Terkini
99 kerja tambahan yang perlu dilakukan seorang guru selain mengajar
Para guru dilongokkan dengan puluhan kerja tambahan walaupun kerja hakiki mereka yang sebenarnya adalah mengajar.
- Para guru dilongokkan berpuluh-puluh kerja tambahan walaupun kerja hakiki adalah mengajar.
- Dakwaan itu dibuat pengguna Facebook, Othman Talib atau turut dikenali sebagai Dr OT di mana beliau menyenaraikan hampir 100 kerja tambahan perlu dilaksanakan para guru di Malaysia.
- “Dalam pada itu, guru juga mungkin di psiko dengan ‘Tidak pandai mengajar dan kurang kreatif’ sambil mengayat ‘Perlu ikhlas dalam mengajar’ untuk mendapat ‘Keberkatan gaji yang diterima’ dan kalau tak suka ‘Kenapa pilih jadi guru ?’”
- Ada diantara mereka (guru) mengatakan bebanan kerja sebegitu antara punca segelintir para guru memilih pencen lebih awal dan tertekan.
KUALA LUMPUR – Para guru dilongokkan dengan puluhan kerja tambahan walaupun kerja hakiki mereka yang sebenarnya adalah mengajar.
Dakwaan itu dibuat pengguna Facebook, Othman Talib atau turut dikenali sebagai Dr OT di mana beliau menyenaraikan hampir 100 kerja tambahan yang perlu dilaksanakan para guru di Malaysia.
Katanya, sekalipun kerja tambahan itu tidak dilaksanakan secara serentak oleh para guru namun senarai panjang itu tidak berlaku di negara yang maju pendidikannya.
“Percayalah, senarai sepanjang ini tidak berlaku di negara yang maju pendidikannya, yang kita cuba belajar dari mereka.
“Mereka juga ada menyelia murid sedang makan misalnya tetapi semuanya termasuk dalam jadual waktu tanpa mencuri waktu Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) guru secara keterlaluan.
“Jika bawa murid explorasi keluar pun itu sebahagian PdP,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook, pada Isnin.
Beliau dalam kenyataan itu turut menambah bahawa para guru di negara maju diberi kepercayaan dan autonomi serta seorang pembantu guru untuk menguruskan sebuah kelas yang kecil.
Othman berkata, dengan autonomi itu, guru tersebut tidaklah sekadar goyang kaki sebaliknya mereka berusaha menyediakan PdP terbaik kerana ada akauntabiliti.
Malah, situasi ini memperlihatkan bagaimana tenaga dan fikiran guru hanya difokuskan kepada PdP.
“Ada juga guru di negara kita yang seronok boleh lakukan kerja-kerja luar kelas, meninggalkan murid diambil alih oleh guru lain. Malah mendapat pelbagai anugerah pula sedangkan ini tidak berlaku di negara maju pendidikannya.
“Percayalah juga, guru negara maju seperti Australia tidak akan menjadi guru sukan untuk ke sana ke mari dan perkara-perkara berkaitan dengannya kerana sukan diserahkan kepada komuniti dan pihak berkuasa tempatan.
“Bagi mereka, tugas utama guru adalah mengajar.”
“Senarai panjang dibawah seperti menunjukkan kurangnya sensitiviti pengurusan pendidikan, melonggokkan pelbagai tugas sampingan kepada guru yang tanggungjawab hakikinya adalah mengajar.
“Dalam pada itu, guru juga mungkin di psiko dengan ‘Tidak pandai mengajar dan kurang kreatif’ sambil mengayat ‘Perlu ikhlas dalam mengajar’ untuk mendapat ‘Keberkatan gaji yang diterima’ dan kalau tak suka ‘Kenapa pilih jadi guru ?’” kata beliau.
Othman juga mengatakan bahawa para guru ini boleh sahaja menyelesaikan tugasan sampingan itu bagi melancarkan perjalanan sekolah.
Bagaimanapun, semakin lama pihak terkait semakin mengambil kesempatan ke atas para guru ini seolah langsung tiada empati sehingga mengganggu tugas hakiki seorang pendidik.
Tambahnya, sebagai ibu bapa kita juga perlu mengambil tahu akan betapa banyaknya kerja sampingan guru-guru di Malaysia.
Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata para guru bersetuju dengan kenyataan Othman.
Ada diantara mereka mengatakan bebanan kerja sebegitu menjadi antara punca segelintir para guru memilih pencen lebih awal dan tertekan.
Kata mereka, inilah realiti dunia pendidikan hari ini di mana sejak enam dekad lalu berada dalam kegelapan dan mendung bahkan ketika ini sudah ‘banjir’.
Lebih merisaukan, apabila trend guru bersara awal berlaku peningkatan apabila sebanyak 4,360 permohonan persaraan awal pada 2021 iaitu bersamaan dengan 1.06 peratus jumlah keseluruhan guru.
Pada 18 April, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) dalam satu kenyataan menganggarkan, lebih 10,000 guru membuat pilihan bersara awal setiap tahun kebelakangan ini, jauh melebihi statistik Kementerian Pendidikan (KPM).
Berikut merupakan tugasan sampingan para guru yang disenaraikan Othman;
- E-Operasi
- E-Pangkat
- E-Prestasi
- HRMIS
- SPLG
- E-Tukar
- E-Profil
- SPPBS
- Psikometrik
- E-SPTS
- APDM
- SPS
- SAPS
- SARANA IBU BAPA
- Guru Penyayang
- Mentor Mentee
- Minda Sihat
- L4
- Konsep Kendiri
- Pegawai Aset
- TS25
- E-Nilam
- Zoom A
- EMIS
- SSDM
- SSQS
- NKRA – LINUS
- E-kehadiran
- IQ-PSS
- PROTIM
- 1M1S
- Myspata
- E-mateks for SPBT
- E-bulk for SPBT
- Ujian komptensi ICT
- Sistem SKPK Prasekolah
- Jurufoto untuk evidence
- Kira dan bahagi kotak susu
- Pegawai pengiring
- Pegawai library
- Penetapan Expected Target Result (ETR) / Petunjuk Prestasi Utama (KPI) setiap subjek
- Aktiviti persatuan
- Aktiviti sukan
- Aktiviti ko-akademik
- Kajian tindakan
- Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) Negeri Johor
- Keceriaan kelas
- Latihan kebakaran & kecemasan
- Kem motivasi
- Kemaskini fail kurikulum
- Program susu sekolah
- Program pemulihan pengayaan
- PEKA/PAFA
- Pelaporan guru bertugas harian
- Program sekolah selamat
- Pelaporan kantin
- Persiapan padang dan balapan
- Program akses kendiri
- Program pecutan UPSR/PMR/SPM
- Kelas tambahan cuti sekolah
- Projek hikmah
- Galeria sekolah
- Pengurusan stok dan rekod
- Pengurusan panitia
- Sukan sekolah
- Kokurikulum unit uniform
- Kokurikulum permainan
- Kokurikulum kelab
- Temasya sukan daerah
- Temasya sukan negeri
- Temasya sukan kebangsaan
- Sukan antarabangsa
- Penandaarasan
- Guru kelas
- AJK PIBG
- AJK kelab guru
- AJK majlis-majlis rasmi jabatan dan kementerian
- Jurulatih utama
- Pengerusi teknik
- Penyelaras tahun
- Pengadil pertandingan
- Teknikal olahraga
- Guru pengiring
- Cuci tandas pertandingan tandas
- Kutip sampah kitar semula
- Kutip sampah hari kanak2
- Pemantauan PdP
- Pemantauan rekod mengajar
- Buddy system
- Laporan prestasi
- Hari bertemu pelanggan
- Gubal, taip, cetak soalan
- My portfolio
- Kursus, taklimat, bengkel, seminar
- Mengurus murid sakit
- Buat modul
- SU pelbagai program
- Sediakan minit mesyuarat
- Dan tugas yang akan diarahkan dari masa ke semasa…
Berikutan itu, para guru mengharapkan bebanan tugasan ini dapat diringankan sekaligus membawa reformasi pendidikan kepada Malaysia.
Jika anda lelah membaca senarai panjang ini, bayangkan pula kelelahan para pendidik yang perlu dihadapkan dengan tugasan sampingan di atas.
Jadi, wajarkah guru dibebani kerja yang bukan hakiki? – The Merdeka Times
Sumber : Facebook Othman Talib