Connect with us

Terkini

“Politik….mana boleh merajuk,”- Ahmad Said

Mana-mana calon yang bertindak mensabotaj parti kerana tidak terpilih kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini akan digugurkan daripada senarai calon di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN).

Wartawan TMT

Published

on

“Politik….mana boleh merajuk,”- Ahmad Said
Foto: Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.
  • Calon yang bertindak mensabotaj parti kerana tidak terpilih kerusi Parlimen dalam PRU15 akan digugurkan daripada senarai calon di peringkat DUN.
  • Tindakan yang akan dikenakan mengikut perlembagaan parti termasuk digugurkan nama dari senarai nama bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun depan. 
  • “Jangan nak sabotaj pula… kalau sabotaj juga, hai-hai bye-bye la. Sebab tak lama lagi PRN dalam tujuh atau lapan bulan sahaja,” – Datuk Seri Ahmad Said, Pengerusi UMNO Terengganu
  • Pemantauan akan dilakukan sepanjang tempoh berkempen sama ada senarai calon akhir itu akan bekerja untuk memenangkan parti atau mensabotaj calon.

KUALA TERENGGANU – Mana-mana calon yang bertindak mensabotaj parti kerana tidak terpilih kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini akan digugurkan daripada senarai calon di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, tindakan yang akan dikenakan mengikut perlembagaan parti termasuk digugurkan nama dari senarai nama bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun depan.

Menurut beliau, UMNO Terengganu telah menghantar lima senarai pendek nama yang akan dipilih untuk kawasan kerusi yang tewas serta enam senarai nama untuk kerusi yang menjadi milik UMNO ketika ini.

“Selain Parlimen, kita ada senarai juga untuk calon-calon yang berpotensi bertanding di kerusi DUN.

“Kita sudah serah senarai untuk kerusi DUN tetapi negeri Terengganu tak bubar DUN serentak dengan Parlimen. Jadi kita harap mereka yang disenarai pendek di Parlimen (namun tidak terpilih sebagai calon) itu bekerjalah untuk bantu parti.

“Jangan nak sabotaj pula… kalau sabotaj juga, hai-hai bye-bye la. Sebab tak lama lagi PRN dalam tujuh atau lapan bulan sahaja,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan watikah pelantikan kepada tujuh calon BN bagi Parlimen Terengganu di sini pada Khamis.

Dalam pada itu, Ahmad berkata, tempoh sekarang ialah masa terbaik untuk menguji kesetiaan pemimpin terhadap parti.

Katanya, pemantauan akan dilakukan sepanjang tempoh berkempen sama ada senarai calon akhir itu akan bekerja untuk memenangkan parti atau mensabotaj calon.

“Kita akan tengok masa pilihan raya ini, kita akan pantau mereka bekerja, sabotaj atau merajuk.

“Politik mana boleh merajuk. Politik ini, kita kena rasional, kalau ada rezeki, ada. Kalau tiada rezeki, ada lain masa pula….hari ini, giliran orang, esok lusa giliran kita pula,” kata beliau.

Setakat ini, tujuh calon Parlimen telah diputuskan untuk bertanding kerusi BN di Terengganu.

Antara calon tersebut ialah Ahmad (Parlimen Kemaman), Datuk Nawi Mohamad (Besut), Datuk Abdul Rahman Mat Yasin (Setiu), Jasmira Othman (Marang), Nurhisam Johari (Dungun), Datuk Mohd. Zubir Embong (Kuala Terengganu), Datuk Rozi Mamat (Hulu Terengganu).

Satu lagi calon masih belum diketahui bagi mengisi kerusi Parlimen Kuala Nerus dan pengumuman calon bagi kerusi itu dijangka akan dimuktamadkan pucuk pimpinan parti pada petang Khamis.

Sumber : Sinar Harian

Author

Kolumnis

Bukankah sambut hari raya Aidilfitri sehari sahaja, bukan sebulan?

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Research And Development MRM

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Ia merupakan musim perayaan yang sangat dinantikan dan dirai penuh kegembiraan di mana waktu ini digunakan untuk menziarahi ke rumah keluarga dan rakan-rakan bagi merapatkan lagi hubungan silaturrahim.

Selama sebulan juga, terutamanya masyarakat Melayu Muslim, rumah-rumah mereka akan ‘dibuka’ dengan menghidangkan pelbagai juadah dan rumah dihias cantik untuk menyambut tetamu yang datang.

Namun, persoalan yang sering timbul adalah ‘Adakah tradisi ‘raya sebulan’ ini bertepatan dengan syariat Islam? Bukankah Islam hanya menganjurkan sehari sahaja dalam menyambut Aidilfitri, bukannya sebulan?’

Menariknya, persoalan ini telahpun dijawab menerusi artikel ‘Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-684: Bolehkah Menyambut Hari Raya selama Sebulan Syawal’ dan ‘Al-Kafi #1296: Sambut Hari Raya Sebulan itu Bid’ah?’ di laman sesawang rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Artikel itu mengatakan sememangnya Hari Raya Aidilfitri yang disyariatkan hanyalah pada satu Syawal. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW ketika baginda tiba di Madinah, penduduk Madinah menyambut dua perayaan. Lalu Baginda SAW bersabda,

“Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.” (Riwayat Ahmad, No. 12362)

Ini bermakna, hanya dua perayaan disyariatkan bagi umat Islam untuk dirayakan atas perintah Allah SWT.

Namun, apakah membezakan hari raya yang disyariatkan dengan hari-hari lain? Bezanya adalah pada amalan ibadat yang khusus diperintahkan untuk dilakukan pada hari tersebut.

Sebagai contoh, Hari Raya Aidilfitri disyariatkan melakukan ibadah solat hari raya, menunaikan zakat fitrah dan takbir yang hanya berlaku pada satu Syawal. Bahkan, pada hari tersebut umat Islam diharamkan berpuasa.

Dan sesudah hari tersebut tidak disyariatkan dengan apa-apa amalan ibadat khusus. Tiada lagi ibadat seperti solat sunat, mandi sunat dan takbir hari raya.

Maka, amalan ziarah-menziarahi sanak saudara bukanlah satu amalan ibadat yang dikhususkan dalam perayaan Aidilfitri. Ia hanyalah suatu tradisi yang baik dan diharuskan dalam Islam.

Mengikut Pejabat Mufti WP, mana-mana adat tradisi yang tidak bertentangan dengan nas-nas syarak, maka hukum asalnya adalah harus. Dalam kaedah Fiqh disebutkan:

“Asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada keharaman (perkara tersebut)” (Al-Asyhbah wa al-Nazoir, ms. 60)

Bahkan tiada sesiapa pun mengikat amalan seperti ziarah-menziarahi, bermaafan, menjamu makan dan seumpamanya hanya mesti diadakan pada hari raya.

Ia sekadar tradisi diamalkan demi mengambil keberkatan bulan Syawal yang mulia.

Kesimpulannya, hari raya Aidilfitri yang disyariatkan sememangnya pada satu Syawal. Namun, tiada masalah untuk menyambut hari raya dengan melakukan ziarah-menziarahi sepanjang Syawal kerana ia merupakan kebiasaan yang baik dan ia diharuskan dalam Islam.

Malah, dalam satu hadis Rasulullah SAW pernah menceritakan betapa cintanya Allah SWT kepada mereka yang menziarahi orang lain. Sabdanya

“Seorang lelaki menziarahi saudaranya di satu perkampungan yang lain. Lalu Allah menghantar malaikat untuk berada di jalan ke kampung yang ingin dia tuju. Apabila lelaki itu sudah mendekat, malaikat itu bertanya: Ke manakah engkau mahu pergi? Jawab lelaki itu: Aku mahu menziarahi saudaraku yang ada di kampung ini. Malaikat berkata: Adakah engkau ada harta yang ingin diberikan kepadanya? Lelaki itu berkata: Tidak. Sesungguhnya aku mencintainya kerana Allah. Malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku adalah utusan Allah yang dihantar kepada engkau. Allah mencintai engkau sebagaimana engkau mencintai saudara engkau itu.” (Riwayat Muslim, No. 6714) –The Merdeka Times

Penafian: Artikel yang disiarkan The Merdeka Times ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak semestinya menggambarkan pendirian Editorial The Merdeka Times dalam isu yang dikupas.

Author

Teruskan Membaca

Trending