Antarabangsa
Kumpulan anti-LGBT haram pengajian jantina di sekolah rendah Israel
Kumpulan anti-LGBT meminta kerajaan Israel untuk mewujudkan undang-undang yang mengharamkan ‘pengajian jantina’ di sekolah rendah.

- Ketua parti Noam, Avi Maoz, meminta kerajaan Israel gubal undang-undang mengharamkan ‘pengajian jantina’ di sekolah rendah.
- Biarpun Maoz mempunyai syarat untuk memasuki kerajaan pimpinan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pihaknya akan tetap menyokong gabungan itu.
- “Kami berada di sini untuk mengukuhkan identiti Yahudi di negeri ini dan mengukuhkan sistem pendidikan,” katanya.
Kumpulan anti-LGBT meminta kerajaan Israel untuk mewujudkan undang-undang yang mengharamkan ‘pengajian jantina’ di sekolah rendah.
Ketua parti Noam, Avi Maoz berkata, walaupun pihaknya meletakkan syarat itu untuk membentuk kerajaan gabungan pimpinan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, pihaknya akan tetap menyokong gabungan terbabit.
Maoz bagaimanapun tidak menyatakan secara jelas berkenaan dengan ‘pengajian jantina’ itu.
Terdapat sedikit penekanan dalam sistem pendidikan Israel terhadap sebarang bentuk pendidikan seks atau perhubungan, terutama di sekolah rendah.
“Apa yang saya tahu, kerajaan mesti meluluskan rang undang-undang ini. Itu syaratnya,” katanya dipetik The Times of Israel.
“Kami berada di sini untuk mengukuhkan identiti Yahudi di negeri ini dan mengukuhkan sistem pendidikan,” katanya.
Minggu lalu, Maoz dilapor berkata pihaknya berusaha untuk mengharamkan perarakan LGBT ‘Pride Parade’ di Baitulmaqdis.
Sumber: The Times of Israel
Antarabangsa
Pakistan: Pengebom masjid di Peshawar menyamar dengan seragam polis
Polis Pakistan mengenal pasti pengebom berani mati yang menyerang sebuah masjid di bandar Peshawar awal minggu ini, lapor Reuters.

ISLAMABAD – Polis Pakistan mengenal pasti pengebom berani mati yang menyerang sebuah masjid di bandar Peshawar awal minggu ini, lapor Reuters.
Ketua Polis Wilayah Khyber Pashtunkhwa, Moazzam Jah Ansari berkata penyerang juga melanggar undang-undang keselamatan dengan memakai pakaian seragam polis.
Serangan yang berlaku pada Isnin lalu di kawasan berkubu dipanggil Police Lines itu mengorbankan lebih 100 mangsa, di mana tiga daripadanya adalah anggota polis.
Moazzam Jah Ansari memberitahu pemberita bahawa pengebom itu adalah sebahagian daripada “rangkaian” yang tidak dijelaskan dan memandu motosikal ke kawasan terbabit.
Sumber: Reuters
-
Terkini2 days ago
Pemandu mabuk: Peguam tidak setuju, nyawa dibalas nyawa
-
Terkini2 days ago
Edar sejuta al-Quran, PM dikritik mahu tunjuk lebih ‘Islam’ dari PAS
-
Terkini3 days ago
Pemandu mabuk, netizen tuntut nyawa dibayar nyawa
-
Terkini2 days ago
Kali ini Ustaz Abdullah Khairi pula dakwa ‘digam’ Forum Perdana Ehwal Islam