Connect with us

Terkini

Jaga ketenteraman awam, henti provokasi – Presiden PAS

PAS menyeru semua pihak menjunjung keluhuran Perlembagaan, menghormati keutuhan undang-undang dan memelihara ketenteraman awam serta menghalang sebarang bentuk provokasi yang boleh menggugat keharmonian dalam negara.

Hidayah Sani

Published

on

Jaga ketenteraman awam, henti provokasi - Presiden PAS
Foto: Tan Sri Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang

KUALA LUMPUR – PAS menyeru semua pihak menjunjung keluhuran Perlembagaan, menghormati keutuhan undang-undang dan memelihara ketenteraman awam serta menghalang sebarang bentuk provokasi yang boleh menggugat keharmonian dalam negara.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata semua pihak seharusnya menghormati keputusan pengundi yang telah menunaikan tanggungjawab  memilih kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Sabtu lalu.

Foto: Kenyataan media presiden PAS

“Malaysia kini sedang melalui fasa penting pembentukan kerajaan melalui proses Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.

“PAS menegaskan untuk memelihara kestabilan politik dan ekonomi dalam negara dan seterusnya memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya ‘tidak menangguk di air yang keruh dan jangan sesekali dijolok sarang tebuan’, demi menjaga kepentingan negara dan rakyat keseluruhannya,” kata beliau di hantaran Facebook hari ini.

Semalam, Polis Diraja  Malaysia (PDRM) dalam satu kenyataan memberi peringatan  dan penegasan kepada pengguna-pengguna media sosial agar mengekang diri daripada menyalahgunakan platform media itu.

Amaran itu dikeluarkan susulan PDRM mengesan tindakan beberapa pengguna media sosial yang memuat naik kandungan menyentuh sentimen perkauman, keagamaan dan menghina institusi Diraja selepas pengumuman keputusan PRU15.

 

Sumber : Facebook Abdul Hadi Awang

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Media jangan timbul persepsi, kaitkan tindakan keganasan dengan agama pelaku – Pendakwah

Media tempatan diingatkan untuk mengelak menggunakan tajuk mengaitkan agama dengan tindakan seseorang pelaku yang tidak seiring dengan tindakan individu beragama, termasuk mengaitkannya dengan punca keganasan pelaku.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Presiden MURSHID Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz (kiri) & Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung (kanan).
  • Media tempatan diingatkan untuk mengelak menggunakan tajuk mengaitkan agama dengan tindakan seseorang pelaku yang tidak seiring dengan tindakan individu beragama, termasuk mengaitkannya dengan punca keganasan pelaku.
  • Presiden MURSHID Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz meminta media mengelak berbuat demikian yang menimbulkan persepsi seolah-olah agama ada kaitan dengan tindakan ganas si pelaku susulan media tempatan mengangkat tajuk bahawa suspek kes tembak di KLIA adalah seorang hafiz al-Quran.
  • Abdullah Bukhari berkata sebelum ini juga ada kisah seorang wanita yang melawak di kelab komedi di mana dia mengisytiharkan diri hafal 15 juzuk, namun kemudiannya membuka baju kurung digunakan dan mendakwa mempunyai tujuh teman lelaki atau kekasih.
  • “Hafiz Al-Quran sebenar ialah orang yang hafaz, ingat hafazan dan praktik isi kandungan al-Quran. Akhlaknya sehebat isi al-Quran yang dihafaznya. 
  • “Kepada media – elakkan headline  “SUSPEK TEMBAK KLIA HAFIZ AL-QURAN!”  Saya cadangkan guna ayat berikut – “SUSPEK TEMBAK KLIA PERNAH BELAJAR DI SEKOLAH TAHFIZ” atau JANGAN TIMBULKAN PERSEPSI KEGANASANNYA BERPUNCA DARI AGAMANYA,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.
  • Mengulas isu sama, pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung juga mempertikaikan tindakan sesetengah media yang mengangkat tajuk berita seperti sedemikian.
  • Firdaus Wong berkata beliau tidak melihat kaitan di antara perbuatan individu terbabit dengan apa yang pernah dia pelajari di sekolah tahfiz atau sebagai seorang penghafal Al-Quran.

KUALA LUMPUR — Media tempatan diingatkan untuk mengelak menggunakan tajuk mengaitkan agama dengan tindakan seseorang pelaku yang tidak seiring dengan tindakan individu beragama, termasuk mengaitkannya dengan punca keganasan pelaku.

Presiden MURSHID Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz meminta media mengelak berbuat demikian yang menimbulkan persepsi seolah-olah agama ada kaitan dengan tindakan ganas si pelaku susulan media tempatan mengangkat tajuk bahawa suspek kes tembak di KLIA adalah seorang hafiz al-Quran.

Abdullah Bukhari berkata sebelum ini juga ada kisah seorang wanita yang melawak di kelab komedi di mana dia mengisytiharkan diri hafal 15 juzuk, namun kemudiannya membuka baju kurung digunakan dan mendakwa mempunyai tujuh teman lelaki atau kekasih.

“Hafiz Al-Quran sebenar ialah orang yang hafaz, ingat hafazan dan praktik isi kandungan al-Quran. Akhlaknya sehebat isi al-Quran yang dihafaznya. 

“Dia pasti tidak akan memalukan diri sendiri mendedah aurat atau mencederakan orang lain.

“Kepada media – elakkan headline  “SUSPEK TEMBAK KLIA HAFIZ AL-QURAN!”  Saya cadangkan guna ayat berikut – “SUSPEK TEMBAK KLIA PERNAH BELAJAR DI SEKOLAH TAHFIZ” atau JANGAN TIMBULKAN PERSEPSI KEGANASANNYA BERPUNCA DARI AGAMANYA,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Semalam, media melaporkan suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada Ahad merupakan seorang hafiz al-Quran dan pernah mengikuti pengajian di sebuah pondok di Repek, Pasir Mas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilaporkan sebagai berkata hasil ujian dilakukan pada Isnin mendapati suspek berusia 38 tahun itu fasih dengan ayat-ayat al-Quran dan sebagainya.

Mengulas isu sama, pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung juga mempertikaikan tindakan sesetengah media yang mengangkat tajuk berita seperti sedemikian.

Firdaus Wong berkata beliau tidak melihat kaitan di antara perbuatan individu terbabit dengan apa yang pernah dia pelajari di sekolah tahfiz atau sebagai seorang penghafal Al-Quran.

Seriously saya tak nampak. Andai mesej ingin disampaikan ialah sebagai seorang penghafal Quran dia tidak sepatutnya bertindak sedemikian, semua Muslim tidak seharusnya melakukan apa yang telah dilakukannya.

“Jikalau ini adalah amalan biasa, harap selepas ini mana-mana individu yang melakukan kesalahan boleh juga ditulis masjid, gereja, tokong, kuil dan kelayakan agama pelaku untuk lebih saksama,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini, semalam. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending