiro tidak menafikan dia melakukan hubungan seksual dengan remaja berusia 14 tahun itu.

Mengikut undang-undang Brazil, jenayah itu didakwa tidak berlaku berikutan mereka yang berumur 14 tahun tidak berdepan sekatan melakukan aktiviti seksual dan tidak mengira umur pasangan.

Ribeiro berkata tangkapan skrin perbualannya dengan kanak-kanak di bawah umur itu dikongsi tanpa persetujuan dan berniat buruk sebagai percubaan untuk menyokong stereotaip yang sering mengaitkan pedofilia dengan komuniti transgender.

Dia bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang membuat komen transfobik mengenainya berikutan pendedahan itu.

 

Sumber : Reduxx

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Halang Iran pertahankan diri, AS perlekeh undang-undang antarabangsa

Tindakan Amerika Syarikat (AS) yang dilihat cuba menghalang Iran melaksanakan haknya untuk mempertahankan diri menunjukkan undang-undang antarabangsa tidak diendahkan dan diperlekehkan AS.

Avatar

Published

on

Foto: Pengerusi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA), Lukman Sheriff Alias.
  • Tindakan Amerika Syarikat (AS) yang dilihat cuba menghalang Iran melaksanakan haknya untuk mempertahankan diri menunjukkan undang-undang antarabangsa tidak diendahkan dan diperlekehkan AS.
  • Pengerusi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA), Lukman Sheriff Alias berkata ia juga menggambarkan hak asasi manusia hanyalah permainan geopolitik AS dan barat.
  • Beliau turut mempersoalkan tindakan AS dan sekutunya yang sama sekali tidak mengutuk serangan Israel ke bangunan konsulat Iran di Damsyik pada 1 April lalu.
  • “Apabila Israel bom kedutaan Iran, kenapa AS dan sekutunya tidak kutuk keganasan Israel dan nyatakan Iran ada hak untuk pertahankan diri (self defence)? Kenapa AS pula nak halang Iran dari melaksanakan haknya?,” katanya dalam hantaran di Facebook semalam.

Kuala Lumpur – Tindakan Amerika Syarikat (AS) yang dilihat cuba menghalang Iran melaksanakan haknya untuk mempertahankan diri menunjukkan undang-undang antarabangsa tidak diendahkan dan diperlekehkan AS.

Pengerusi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA), Lukman Sheriff Alias berkata ia juga menggambarkan hak asasi manusia hanyalah permainan geopolitik AS dan barat.

“Nampak sangat undang-undang antarabangsa tidak diendahkan dan diperlekehkan oleh AS.

“Nampak sangat hak asasi manusia adalah alat permainan geopolitik AS dan barat.

“Nampak sangat rakyat Pal*stn tiada nilai.

“Kalau Iran diserang kelak, percayalah rakyat Iran pun tiada nilai. Kalau genosid pun berlaku, AS dan barat akan tutup mata,” katanya dalam hantaran di Facebook semalam.

Beliau turut mempersoalkan tindakan AS dan sekutunya yang sama sekali tidak mengutuk serangan Israel ke bangunan konsulat Iran di Damsyik pada 1 April lalu.

“Apabila Israel bom kedutaan Iran, kenapa AS dan sekutunya tidak kutuk keganasan Israel  dan nyatakan Iran ada hak untuk pertahankan diri (self defence)? Kenapa AS pula nak halang Iran dari melaksanakan haknya?,” katanya.

Presiden AS, Joe Biden pada Sabtu mengutuk serangan Iran ke atas kemudahan ketenteraan di Israel selain menjanjikan tindak balas diplomatik G7 yang diselaraskan.

Katanya, tentera AS membantu Israel menembak jatuh hampir semua dron dan peluru berpandu dilancarkan Iran. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending