Antarabangsa
Lelaki menang ratu cantik tempatan AS, rampas hadiah biasiswa khusus untuk wanita
Pertandingan ratu cantik tempatan di Amerika Syarikat (AS) menjadi perhatian di media sosial selepas seorang lelaki transgender dipilih sebagai juara dan dianugerahkan biasiswa yang dikhususkan untuk wanita muda, demikian lapor Reduxx.

- Brían Nguyen, 19, dinobatkan sebagai Miss Greater Derry pada 8 November lalu di New Hampshire, sebuah acara tempatan di bawah siri pertandingan kebangsaan Miss America.
- Hadiah kemenangannya ialah Biasiswa Miss Greater Derry berjumlah $7,500 (RM 34, 818.75), anugerah kewangan yang ditubuhkan untuk menyokong pendidikan wanita muda.
- Netizen menyifatkan kemenangannya itu adalah satu bentu “rampasan hak” wanita muda tulen.
- Selain mempersoalkan jantinanya, netizen turut mempersoalkan rupa fizikalnya yang kurang menarik berbanding peserta wanita tulen yang lain.
Pertandingan ratu cantik tempatan di Amerika Syarikat (AS) menjadi perhatian di media sosial selepas seorang lelaki transgender dipilih sebagai juara dan dianugerahkan biasiswa yang dikhususkan untuk wanita muda, demikian lapor Reduxx.
Brían Nguyen, 19, dinobatkan sebagai Miss Greater Derry yang diadakan pada 8 November lalu di kawasan Greater Derry, New Hampshire.
Pertandingan itu adalah acara tempatan di bawah siri pertandingan kebangsaan Miss America.
Selain memenangi mahkota, Brian menerima Biasiswa Miss Greater Derry berjumlah $7,500 (RM34,818), anugerah kewangan untuk menyokong pendidikan wanita muda.
Menurut laman web Miss Greater Derry, biasiswa itu bertujuan memberi peluang kepada “wanita muda berumur 17 hingga 24 tahun” dengan “mengiktiraf pencapaian cemerlang mereka dalam bakat, personaliti, khidmat masyarakat dan keanggunan,” sepertimana tertulis dalam garis panduan Miss New Hampshire dan Miss America.
Brian merupakan seorang penuntut baharu di Kolej Komuniti Nashua dalam jurusan Pengurusan Perniagaan.
“Saya sangat gembira menjadi wanita transgender pertama memegang gelaran Miss America tempatan dan saya berharap dapat membanggakan semua orang dan menjadi yang pertama berada di pentas Miss America. Saya Brían Nguyen, Miss Greater Derry 2023 anda,” kata Brian dalam hantaran Facebooknya.
Brian juga pernah berkongsi di Instagram berkenaan hasratnya untuk bersaing dalam pertandingan Miss Universe pula.
Susulan itu, kemenangannya dipersoalkan netizen.
Selain beranggapan yang Brian “merampas” hak biasiswa untuk wanita itu, mereka turut mempersoalkan fizikalnya yang dikatakan lebih banyak kekurangan berbanding peserta lain yang merupakan wanita tulen.
Kemenangan Brian berlaku hanya beberapa hari selepas Mahkamah San Francisco menolak saman seorang aktivis transgender, Anita Green yang mendakwa Miss United States of America (USA) menghalangnya daripada menyertai pertandingan itu pada 2019.
Keputusan mahkamah mengatakan pertandingan ratu cantik wanita di negara itu berhak untuk tidak menerima penyertaan golongan transgender.
Sumber: Reduxx

You must be logged in to post a comment Login