Connect with us

Terkini

Emilia gagal hadir perbicaraan, mahkamah keluar waran tangkap kali kedua

Mahkamah Tinggi Syariah di sini, mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas isteri ahli perniagaan, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal, Emilia Hanafi kerana tidak menghadiri perbicaraan hak bermalam.

Wartawan TMT

Published

on

Emilia gagal hadir perbicaraan, mahkamah keluar waran tangkap kali kedua
Foto: Emilia Hanafi.
  • Mahkamah Tinggi Syariah di sini, keluarkan waran tangkap terhadap bekas isteri ahli perniagaan, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal, Emilia Hanafi kerana tidak hadir perbicaraan hak bermalam.
  • Hakim Syarie, Azzeman Omar keluarkan arahan itu kerana ketidakhadiran responden di mana Peguam Syarie responden, Nazri Yahya juga tidak hadir tanpa makluman.
  • Peguam mewakili SM Faisal, Ummi Kartini dan ‘Izzah Shakirah mula hujah jam 1 tengahari walaupun kes ditetapkan jam 11 pagi kerana tunggu responden.
  • Difahamkan ini adalah waran tangkap kedua dikeluarkan mahkamah sama terhadap Emilia. 

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas isteri ahli perniagaan, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal, Emilia Hanafi kerana tidak menghadiri perbicaraan hak bermalam.

Hakim Syarie, Azzeman Omar mengeluarkan arahan berkenaan selepas ketidakhadiran responden di mana Peguam Syarie responden, Nazri Yahya juga tidak hadir tanpa makluman.

Peguam yang mewakili SM Faisal, Ummi Kartini dan ‘Izzah Shakirah memulakan hujah pada jam 1 tengahari walaupun kes ditetapkan pada jam 11 pagi kerana menunggu kehadiran responden.

Dalam prosiding berkenaan peguam berhujah selama setengah jam berkenaan isu dan kedudukan undang-undang berkaitan pengkomitan.

Hakim kemudian mengeluarkan arahan waran tangkap terhadap Emilia Hanafi.

Difahamkan ini adalah waran tangkap kedua yang dikeluarkan mahkamah yang sama terhadap Emilia. 

Mahkamah sebelum ini pada 21 September lalu menolak permohonan Emilia untuk membatalkan perintah dan notis tunjuk sebab ke atasnya dengan kos sebanyak RM1,000 dikenakan ke atas Emilia.

Sebelum ini, pada 4 September 2019, Mahkamah Tinggi Syariah di sini menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari terhadap Emilia selepas membenarkan permohonan komital (menghina mahkamah) yang difailkan Faisal apabila wanita itu mengubah tarikh lawatan anak-anaknya.

Emilia kemudian dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 sementara menunggu rayuan.

Pada 8 Jun lalu, Emilia turut memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari terhadapnya kerana mengubah tarikh lawatan anak-anak untuk bersama bapa mereka.

Dalam permohonan itu, Emilia menyatakan, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur hanya mempunyai bidang kuasa mahkamah tempatan yang terhad berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 4 Akta Undang-Undang Keluarga (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Sumber : Harian Metro

 

 

Author

Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending