Connect with us

Terkini

Isu homoseksual: Tak semua kenyataan media bertanggungjawab – Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mendapatkan tarbiyah daripada Tan Sri Abdul Hadi Awang mengenai isu qazaf (tuduhan orang Islam berzina). 

Wartawan TMT

Published

on

Isu homoseksual: Tak semua kenyataan media bertanggungjawab - Anwar
Foto: Dari kanan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Fahmi Fadzil
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mendapatkan tarbiyah daripada Tan Sri Abdul Hadi Awang mengenai isu qazaf.
  • Hamzah ketika membahaskan usul undi percaya kepada PM memetik laporan portal berita di Itali yang mengaitkan Anwar dengan kegiatan homoseksual.
  • Setiausaha Agung BERSATU itu juga mendesak agar Anwar mengambil tindakan undang-undang ke atas portal berkenaan.
  • Sementara itu, Menteri Komunikasi Digital, Fahmi Fadzil turut membidas kenyataan Hamzah, dengan mengaitkan media Eropah yang dipetik Hamzah, tidak berasas. 

 

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mendapatkan tarbiyah daripada Tan Sri Abdul Hadi Awang mengenai isu qazaf (tuduhan orang Islam berzina). 

Menepis serangan Hamzah di Dewan Rakyat semalam, Anwar hari ini berkata Ketua Pembangkang itu tidak wajar menggunakan hujah qazaf bagi menyerangnya.

“Kita kena sabar, tidak semua kenyataan (laporan media) itu bertanggungjawab. Contohnya Ketua Pembangkang bekerja selama hampir 25 tahun, mencerca memfitnah, berkonspirasi, menyerang peribadi, menimbulkan fitnah dan diteruskan dengan cara lebih licik. 

“Saya tidak akan mengulas perkara itu kerana tentunya dia (Hamzah) belum dapat tarbiyah oleh Ahli Parlimen Marang (Abdul Hadi) yang pernah menulis tentang qazaf.

“Saya syorkan buku itu dibaca oleh Ketua Pembangkang dan apabila baca al-Quran, terutama bagi kita yang tidak terdidik daripada sekolah agama atau sekolah Arab, bacalah dengan betul. Biar betul sedikit,” katanya merujuk bacaan surah Ali-Imran ayat 54. 

Semalam Hamzah ketika membahaskan usul undi percaya kepada Perdana Menteri memetik laporan didakwa dikeluarkan sebuah portal berita di Itali yang mengaitkan Anwar dengan kegiatan homoseksual.

Setiausaha Agung BERSATU itu juga mendesak agar Anwar mengambil tindakan undang-undang ke atas portal berkenaan. 

Sementara itu, Ketua Penerangan PKR, yang juga Menteri Komunikasi Digital, Fahmi Fadzil dalam catatan Facebook semalam turut membidas kenyataan Hamzah, dengan mengaitkan bahawa media Eropah yang dipetik Hamzah semalam, tidak berasas. 

“Hati-hati Hamzah nak ‘scam’. Rupa-rupanya orang Itali pun tak pernah dengar nama ‘Agenzia Nova’ ni!,” katanya.

 

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Pintas serangan Iran, hubungan Jordan-Israel masih kukuh?

Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kiri) & Raja Jordan, king Abdullah II ibn Al-Hussein (kanan).
  • Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.
  • Felo kanan senior di The Washington Institute for Near East Policy berkata,campur tangan Amman pada malam Sabtu tidak mengejutkan.Sokongan dramatik kerajaan itu membuktikan kekuatan pakatan keselamatan antara Amman dan Israel. – Ghaith al-Omari
  • Pegawai kanan bersara dan pakar tentera, Mahmoud Ridasat yang berpangkalan di ibu negara Amman bagaimanapun berkata, laporan berita ini tidak lebih daripada propaganda Israel.

Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.

Menurut portal berita online zionis, Times Of Israel, walaupun bantuan ketenteraan yang diberikan Amman kepada Israel mengejutkan ramai penduduknya namun ia tetap disambut penuh semangat di negara jajahan Yahudi tersebut.

Bagi sesetengah pengulas, campur tangan Amman pada malam Sabtu tidak mengejutkan. Ghaith al-Omari, warga asal Jordan yang juga seorang felo kanan senior di The Washington Institute for Near East Policy berkata, sokongan dramatik kerajaan itu membuktikan kekuatan pakatan keselamatan antara Amman dan Israel.

“Walaupun terdapat ketegangan politik antara Jordan dan Israel, hubungan ketenteraan dan perisikan tidak pernah berhenti,” katanya. 

“Sebenarnya, semakin politik memburuk, semakin rapatlah tentera, kerana mereka berdua memahami keperluan untuk mengekalkan hubungan ini. Ini sebahagian daripada doktrin ketenteraan Jordan dan doktrin ketenteraan Israel,” kata al-Omari dipetik TOI.

Seorang pegawai kanan bersara dan pakar tentera, Mahmoud Ridasat yang berpangkalan di ibu negara Amman bagaimanapun berkata, laporan berita ini tidak lebih daripada propaganda Israel.

Jelasnya, apa yang berlaku pada malam Sabtu lalu, tidak boleh dikira sebagai mempertahankan Israel, sebaliknya mempertahankan kedaulatan Jordan dan ruang udara negara tersebut.

Pada 1994, Jordan menjadi negara Arab kedua yang menjalin hubungan diplomatik dengan Israel (selepas Mesir pada 1979). Jordan melihat dirinya sebagai penjaga tapak suci umat Islam di Kota Lama Baitulmaqdis termasuk perkarangan Al-Aqsa dan kedua-dua negara itu juga mempunyai kerjasama keselamatan dan perisikan yang kukuh. 

Hubungan itu bagaimanapun mulai tegang sejak tercetusnya Taufan Al-Aqsa pada 7 Oktober tahun lalu.– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending