Connect with us

PRU-15

Tun Mahathir tumpu tulis sejarah, aktiviti dalam negara

Selepas tewas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad akan memberi tumpuan kepada penulisan berkaitan sejarah dan aktiviti dalam negara.

Wartawan TMT

Published

on

Tun Mahathir tumpu tulis sejarah, aktiviti dalam negara
Foto: Tun Dr Mahathir Mohamad
  • Tun Dr Mahathir Mohamad yang gagal mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi berkata, banyak peristiwaĀ  berlaku dalam negara belum direkodkan, termasuk ketika zaman British.
  • “Saya juga terbuka untuk ditemuduga oleh penulis,” kata Pengerusi Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad.
  • “Oleh kerana Pejuang kalah semua 125 kawasan yang dipertandingkan, Pejuang tidak pun dapat menjadi pembangkang dalam dewan.

 

  • “Segala perancangan Pejuang untuk negara terpaksalah digugurkan. Yang boleh dilakukan oleh Pejuang ialah melihat arah pemerintahan pihak yang menang,” katanya.

SHAH ALAM – Selepas tewas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad akan memberi tumpuan kepada penulisan berkaitan sejarah dan aktiviti dalam negara.

Beliau yang gagal mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi itu berkata, banyak peristiwa yang berlaku dalam negara belum pun direkodkan termasuk ketika zaman British.

“Saya juga terbuka untuk ditemuduga oleh penulis,” ujarnya di Facebook pada Rabu.

Pada PRU15, Dr Mahathir menjadi antara 369 calon kerusi Parlimen yang hilang wang deposit selepas memperoleh undi kurang satu per lapan daripada jumlah keseluruhan undi.

Beliau yang juga Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) hanya memperoleh sebanyak 4,566 undi daripada keseluruhan 48,123 undi dalam pertandingan lima penjuru.

Selain itu, anak beliau iaitu Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Timbalan Pengerusi GTA, Datuk Marzuki Yahya juga gagal merampas kerusi Jerlun dan Sungai Petani.

“Saya sebagai pengerusi Pejuang sedih. Tetapi saya terima pilihan rakyat.ā€

Advertisement

“Oleh kerana Pejuang kalah semua 125 kawasan yang dipertandingkan, Pejuang tidak pun dapat menjadi pembangkang dalam dewan.ā€

“Segala perancangan Pejuang untuk negara terpaksalah digugurkan. Yang boleh dilakukan oleh Pejuang ialah melihat arah pemerintahan pihak yang menang” jelasnya.

Tambah beliau lagi, Pejuang berdoa siapa juga yang menjadi kerajaan Malaysia akan dapat memulihkan segala masalah yang akan dihadapi oleh negara.

 

Sumber : Sinar Harian

 

Advertisement

 

PRU-15

Saingan 6 penjuru di Parlimen Padang SeraiĀ 

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi kerusi Parlimen Padang Serai yang ditangguhkan sebelum ini, akan menyaksikan persaingan enam penjuru.

Wartawan TMT

Published

on

Saingan 6 penjuru di Parlimen Padang SeraiĀ 
Foto (dari kiri): Dr Mohamad Sofee Razak (Pakatan Harapan), Datuk C. Sivarraajh (Barisan Nasional), Datuk Azman Nasrudin (Perikatan Nasional), Hamzah Abd Rahman (Pejuang), dan Sreananda Rao (Bebas).
  • PRU15 kerusi Parlimen Padang Serai yang ditangguhkan sebelum ini, akan menyaksikan persaingan enam penjuru.
  • Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Padang Serai, Datuk Abdul Bari Abdullah umumkan perkara tersebut setelah tempoh penamaan calon ditutup jam 10 pagi tadi.
  • Antara calon yang terlibat adalah Datuk Azman Nasrudin (PN), Datuk Sivarraajh Chandran (BN), Hamzah Abdul Rahman (PEJUANG); Dr Mohamed Sofee Razak dari (PH), calon Bebas, Sreanandha Rao dan Mohd Bakri Hashim mewakili WARISAN.
  • Undi bagi Parlimen Padang Serai ditangguh susulan kematian calon PH iaitu M Karupaiya pada 16 November lalu.
  • SPR menetapkan hari pengundian pada 7 Disember dan pengundian awal 3 Disember, serta tempoh berkempen selama 13 hari.

KULIM: Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi kerusi Parlimen Padang Serai yang ditangguhkan sebelum ini, akan menyaksikan persaingan enam penjuru.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Padang Serai, Datuk Abdul Bari Abdullah, mengumumkan perkara itu selepas tempoh penamaan calon ditutup jam 10 pagi tadi.

Enam calon terbabit ialah Datuk Azman Nasrudin dari Perikatan Nasional (PN); Datuk Sivarraajh Chandran dari Barisan Nasional (BN); Hamzah Abdul Rahman (PEJUANG); Dr Mohamed Sofee Razak dari Pakatan Harapan (PH); calon Bebas, Sreanandha Rao dan Mohd Bakri Hashim mewakili WARISAN.

Pengundian bagi kerusi Parlimen Padang Serai ditangguhkan susulan kematian calon yang telah disahkan bertanding sebelum ini iaitu M Karupaiya daripada PH pada 16 November lalu dipercayai akibat serangan jantung dan komplikasi kesihatan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 7 Disember depan dan pengundian awal 3 Disember, dengan tempoh berkempen selama 13 hari hingga jam 11.59 malam 6 Disember bermula selepas pengisytiharan calon yang bertanding.

Sumber: Berita Harian

 

Advertisement
Teruskan Membaca
Advertisement

Kata Kunci

Advertisement

Trending