Connect with us

Antarabangsa

Wanita Muslim India-Amerika berusia 23 tahun menang pilihan raya di Illinois, AS

Seorang wanita Muslim India-Amerika yang juga calon Parti Demokrat, Nabeela Syed, 23, memenangi kemenangan besar dalam pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat (AS).

Wartawan TMT

Published

on

Wanita Muslim India-Amerika berusia 23 tahun menang pilihan raya di Illinois, AS
Foto: Calon Parti Demokrat, Nabeela Syed.
  • Nabeela Syed, 23 merupakan wanita Muslim India-Amerika memenangi pilihanraya pertengahan penggal Amerika Syarikat bagi daerah Dewan ke-51 dewan undangan negeri Illinois.
  • Merupakan graduan ijazah dalam Sains Politik dan Perniagaan dari Universiti California.
  • Kemenangannya menewaskan Chris Bos dari parti Republikan selaku penyandang di kawasan Illinois.
  • Dalam manifestonya, Nabeela berjanji untuk mempertimbangkan dan menangani isu-isu awam seperti hak sama rata, penjagaan kesihatan, pendidikan dan percukaian.

Seorang wanita Muslim India-Amerika yang juga calon Parti Demokrat, Nabeela Syed, 23, memenangi kemenangan besar dalam pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat (AS).

Memetik laporan The Siasat Daily, Nabeela melakar sejarah sebagai wakil termuda memenangi pilihan raya bagi daerah Dewan ke-51 dewan undangan negeri Illinois di AS.

Pada Jun 2022, Nabeela memenangi pemilihan utama Demokrat dan kini mengambil alih daerah dikuasai Parti Republikan dengan menewaskan penyandangnya, Chris Bos.

Dia menjadi orang Asia Selatan pertama dalam dewan undangan negeri Illinois dan ahli termuda dipilih ke jawatan itu.

Dilahirkan dan dibesarkan di Illinois, Nabeela merupakan graduan ijazah dalam Sains Politik dan Perniagaan dari Universiti California.

Sejurus tamat pengajian, Nabeela berkhidmat sebagai presiden organisasi perundingan pro-bono yang membantu perniagaan tempatan.

Dalam manifestonya, Nabeela berjanji untuk mempertimbangkan dan menangani isu-isu awam seperti hak sama rata, penjagaan kesihatan, pendidikan dan percukaian.

Nabeela bergiat aktif dalam komuniti keagamaannya di Islamic Society of Northwest Suburbs dan menganjurkan dialog antara agama bertujuan memperkasakan wanita muda Islam untuk memimpin.

Sumber: Siasat

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Kumpulan Sunni Lubnan bergabung dengan Hizbullah perangi Israel

Ketua kumpulan politik dan militan Sunni Lubnan yang menyertai Hizbullah, sebuah gerakan penentangan Syiah yang memerangi Israel, pada Selasa berkata konflik itu membantu mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua kumpulan biarpun mereka berbeza aliran.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Setiausaha Agung Al-Jamaa Al-Islamiya, Sheikh Mohammed Takkoush.
  • Ketua kumpulan politik dan militan Sunni Lubnan yang menyertai Hizbullah, sebuah gerakan penentangan Syiah yang memerangi Israel, pada Selasa berkata konflik itu membantu mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua kumpulan biarpun mereka berbeza aliran.
  • Setiausaha Agung Al-Jamaa Al-Islamiya, Sheikh Mohammed Takkoush memberitahu AP bahawa kumpulannya telah menyertai pertempuran di sepanjang sempadan Lubnan-Israel.
  • Ia sebagai tindak balas terhadap genosid rejim zionis yang berterusan ke atas Gaza dan serangannya terhadap pekan dan kampung di Lubnan yang telah membunuh orang awam, termasuk wartawan.
  • “Kami memutuskan untuk menyertai (pertempuran) sebagai tugasan kebangsaan, agama dan moral. Kami melakukannya untuk mempertahankan tanah dan kampung kami,” kata Takkoush kepada agensi berita itu di ibu pejabat kumpulannya di Beirut. 
  • “Kami juga berbuat demikian untuk menyokong saudara-saudara kami di Gaza” di mana Israel menjalankan “pembunuhan beramai-ramai secara terbuka,” katanya dipetik MEMO.

Ketua kumpulan politik dan militan Sunni Lubnan yang menyertai Hizbullah, sebuah gerakan penentangan Syiah yang memerangi Israel, pada Selasa berkata konflik itu membantu mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua kumpulan biarpun mereka berbeza aliran.

Setiausaha Agung Al-Jamaa Al-Islamiya, Sheikh Mohammed Takkoush memberitahu AP bahawa kumpulannya telah menyertai pertempuran di sepanjang sempadan Lubnan-Israel.

Ia sebagai tindak balas terhadap genosid rejim zionis yang berterusan ke atas Gaza dan serangannya terhadap pekan dan kampung di Lubnan yang telah membunuh orang awam, termasuk wartawan.

“Kami memutuskan untuk menyertai (pertempuran) sebagai tugasan kebangsaan, agama dan moral. Kami melakukannya untuk mempertahankan tanah dan kampung kami,” kata Takkoush kepada agensi berita itu di ibu pejabat kumpulannya di Beirut. 

“Kami juga berbuat demikian untuk menyokong saudara-saudara kami di Gaza” di mana Israel menjalankan “pembunuhan beramai-ramai secara terbuka,” katanya dipetik MEMO.

Menurut AP, sayap bersenjata Al-Jamaa Al-Islamiya, Fajr Force menjalankan operasi terhadap Israel dengan tumpuan utama di bandar selatan Sidon.

Takkoush percaya Israel bercita-cita untuk merampas lebih banyak wilayah, “bukan sahaja di Palestin tetapi termasuk Lubnan”.

Kumpulan itu bertindak secara bebas tetapi berkoordinasi rapat dengan Hizbullah dan cawangan Hamas Lubnan.

“Sebahagian daripada (serangan terhadap tentera Israel) dalam penyelarasan bersama Hamas yang berkoordinasi dengan Hizbullah,” kata Takkoush.

“Hubungan kami dengan Hizbullah baik dan berkembang dan ia semakin diperkukuhkan sedang kami tempuhi peperangan ini,” katanya, menjelaskan semua senjata yang mereka gunakan adalah dari senjata mereka sendiri. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending