Connect with us

Terkini

Menteri Komunikasi Digital jumpa wakil Tiktok berhubung mesej kebencian, klip propaganda

Menteri Komunikasi Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil dilaporkan akan bertemu wakil Tiktok Malaysia susulan penyebaran mesej propaganda kebencian selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) terutama membabitkan tragedi berdarah 13 Mei 1969.

Wartawan TMT

Published

on

Menteri Komunikasi Digital jumpa wakil Tiktok berhubung mesej kebencian, klip propaganda
Foto: Menteri Komunikasi Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil.
  • Ia susulan penyebaran mesej propaganda kebencian selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) terutama membabitkan tragedi berdarah 13 Mei 1969.
  • Pertemuan itu adalah untuk membolehkan Menteri Komunikasi Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil memahami rangka kerja kawal selia platform berkenaan sensitiviti kaum dan agama.
  • Semua saluran media sosial perlu membantu usaha kerajaan dalam memastikan elemen ekstremis tidak menyebarkan mesej mereka melalui platform. 
  • “Saya ingin mendengar daripada mereka mengapa mereka membenarkan platform mereka menyebarkan mesej (pelampau) sebegini dan sejauh mana perbincangan mereka dengan SKMM,” –  Menteri Komunikasi Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil.

KUALA LUMPUR, 5 Dis — Menteri Komunikasi Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil dilaporkan akan bertemu wakil Tiktok Malaysia susulan penyebaran mesej propaganda kebencian selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) terutama membabitkan tragedi berdarah 13 Mei 1969.

Fahmi mengatakan pertemuan itu adalah untuk membolehkannya memahami rangka kerja kawal selia platform berkenaan sensitiviti kaum dan agama, demikian lapor The Vibes.

“Saya ingin mengetahui tentang sistem TikTok Malaysia (untuk mengawal selia kandungan). Mengapakah kita melihat begitu banyak kandungan ekstremis dan perkauman?

“Rangka kerja kawal selia adalah sesuatu yang saya bimbang selain langkah segera yang boleh diambil memandangkan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja telah menyeru rakyat dan ahli politik untuk bersatu,” kata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu. 

Bulan lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata agensi itu dan polis memanggil pengurusan TikTok untuk menjelaskan berkenaan penularan video yang memberi amaran rusuhan kaum 13 Mei boleh berulang di platform itu.

SKMM berkata pemilik platform perkongsian video itu dipanggil susulan terdapat laporan dibuat portal berita yang mendapati sekurang-kurangnya tiga video provokasi jenayah seperti itu yang dibayar untuk dipromosikan kepada penonton dalam perkhidmatan itu.

Portal Malaysiakini melaporkan bahawa sekurang-kurangnya tiga video sedemikian diterbitkan di platform itu sebagai sebahagian daripada “perkongsian berbayar”.

Polis memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak memuat naik kandungan yang boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman awam, selepas beberapa pengguna internet mula mendedahkan penyebaran video yang mengancam atau merujuk kepada rusuhan 13 Mei berikutan keputusan PRU15.

Sebagai tindak balas, Fahmi berkata semua saluran media sosial perlu membantu usaha kerajaan dalam memastikan elemen ekstremis tidak menyebarkan mesej mereka melalui platform, memetik peraturan diperkenalkan Facebook selepas kempen presiden Donald Trump 2016, yang menyaksikan media sosial gergasi itu menangani dakwaan campur tangan asing di platformnya.

“Hasilnya, kami melihat bagaimana Meta (syarikat induk Facebook) mula mengubah kedua-dua algoritma mereka serta memastikan sesiapa yang ingin meningkatkan mesej politik semasa pilihan raya dikawal dengan lebih baik.

“Tiada kejelasan mengenai rangka kerja TikTok dalam hal ini — bukan sahaja semasa pilihan raya di Malaysia, tetapi secara umum. Jadi ini membimbangkan bukan sahaja di Malaysia, tetapi banyak negara lain menghadapi isu atau situasi yang sama.”

“Saya ingin mendengar daripada mereka mengapa mereka membenarkan platform mereka menyebarkan mesej (pelampau) sebegini dan sejauh mana perbincangan mereka dengan SKMM. Secara teknikal, ini adalah hari pertama saya di pejabat. Jadi saya mahukan suasana yang kondusif untuk dialog dan perbincangan,” kata Fahmi.

Fahmi turut menyentuh tentang penahanan Zulfadzli Halim baru-baru ini, yang lebih dikenali sebagai pemilik akaun @bumilangit di Twitter, kerana memaparkan video 13 Mei di profilnya, Fahmi berkata ini adalah kes “salah identiti”.

Fahmi mengatakan adalah jelas Zulfadzli bukanlah pencipta kandungan, kerana apabila ia terkait isu mengetengahkan pelampau dan mesej ganas, pihak berkuasa mesti memahami perbezaan antara pencipta kandungan, sharer, aggregator atau whistleblower.

Zulfadzli, 39, ditahan bulan lalu kerana atas dakwaan menghasut selepas dia mendedahkan kandungan yang disifatkan memecahbelahkan kaum dan agama di media sosial sepanjang PRU15.

Selepas dibebaskan daripada tahanan polis dan kekal tidak bersalah, Zulfadzli mengatakan siaran media sosial yang mengandungi pandangan ekstremis tidak mempunyai tempat di Malaysia yang berbilang budaya dan berbilang kaum.

Sumber : Malay Mail

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Bertenang, warga Palestin tetamu kita – Menteri Agama

Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
  • Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
  • Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
  • “Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
  • “Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
  • Terdahulu, tular di media sosial sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
  • Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan.

KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.

“Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.

“Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.

Mohd Na’im turut mengajak semua rakyat berdoa supaya rakyat Palestin diberikan kekuatan, kesabaran dan ketenangan.

Katanya, kerajaan akan terus berusaha dan memberi perhatian khusus terhadap perkara itu supaya insiden sedemikian tidak berulang.

Terdahulu, tular di media sosial tindakan sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.

Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan anggota pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending