Connect with us

Antarabangsa

Pertandingan ratu cantik Miss USA berhak tolak peserta transgender – Mahkamah Persekutuan AS

Pengendali pertandingan ratu cantik Amerika Syarikat (AS), Miss United States of America (USA) berhak untuk menghalang penyertaan golongan transgender, demikian diputuskan Mahkamah Persekutuan AS.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pertandingan ratu cantik Miss USA berhak tolak peserta transgender - Mahkamah Persekutuan AS
Foto: Transgender, Anita Green.
  • Mahkamah Persekutuan AS membenarkan pertandingan Miss USA untuk tidak menerima penyertaan golongan transgender.
  • Transgender, Anita Green menyaman Miss USA pada 2019 kerana penyertaannya tidak diterima.
  • Dia mendakwa tindakan itu melanggar Akta Penginapan Awam Oregon (OPAA) yang menyokong hak sama rata setiap individu tanpa mengira kepercayaan, latar belakang atau identiti.
  • Bagaimanapun, saman itu ditolak atas alasan Miss USA berhak menolak mana-mana peserta berdasarkan Pindaan Pertamanya.

Pengendali pertandingan ratu cantik Amerika Syarikat (AS), Miss United States of America (USA) berhak untuk menghalang penyertaan golongan transgender, demikian diputuskan Mahkamah Persekutuan AS.

Memetik laporan CBS News, keputusan Mahkamah Rayuan AS untuk Daerah Kesembilan dibuat sebagai tindak balas kepada tuntutan seorang transgender, Anita Green.

Green menyaman organisasi Miss USA selepas dia tidak dibenarkan menyertai pertandingan ratu cantik Miss Oregon, walaupun pertandingan itu sendiri memintanya untuk mengambil bahagian dalam pertandingan itu.

Pada mulanya Green menyaman Miss USA pada 2019, tetapi Mahkamah Daerah Oregon menolak kes itu menyebabkan dia meneruskan rayuan.

Menurut Green, peraturan pertandingan yang hanya membenarkan penyertaan wanita tulen adalah melanggar Akta Penginapan Awam Oregon (OPAA) yang menyokong hak sama rata setiap individu tanpa mengira kepercayaan, latar belakang atau identiti.

Miss USA tidak menafikan akta itu, tetapi mereka berhak menolak peserta tertentu seperti tertulis dalam hak Pindaan Pertamanya.

Mahkamah Rayuan mengeluarkan pendapatnya pada Rabu yang bersetuju dengan peguam Miss USA bahawa Pindaan Pertama melindungi “hak persatuan ekspresif organisasi untuk mengecualikan seseorang yang akan memberi kesan kepada keupayaan kumpulan itu untuk menyatakan pandangannya”.

Mahkamah berkata syarat kelayakan wanita tulen pertandingan itu tidak melanggar OPAA dan penyertaan Green hanya akan menghalang organisasi daripada menyatakan pandangannya.

“Pertandingan itu tidak akan dapat mengangkat martabat wanita tulen jika ia terpaksa membenarkan Green untuk mengambil bahagian,” kata mahkamah itu.

Sumber: CBS News

Author