Connect with us

Antarabangsa

Legenda bola sepak dunia Pele meninggal dunia di usia 82 tahun

Lagenda bola sepak Brazil, Edson Arantes do Nascimento atau Pele yang terhebat dan terkenal dalam sejarah moden, menghembuskan nafas terakhirnya di usia 82 tahun di Hospital Albert Einstein.

Wartawan TMT

Published

on

Legenda bola sepak dunia Pele meninggal dunia di usia 82 tahun
Foto: Mendiang Pele, atau nama sebenar Edson Arantes do Nascimento.
  • Mendiang Pele menghembuskan nafas terakhirnya kerana kanser kolon di Hospital Albert Einstein pada usia 82 tahun.
  • Kematian satu-satunya atlet lelaki yang memenangi Piala Dunia sebanyak tiga kali itu disahkan di akaun Instagramnya.
  • Pengebumian akan diadakan di Stadium Vila Belmiro, tempat dia bermain dengan kelab bola sepak Santos selama bertahun-tahun.
  • Orang ramai akan dapat memberi penghormatan di sana pada Isnin dan Selasa minggu depan.

SAO PAULO – Lagenda bola sepak Brazil, Edson Arantes do Nascimento atau Pele yang terhebat dan terkenal dalam sejarah moden, menghembuskan nafas terakhirnya di usia 82 tahun di Hospital Albert Einstein.

Mendiang meninggal dunia pada pukul 3:27 petang pada Khamis “disebabkan komplikasi kegagalan organ akibat kanser kolon”.

Kematian satu-satunya atlet lelaki yang memenangi Piala Dunia sebanyak tiga kali itu disahkan di akaun Instagramnya.

“Inspirasi dan cinta menandakan perjalanan Raja Pele, yang meninggal dunia dengan aman hari ini.

“Dalam perjalanannya, Edson mempesonakan dunia dengan kebijaksanaannya dalam sukan dan menghentikan perang.

“Selain itu, menjalankan kerja sosial di seluruh dunia dan menyebarkan perkara yang paling dipercayainya sebagai ubat untuk semua masalah kita: cinta. Mesej beliau hari ini menjadi warisan untuk generasi akan datang,” demikian menurut hantaran Instagram itu.

Pengebumian awam akan diadakan di Stadium Vila Belmiro, tempat dia bermain dengan kelab bola sepak Santos selama bertahun-tahun.

Keranda itu akan berlalu di hadapan rumah ibunya yang berusia 100 tahun, Celeste Arantes, sebelum diletakkan di tengah padang.

Orang ramai akan dapat memberi penghormatan di sana pada Isnin dan Selasa minggu depan.

Sumber: Al Jazeera

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Tiada tanda gencatan senjata dicapai di Gaza, perantara masih optimistik

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.
  • Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.

Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Tiada komen rasmi daripada Israel mengenai rundingan itu setakat ini selain fakta bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diberi taklimat mengenainya dan delegasi Israel hadir untuk pusingan rundingan kali ini.

Mandat diberikan kepada perunding Israel oleh Netanyahu juga tidak diketahui sepenuhnya kerana butiran mengenai rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Walaupun pengantara kekal optimistik, masih tiada tanda bahawa kesepakatan hampir tercapai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending