Connect with us

Antarabangsa

Ahli Parlimen pembangkang India ditahan susulan gesaan ‘bunuh’ PM Modi

Seorang ahli Parlimen pembangkang terkemuka dari parti Kongres Kebangsaan India (INC) di negeri Madhya Pradesh, Raja Pateria, ditahan pada Selasa susulan gesaannya supaya Perdana Menteri Narendra Modi dibunuh, lapor media tempatan. 

Wartawan TMT

Published

on

Ahli Parlimen pembangkang India ditahan susulan gesaan ‘bunuh’ PM Modi
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang ahli Parlimen pembangkang terkemuka dari parti Kongres Kebangsaan India, Raja Pateria, ditahan susulan gesaannya supaya PM Narendra Modi dibunuh.
  • Menurut ahli Parlimen itu, perkataan “membunuh” dalam ucapannya itu bermaksud “mengalahkan” mengikut ideologi Mahatma Gandhi yang menolak keganasan.
  • Baginya, mengalahkan Modi dalam pilihan raya perlu untuk melindungi hak minoriti seperti yang dipetik dalam laporan itu.

MOSCOW – Seorang ahli Parlimen pembangkang terkemuka dari parti Kongres Kebangsaan India (INC) di negeri Madhya Pradesh, Raja Pateria, ditahan pada Selasa susulan gesaannya supaya Perdana Menteri Narendra Modi dibunuh, lapor media tempatan. 

Video ucapan Pateria kepada ahli parti tersebar di media sosial pada Isnin.

Beliau dikatakan mengeluarkan kata-kata mendorong sekumpulan orang untuk “bersedia membunuh” Modi untuk “menyelamatkan” perlembagaan. 

Menurut ahli Parlimen pembangkang itu, perkataan “membunuh” dalam ucapannya itu bermaksud “mengalahkan” dan beliau adalah pengikut ideologi Mahatma Gandhi yang menolak keganasan, dan baginya mengalahkan Modi dalam pilihan raya perlu untuk melindungi hak minoriti seperti yang dipetik dalam laporan itu.

INC, bagi pihaknya, mengecam kenyataan “tercela” Pateria itu, sambil menekankan perkataan sedemikian tidak wajar diucapkan terhadap sesiapa pun, termasuk Perdana Menteri. – Bernama

Sumber: Sinar Harian

 

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Dituduh angkut lembu, pemandu trak Sikh diserang kumpulan pelampau di India

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Video dimuat naik HindutvaWatch di platform X itu meletakkan keterangan hantaran, “pengawal lembu menyerang seorang pemandu trak Sikh dan menggunakan serbannya untuk mengikat kakinya kerana mengangkut lembu”.

Video itu dimuat naik pada hari ini yang merujuk kepada insiden yang berlaku di Sonipat, Haryana pada 17 April lalu.

Di dalam sedutan video itu, penganut Sikh tersebut dilihat membawa sebuah lori di tempat duduk pemandu memakai turban berwarna safron bercakap pada arah video yang sedang merakamnya.

Rakaman itu kemudiannya disusuli tindakan seorang lelaki berbaju merah cuba bertindak memberhentikan atau membuka pintu tempat duduk lelaki tersebut.

Dalam sedutan lain, gambar individu Sikh di dalam video itu menunjukkannya duduk dengan turban safron yang pada asalnya dipakai, akhirnya digunakan untuk dililit kakinya, dengan sedikit tompokan darah darah pada pakaiannya.

Dalam keadaan itu, individu Sikh itu dilihat tenang dan tidak berkata apa-apa.

Pengguna platform X memberi komentar mengutuk tindakan menyasarkan pemandu trak beragama sikh itu dengan pelbagai keluhan.

“Sangat menjijikkan. Mereka melampau dalam bertindak atas perkara sebegini,” kata Faisal Siraj.

Sebuah akaun lain dengan nama Pakistan Times juga berkata “Malah Sikh pun tidak selamat di India.” – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending