Antarabangsa
Ahli Parlimen pembangkang India ditahan susulan gesaan ‘bunuh’ PM Modi
Seorang ahli Parlimen pembangkang terkemuka dari parti Kongres Kebangsaan India (INC) di negeri Madhya Pradesh, Raja Pateria, ditahan pada Selasa susulan gesaannya supaya Perdana Menteri Narendra Modi dibunuh, lapor media tempatan.
- Seorang ahli Parlimen pembangkang terkemuka dari parti Kongres Kebangsaan India, Raja Pateria, ditahan susulan gesaannya supaya PM Narendra Modi dibunuh.
- Menurut ahli Parlimen itu, perkataan “membunuh” dalam ucapannya itu bermaksud “mengalahkan” mengikut ideologi Mahatma Gandhi yang menolak keganasan.
- Baginya, mengalahkan Modi dalam pilihan raya perlu untuk melindungi hak minoriti seperti yang dipetik dalam laporan itu.
MOSCOW – Seorang ahli Parlimen pembangkang terkemuka dari parti Kongres Kebangsaan India (INC) di negeri Madhya Pradesh, Raja Pateria, ditahan pada Selasa susulan gesaannya supaya Perdana Menteri Narendra Modi dibunuh, lapor media tempatan.
Video ucapan Pateria kepada ahli parti tersebar di media sosial pada Isnin.
Beliau dikatakan mengeluarkan kata-kata mendorong sekumpulan orang untuk “bersedia membunuh” Modi untuk “menyelamatkan” perlembagaan.
Menurut ahli Parlimen pembangkang itu, perkataan “membunuh” dalam ucapannya itu bermaksud “mengalahkan” dan beliau adalah pengikut ideologi Mahatma Gandhi yang menolak keganasan, dan baginya mengalahkan Modi dalam pilihan raya perlu untuk melindungi hak minoriti seperti yang dipetik dalam laporan itu.
INC, bagi pihaknya, mengecam kenyataan “tercela” Pateria itu, sambil menekankan perkataan sedemikian tidak wajar diucapkan terhadap sesiapa pun, termasuk Perdana Menteri. – Bernama
Sumber: Sinar Harian