Connect with us

Terkini

PN bentuk kerajaan negeri di Perlis, tamatkan 65 tahun penguasaan BN

Perikatan Nasional (PN) secara rasmi membentuk kerajaan negeri yang baharu di Perlis, sekali gus menamatkan penguasaan Barisan Nasional (BN) di negeri itu sejak lebih enam dekad lalu.

Wartawan TMT

Published

on

PN bentuk kerajaan negeri di Perlis, tamatkan 65 tahun penguasaan BN
  • PN sapu bersih semua tiga kerusi Parlimen iaitu Padang Besar, Kangar dan Arau selain menang di 14 daripada 15 kerusi DUN.
  • Satu-satunya kerusi terlepas daripada penguasaan PN adalah DUN Indera Kayangan yang dimenangi calon Pakatan Harapan (PH), Gan Ay Ling.
  • Perlis dulu dianggap kubu kuat BN kerana sering dikuasai gabungan itu sejak 65 tahun lalu.

KANGAR – Perikatan Nasional (PN) secara rasmi membentuk kerajaan negeri yang baharu di Perlis, sekali gus menamatkan penguasaan Barisan Nasional (BN) di negeri itu sejak lebih enam dekad lalu.

Berdasarkan keputusan rasmi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), PN menyapu bersih semua tiga kerusi Parlimen iaitu Padang Besar, Kangar dan Arau, selain menang di 14 daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Satu-satunya kerusi yang terlepas daripada penguasaan PN adalah DUN Indera Kayangan yang dimenangi calon Pakatan Harapan (PH), Gan Ay Ling.

Ay Ling yang memperoleh 4,830 undi, disahkan menang dengan majoriti 1,873 undi mengatasi tiga lagi calon di kerusi DUN dalam kawasan Parlimen Kangar itu.

Berdasarkan rekod, Perlis dianggap sebagai kubu kuat BN kerana sering dikuasai gabungan itu sejak 65 tahun lalu.

Meskipun kebanyakan negeri dikuasai BN terkesan dengan tsunami politik yang melanda negara ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Perlis tetap kekal dalam penguasaan BN.

Pada PRU14, BN mengekalkan penguasaan di Perlis apabila memenangi 10 daripada 15 kerusi DUN iaitu Titi Tinggi, Chuping, Santan, Pauh, Beseri, Mata Ayer, Bintong, Kayang, Tambun Tulang dan Simpang Empat.

PKR pula menambah dua lagi kerusi DUN iaitu Sena dan Kuala Perlis, selain Indera Kayangan yang dikuasai, manakala PAS menguasai DUN Guar Sanji dan Tambun Tulang.

Sumber : Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Kolumnis

Bukankah sambut hari raya Aidilfitri sehari sahaja, bukan sebulan?

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Research And Development MRM

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Ia merupakan musim perayaan yang sangat dinantikan dan dirai penuh kegembiraan di mana waktu ini digunakan untuk menziarahi ke rumah keluarga dan rakan-rakan bagi merapatkan lagi hubungan silaturrahim.

Selama sebulan juga, terutamanya masyarakat Melayu Muslim, rumah-rumah mereka akan ‘dibuka’ dengan menghidangkan pelbagai juadah dan rumah dihias cantik untuk menyambut tetamu yang datang.

Namun, persoalan yang sering timbul adalah ‘Adakah tradisi ‘raya sebulan’ ini bertepatan dengan syariat Islam? Bukankah Islam hanya menganjurkan sehari sahaja dalam menyambut Aidilfitri, bukannya sebulan?’

Menariknya, persoalan ini telahpun dijawab menerusi artikel ‘Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-684: Bolehkah Menyambut Hari Raya selama Sebulan Syawal’ dan ‘Al-Kafi #1296: Sambut Hari Raya Sebulan itu Bid’ah?’ di laman sesawang rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Artikel itu mengatakan sememangnya Hari Raya Aidilfitri yang disyariatkan hanyalah pada satu Syawal. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW ketika baginda tiba di Madinah, penduduk Madinah menyambut dua perayaan. Lalu Baginda SAW bersabda,

“Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.” (Riwayat Ahmad, No. 12362)

Ini bermakna, hanya dua perayaan disyariatkan bagi umat Islam untuk dirayakan atas perintah Allah SWT.

Namun, apakah membezakan hari raya yang disyariatkan dengan hari-hari lain? Bezanya adalah pada amalan ibadat yang khusus diperintahkan untuk dilakukan pada hari tersebut.

Sebagai contoh, Hari Raya Aidilfitri disyariatkan melakukan ibadah solat hari raya, menunaikan zakat fitrah dan takbir yang hanya berlaku pada satu Syawal. Bahkan, pada hari tersebut umat Islam diharamkan berpuasa.

Dan sesudah hari tersebut tidak disyariatkan dengan apa-apa amalan ibadat khusus. Tiada lagi ibadat seperti solat sunat, mandi sunat dan takbir hari raya.

Maka, amalan ziarah-menziarahi sanak saudara bukanlah satu amalan ibadat yang dikhususkan dalam perayaan Aidilfitri. Ia hanyalah suatu tradisi yang baik dan diharuskan dalam Islam.

Mengikut Pejabat Mufti WP, mana-mana adat tradisi yang tidak bertentangan dengan nas-nas syarak, maka hukum asalnya adalah harus. Dalam kaedah Fiqh disebutkan:

“Asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada keharaman (perkara tersebut)” (Al-Asyhbah wa al-Nazoir, ms. 60)

Bahkan tiada sesiapa pun mengikat amalan seperti ziarah-menziarahi, bermaafan, menjamu makan dan seumpamanya hanya mesti diadakan pada hari raya.

Ia sekadar tradisi diamalkan demi mengambil keberkatan bulan Syawal yang mulia.

Kesimpulannya, hari raya Aidilfitri yang disyariatkan sememangnya pada satu Syawal. Namun, tiada masalah untuk menyambut hari raya dengan melakukan ziarah-menziarahi sepanjang Syawal kerana ia merupakan kebiasaan yang baik dan ia diharuskan dalam Islam.

Malah, dalam satu hadis Rasulullah SAW pernah menceritakan betapa cintanya Allah SWT kepada mereka yang menziarahi orang lain. Sabdanya

“Seorang lelaki menziarahi saudaranya di satu perkampungan yang lain. Lalu Allah menghantar malaikat untuk berada di jalan ke kampung yang ingin dia tuju. Apabila lelaki itu sudah mendekat, malaikat itu bertanya: Ke manakah engkau mahu pergi? Jawab lelaki itu: Aku mahu menziarahi saudaraku yang ada di kampung ini. Malaikat berkata: Adakah engkau ada harta yang ingin diberikan kepadanya? Lelaki itu berkata: Tidak. Sesungguhnya aku mencintainya kerana Allah. Malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku adalah utusan Allah yang dihantar kepada engkau. Allah mencintai engkau sebagaimana engkau mencintai saudara engkau itu.” (Riwayat Muslim, No. 6714) –The Merdeka Times

Penafian: Artikel yang disiarkan The Merdeka Times ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak semestinya menggambarkan pendirian Editorial The Merdeka Times dalam isu yang dikupas.

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending