Connect with us

Antarabangsa

Guru transgender dicutikan selepas video tidak bermoral dengan pelajar tular

Seorang guru transgender di Anne Arundel County, Maryland diberikan cuti tanpa had selepas kegiatan tidak bermoral bersama dengan pelajarnya terbongkar. 

Wartawan TMT

Published

on

Guru transgender dicutikan selepas video tidak bermoral dengan pelajar tular
Foto: Willa Hoard atau nama samarannya, Billie.
  • Guru transgender di Sekolah Tinggi Chesapeake, Willa Hoard dikenakan cuti tanpa had selepas kegiatan tidak bermoral bersama dengan pelajarnya terbongkar.
  • Pada 2 November lalu, rakaman video tidak senonoh di bilik darjah Hoard yang merupakan penggerak Kelab Gay-Straight Alliance (GSA) mula ditularkan melalui platform Twitter yang pertama kalinya dimuat naik asal di Facebook.
  • Video itu memaparkan dua pelajar yang dilihat berbaring di atas tanah bersama-sama dengan melakukan aksi tidak senonoh selain satu klip lagi menunjukkan seorang pelajar menghisap perut pelajar lain. 
  • Tidak cukup dengan itu, Hoard juga berhubung dengan pelajar melalui saluran yang tidak dipantau seperti Discord, Instagram dan Facebook yang secara terang-terangan melanggar etika penjaga.

AMERIKA SYARIKAT – Seorang guru transgender di Anne Arundel County, Maryland diberikan cuti tanpa had selepas kegiatan tidak bermoral bersama dengan pelajarnya terbongkar. 

Willa Hoard atau nama samarannya, Billie merupakan seorang guru Pengajian Sosial di Sekolah Tinggi Chesapeake dan mengelola Kelab Gay-Straight Alliance (GSA) di sekolah itu. 

Pada 3 Oktober lalu, dia diberikan cuti tanpa had oleh pihak sekolah dengan beberapa butiran terhad diberikan kepada ibu bapa pada masa itu.

Pada 2 November lalu, rakaman video tidak senonoh di bilik darjah Hoard mula ditularkan melalui platform Twitter yang pada mulanya dimuat naik di Facebook.

Video itu memaparkan dua pelajar yang dilihat berbaring di atas tanah bersama-sama dengan melakukan aksi tidak senonoh selain satu klip lagi menunjukkan seorang pelajar menghisap perut pelajar lain. 

Kedua-dua klip itu dirakam semasa Hoard berada di dalam bilik darjah, namun selaku guru dia tidak mengambil berat dengan perlakuan tidak bermoral itu.

Bilik darjah Hoard dilabelkan sebagai ‘tempat selamat’ untuk ‘pelajar LGBTQ+’ dan jika pelajar memerlukan ‘tempat selamat’, mereka boleh pergi ke situ.

Tidak cukup dengan itu, Hoard juga berhubung dengan pelajar melalui saluran yang tidak dipantau seperti Discord, Instagram dan Facebook yang secara terang-terangan melanggar etika penjaga. 

Menurut seorang ibu, Kristy Rush tingkah laku anaknya, Lulu mula berubah selepas menyertai kelab GSA.

Rush juga menyiarkan beberapa kenyataan mengenai Hoard dan GSA di Facebooknya, termasuk video aktiviti yang didakwa berlaku dalam bilik darjah Hoard.

Walaupun Hoard tidak dibenarkan berada di kawasan sekolah, terdapat dakwaan pelajar masih berhubung dengannya melalui saluran peribadi seperti TikTok dan Instagram.

Sumber: Reduxx

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Ibu kota Belgium haramkan pembelian produk Israel

Majlis Bandaraya Brussels di Belgium meluluskan usul untuk menghentikan perolehan awam produk dari penempatan haram Israel di wilayah Palestin diduduki.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Majlis Bandaraya Brussels di Belgium meluluskan usul untuk menghentikan perolehan awam produk dari penempatan haram Israel di wilayah Palestin diduduki.
  • Usul dibawa Ahli Majlis Bandaraya Brussels, Benoit Hellings itu sebulat suara diterima pakai dalam satu undian pada lewat Isnin, lapor agensi berita Anadolu.
  • Usul itu meminta pihak berkuasa tempatan memastikan pembeliannya tidak memberi manfaat kepada syarikat yang operasinya tidak menghormati undang-undang antarabangsa, hak asasi manusia atau undang-undang alam sekitar.

Majlis Bandaraya Brussels di Belgium meluluskan usul untuk menghentikan perolehan awam produk dari penempatan haram Israel di wilayah Palestin diduduki.

Usul dibawa Ahli Majlis Bandaraya Brussels, Benoit Hellings itu sebulat suara diterima pakai dalam satu undian pada lewat Isnin, lapor agensi berita Anadolu.

Usul itu meminta pihak berkuasa tempatan memastikan pembeliannya tidak memberi manfaat kepada syarikat yang operasinya tidak menghormati undang-undang antarabangsa, hak asasi manusia atau undang-undang alam sekitar.

Kesatuan Eropah (EU) pada 2015 mengeluarkan garis panduan baharu untuk pelabelan produk dari penempatan haram Israel di wilayah Palestin yang diduduki.

Di bawah undang-undang antarabangsa, semua penempatan Yahudi di wilayah Palestin yang diduduki dianggap sebagai penempatan tidak sah. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending