Connect with us

Terkini

PH tidak menentang hak LGBTIQ+ namun tidak menyokong – NGO Pro LGBT

NGO Pro- LGBTIQ+, Justice for Sisters beranggapan bahawa parti Pakatan Harapan yang terdiri daripada parti gabungan AMANAH, DAP, PKR, dan Muda tidak menentang hak pada masa sama tidak menyokong  LGBTIQ+ di Malaysia.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: portal Justice For Sisters
  • Pendedahan itu dibuat pemilik akaun Facebook Masri Ramli, merujuk daripada infografik dikongsikan laman web Justice for Sisters pada Rabu, di bawah tajuk ‘Panduan Mengundi bagi Golongan LGBTIQ+ di Malaysia’.
  • Parti yang secara aktif menyokong LGBTIQ+ adalah Parti Sosialis Malaysia (PSM).
  • Parti menentang hak golongan LGBTIQ+ secara aktif; UMNO (BN), PAS (PN), BERSATU (PN) dan hampir keseluruhan parti gabungan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG).
  • Parti tidak konsisten dan bercampur aduk; MCA, MIC, PKR, DAP dan MUDA.
  • Parti dalam kategori N/A; IMAN, UPKO, Parti Bersatu Rakyat Sabah,  STAR dan SAPP.

 

KUALA LUMPUR – NGO Pro- LGBTIQ+, Justice for Sisters beranggapan bahawa parti Pakatan Harapan yang terdiri daripada parti gabungan AMANAH, DAP, PKR, dan Muda tidak menentang hak pada masa sama tidak menyokong  LGBTIQ+ di Malaysia.

Sumber foto: Justice For Sisters

Pendedahan itu dibuat pemilik akaun Facebook Masri Ramli, merujuk daripada infografik yang dikongsikan laman web Justice for Sisters pada Rabu, di bawah tajuk ‘Panduan Mengundi bagi Golongan LGBTIQ+ di Malaysia’.

Masri Ramli berkata, “Jika menurut mereka, hanya 1 parti politik yang secara aktif menyokong mereka iaitu Parti Sosialis Malaysia.”

“Jika saya, isu ini jua menjadi antara pemberat dalam membuat pilihan, walaupun ini bukanlah satu isu yang jadi kriteria utama dalam saya mengundi nanti.”

Menurut perkongsian itu, parti politik yang secara aktif menyokong golongan tersebut ialah Parti Sosialis Malaysia (PSM) manakala terdapat dua buah parti yang tidak menentang hak LGBTIQ+ secara aktif tetapi tidak juga menyokong golongan songsang tersebut iaitu Gerakan (PN) dan AMANAH (PH).

Sementara pendirian parti-parti politik lain yang menentang hak golongan LGBTIQ+ secara aktif adalah terdiri daripada UMNO (BN), PAS (PN), BERSATU (PN) dan hampir keseluruhan parti gabungan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) yang berada di bawah tampuk pimpinan Tun Dr. Mahathir.

Parti lain yang juga parti gabungan dibawah Barisan Nasional iaitu MCA dan MIC dikategorikan sebagai tidak konsisten seiring dengan PKR (PH), DAP (PH) dan MUDA (PH) ia juga dikatakan bercampur aduk pendirian mereka dalam perkara itu sekalipun berada dibawah PH yang telah mengetengahkan Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Dalam pada itu terdapat beberapa buah parti yang berada dalam kategori N/A (tidak berkaitan) iaitu IMAN, UPKO, Parti Bersatu Rakyat Sabah dan dua lagi di mana masing-masing dibawah Perikatan Nasional;  STAR dan SAPP.

 

Sumber : Facebook Masri Ramli, portal Justice for Sisters

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Kenyataan ekonomi terjejas akibat gerakan boikot tidak tepat — Pengerusi BDS Malaysia

Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia menyifatkan dakwaan mengatakan ekonomi akan terjejas berikutan gerakan boikot dijalankan ketika ini adalah tidak tepat.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail.
  • Pengerusi BDS Malaysia, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail berkata kenyataan itu tidak tepat kerana mereka yang tidak membeli minuman dan makanan di kedai diboikot akan membuat perbelanjaan di kedai lain serta peluang pekerjaan juga akan bertambah di syarikat lain yang tidak terbabit secara langsung dengan Israel, atau ia mengutuk kezaliman Israel secara terbuka.
  • Mohd Nazari tidak menafikan dalam jangka pendek pekerja di syarikat diboikot akan terjejas susulan gerakan itu, namun ia hanya masalah bersifat sementara kerana dalam jangka panjang kelompok berkenaan boleh bekerja di syarikat pilihan baru pengguna yang akan berkembang.
  • Katanya, terdapat banyak restoran tempatan dimaklumkan kepada beliau sedang berkembang dan menjadi lebih maju, susulan boikot ke atas syarikat francais asing seperti McDonald’s dan Starbucks.
  • “Jika pengurusan syarikat terbabit ingin pastikan perniagaan mereka tidak diboikot dan nasib pekerja mereka tidak terjejas, senang sahaja… jangan ada apa-apa kaitan langsung dengan Israel,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Beliau berkata demikian ketika mengulas ciapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di platform X pada Khamis yang menyatakan pekerja tempatan sedang menanggung sengsara akibat boikot dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.

KUALA LUMPUR — Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia menyifatkan dakwaan mengatakan ekonomi akan terjejas berikutan gerakan boikot dijalankan ketika ini adalah tidak tepat.

Pengerusinya, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail berkata ia tidak tepat kerana mereka yang tidak membeli minuman dan makanan di kedai diboikot akan membuat perbelanjaan di kedai lain.

Selain itu, peluang pekerjaan juga akan bertambah di syarikat lain yang tidak terbabit secara langsung dengan Israel, atau ia mengutuk kezaliman Israel secara terbuka.

“Bukan susah untuk kutuk kezaliman Israel. Saya pun hairan kenapa ada syarikat yang masih enggan lakukan benda yang baik ini.

“Jika mereka kutuk kezaliman Israel secara jelas dan terbuka, saya yakin pengguna akan pergi balik ke kedai mereka,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas ciapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di platform X pada Khamis yang menyatakan pekerja tempatan sedang menanggung sengsara akibat boikot dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.

Kor Ming yang juga Naib Pengerusi DAP turut memuat naik tangkap layar artikel berita Cina bertajuk, ‘Gelombang boikot menyebabkan pekerja KFC dipotong gaji, pendapatan bulanan pasangan RM600 untuk menyara 3 anak’.

Foto: Tangkap layar ciapan Nga Kor Ming.

Mengulas lanjut, Mohd Nazari tidak menafikan dalam jangka pendek pekerja di syarikat diboikot akan terjejas susulan gerakan itu, namun ia hanya masalah bersifat sementara kerana dalam jangka panjang kelompok berkenaan boleh bekerja di syarikat pilihan baru pengguna yang akan berkembang.

Malah, katanya terdapat banyak restoran tempatan dimaklumkan kepada beliau sedang berkembang dan menjadi lebih maju, susulan boikot ke atas syarikat francais asing seperti McDonald’s dan Starbucks.

“Jika pengurusan syarikat terbabit ingin pastikan perniagaan mereka tidak diboikot dan nasib pekerja mereka tidak terjejas, senang sahaja… jangan ada apa-apa kaitan langsung dengan Israel. 

“Keluar dari Israel. Atau keluarkan kenyataan mengutuk kezaliman Israel di Gaza,” kata pengerusi BDS Malaysia. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending