Connect with us

Terkini

GTA tidak bawa agenda iktiraf UEC, fokus isu ekonomi Melayu – Timbalan Pengerusi GTA

Gerakan Tanah Air (GTA) tidak akan membawa agenda mengiktiraf sijil UEC dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berikutan ia tidak terlalu membawa agenda nasionalisme sekaligus akan menyukarkan penyatuan kaum dalam negara.

Hidayah Sani

Published

on

GTA tidak bawa agenda iktiraf UEC, fokus isu ekonomi Melayu - Timbalan Pengerusi GTA
Foto: Timbalan Pengerusi GTA, Aminuddin Yahaya.
  • GTA tidak akan bawa agenda mengiktiraf sijil UEC dalam manifesto PRU15 berikutan ia bukan agenda nasionalisme sekaligus akan menyukarkan penyatuan kaum dalam negara.
  • “Saya tak tahu tanya dialah (Tun Dr Mahathir), kita tak berbincang isu ini. Isu-isu ekonomi lebih utama itu yang menekan rakyat jadi kita tidak mahu bincang isu UEC ini.”
  • “Yang penting ekonomi rakyat harus ditingkatkan, Melayu harus dibela. Jadi isu-isu ini kita tak masuk lagi dalam perbincangan. Kita fokus isu ekonomi dan nasib orang Melayu, tanah dan sebagainya.”
  • Terpulang parti-parti politik lain sekiranya mereka ingin iktiraf sijil UEC kerana akhirnya para pengundi yang akan menilai sendiri.

KUALA LUMPUR – Gerakan Tanah Air (GTA) tidak akan membawa agenda mengiktiraf sijil UEC dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berikutan ia tidak terlalu membawa agenda nasionalisme sekaligus akan menyukarkan penyatuan kaum dalam negara.

Timbalan Pengerusinya, Aminuddin Yahaya berkata demikian ketika mengulas berkenaan dakwaan kemungkinan gabungan parti lain akan turut menawarkan janji mengiktiraf sijil UEC sebagai syarat am kelayakan untuk memasuki IPTA, seiring dengan PH.

Bagaimanapun, katanya setakat ini masih belum ada perbincangan lanjut bersama Tun Dr Mahathir Mohamad berkenaan perkara itu ekoran gabungan parti itu lebih memberi fokus kepada isu ekonomi dan Melayu.

“Saya tak tahu tanya dialah (Tun Dr Mahathir), kita tak berbincang pun isu ini. Isu-isu ekonomi ini lebih utama itu yang menekan rakyat jadi kita tidak mahu bincang isu UEC ini. 

“Yang penting ekonomi rakyat harus ditingkatkan, Melayu harus dibela. Jadi isu-isu ini kita tak masuk lagi dalam perbincangan. Kita fokus isu ekonomi dan nasib orang Melayu, tanah dan sebagainya,” katanya pada Jumaat. 

Pada masa sama, beliau turut mengatakan terpulang kepada parti-parti politik lain sekiranya mereka ingin mengiktiraf sijil UEC kerana pada akhirnya para pengundi yang akan menilai sendiri.

“Itu terpulang kepada mereka saya tak nak komen. Benda itu kita tidak nampak lagi apa-apa keluar di manifesto mereka jadi kalau keluar nanti kita tengoklah pengundi nilai sendirilah.

Sebab dalam itu pun orang-orang yang bersama saya menentang UEC jadi kita harap itu tidak berlakulah dan saya serahkan kepada pengundi untuk menilai,” kata beliau yang juga pemegang kerusi Temerloh. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Media jangan timbul persepsi, kaitkan tindakan keganasan dengan agama pelaku – Pendakwah

Media tempatan diingatkan untuk mengelak menggunakan tajuk mengaitkan agama dengan tindakan seseorang pelaku yang tidak seiring dengan tindakan individu beragama, termasuk mengaitkannya dengan punca keganasan pelaku.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Presiden MURSHID Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz (kiri) & Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung (kanan).
  • Media tempatan diingatkan untuk mengelak menggunakan tajuk mengaitkan agama dengan tindakan seseorang pelaku yang tidak seiring dengan tindakan individu beragama, termasuk mengaitkannya dengan punca keganasan pelaku.
  • Presiden MURSHID Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz meminta media mengelak berbuat demikian yang menimbulkan persepsi seolah-olah agama ada kaitan dengan tindakan ganas si pelaku susulan media tempatan mengangkat tajuk bahawa suspek kes tembak di KLIA adalah seorang hafiz al-Quran.
  • Abdullah Bukhari berkata sebelum ini juga ada kisah seorang wanita yang melawak di kelab komedi di mana dia mengisytiharkan diri hafal 15 juzuk, namun kemudiannya membuka baju kurung digunakan dan mendakwa mempunyai tujuh teman lelaki atau kekasih.
  • “Hafiz Al-Quran sebenar ialah orang yang hafaz, ingat hafazan dan praktik isi kandungan al-Quran. Akhlaknya sehebat isi al-Quran yang dihafaznya. 
  • “Kepada media – elakkan headline  “SUSPEK TEMBAK KLIA HAFIZ AL-QURAN!”  Saya cadangkan guna ayat berikut – “SUSPEK TEMBAK KLIA PERNAH BELAJAR DI SEKOLAH TAHFIZ” atau JANGAN TIMBULKAN PERSEPSI KEGANASANNYA BERPUNCA DARI AGAMANYA,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.
  • Mengulas isu sama, pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung juga mempertikaikan tindakan sesetengah media yang mengangkat tajuk berita seperti sedemikian.
  • Firdaus Wong berkata beliau tidak melihat kaitan di antara perbuatan individu terbabit dengan apa yang pernah dia pelajari di sekolah tahfiz atau sebagai seorang penghafal Al-Quran.

KUALA LUMPUR — Media tempatan diingatkan untuk mengelak menggunakan tajuk mengaitkan agama dengan tindakan seseorang pelaku yang tidak seiring dengan tindakan individu beragama, termasuk mengaitkannya dengan punca keganasan pelaku.

Presiden MURSHID Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz meminta media mengelak berbuat demikian yang menimbulkan persepsi seolah-olah agama ada kaitan dengan tindakan ganas si pelaku susulan media tempatan mengangkat tajuk bahawa suspek kes tembak di KLIA adalah seorang hafiz al-Quran.

Abdullah Bukhari berkata sebelum ini juga ada kisah seorang wanita yang melawak di kelab komedi di mana dia mengisytiharkan diri hafal 15 juzuk, namun kemudiannya membuka baju kurung digunakan dan mendakwa mempunyai tujuh teman lelaki atau kekasih.

“Hafiz Al-Quran sebenar ialah orang yang hafaz, ingat hafazan dan praktik isi kandungan al-Quran. Akhlaknya sehebat isi al-Quran yang dihafaznya. 

“Dia pasti tidak akan memalukan diri sendiri mendedah aurat atau mencederakan orang lain.

“Kepada media – elakkan headline  “SUSPEK TEMBAK KLIA HAFIZ AL-QURAN!”  Saya cadangkan guna ayat berikut – “SUSPEK TEMBAK KLIA PERNAH BELAJAR DI SEKOLAH TAHFIZ” atau JANGAN TIMBULKAN PERSEPSI KEGANASANNYA BERPUNCA DARI AGAMANYA,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Semalam, media melaporkan suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada Ahad merupakan seorang hafiz al-Quran dan pernah mengikuti pengajian di sebuah pondok di Repek, Pasir Mas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilaporkan sebagai berkata hasil ujian dilakukan pada Isnin mendapati suspek berusia 38 tahun itu fasih dengan ayat-ayat al-Quran dan sebagainya.

Mengulas isu sama, pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung juga mempertikaikan tindakan sesetengah media yang mengangkat tajuk berita seperti sedemikian.

Firdaus Wong berkata beliau tidak melihat kaitan di antara perbuatan individu terbabit dengan apa yang pernah dia pelajari di sekolah tahfiz atau sebagai seorang penghafal Al-Quran.

Seriously saya tak nampak. Andai mesej ingin disampaikan ialah sebagai seorang penghafal Quran dia tidak sepatutnya bertindak sedemikian, semua Muslim tidak seharusnya melakukan apa yang telah dilakukannya.

“Jikalau ini adalah amalan biasa, harap selepas ini mana-mana individu yang melakukan kesalahan boleh juga ditulis masjid, gereja, tokong, kuil dan kelayakan agama pelaku untuk lebih saksama,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini, semalam. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending