Connect with us

Terkini

MAIS, JAIS pantau 14 ajaran sesat aktif di Selangor

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sentiasa memantau ketat 14 ajaran sesat yang dikenal pasti masih aktif di negeri ini.

Wartawan TMT

Published

on

MAIS, JAIS pantau 14 ajaran sesat aktif di Selangor
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • MAIS bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sentiasa memantau ketat 14 ajaran sesat dikenal pasti masih aktif di negeri ini.
  • Antara ajaran diamalkan adalah Millah Abraham@ Ibrahim, Al-Arqam@Rufaqa’, Qadiani@Ahmadiah dan fahaman Syiah.
  • “Selain itu, saya nasihatkan kepada sesiapa yang mengetahui atau mendapat makluman mengenai ajaran-ajaran ini dan (ia) dibuat secara rahsia sulit serta… dilaksanakan di tempat yang sukar untuk dihubungi, kebiasaannya ia adalah ajaran sesat,”- Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

 

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sentiasa memantau ketat 14 ajaran sesat yang dikenal pasti masih aktif di negeri ini.

Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata antaranya adalah ajaran Millah Abraham@ Ibrahim, Al-Arqam@Rufaqa’, Qadiani@Ahmadiah dan fahaman Syiah.

Beliau berkata, orang ramai yang curiga atau keliru mengenai sesuatu ajaran, perlu segera merujuk kepada MAIS dan mereka juga boleh menghubungi Bahagian Penguatkuasaan JAIS untuk tindakan lanjut.

“Selain itu, saya nasihatkan kepada sesiapa yang mengetahui atau mendapat makluman mengenai ajaran-ajaran ini dan (ia) dibuat secara rahsia sulit serta… dilaksanakan di tempat yang sukar untuk dihubungi, kebiasaannya ia adalah ajaran sesat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK) 2022 di Auditorium Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.

Abdul Aziz berkata, orang ramai juga boleh merujuk kepada 97 PIBK yang berdaftar di bawah MAIS jika mempunyai kesangsian mengenai mana-mana ajaran.

Semalam, media melaporkan kumpulan ajaran sesat Millah Abraham yang dikesan kewujudannya beberapa tahun lepas dipercayai kembali aktif, susulan beberapa pengikut termasuk seorang selebriti lelaki mendedahkan pernah terjebak dengan kumpulan berkenaan. – BERNAMA

 

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending