Connect with us

Terkini

Cleopatra janjikan keselamatan buat penduduk Batu

Calon Bebas Parlimen Batu,  Nur Fathiah Syazwana ataupun turut dikenali sebagai Cleopatra menjanjikan akan menjamin keselamatan penduduk disitu sekiranya diberikan mandat pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).

Hidayah Sani

Published

on

Cleopatra janjikan keselamatan buat penduduk Batu
Foto: Nur Fathiah Syazwana, calon Bebas Parlimen Batu
  • Beliau ingin setiap perumahan flat mempunyai security camera untuk mengelakkan daripada berlaku jenayah atau sebagainya sekali gus melindungi penduduk serta warga emas.
  • Antara permasalahan berlaku di situ ialah masalah jalan raya berlubang hingga menyebabkan kemalangan selain terdapat kes kecurian motosikal di tapak parking penduduk Seri Perak.
  • So security is the most important thing that I would want to handle as well, macam  penggunaan CCTV di flat-flat ini semua ada dalam saya punya manifesto.
  • “PPR akan ada banyak isu. Ada warga emas meninggal dunia seorang diri, dah beberapa hari baru orang dapat tahu kejadian ini berlaku. Ini sebenarnya satu isu yang berat dekat kawasan flat dan PPR.” 
  • Beliau akan memperbanyakkan peluang pekerjaan dan pastikan kenaikan gaji pokok dalam tempoh setahun jika kerusi itu menjadi milik beliau.
  • Calon Bebas Parlimen Batu,  Nur Fathiah Syazwana ataupun turut dikenali sebagai Cleopatra akan bertanding dengan sembilan lagi calon pada PRU15.

 

KUALA LUMPUR – Calon Bebas Parlimen Batu,  Nur Fathiah Syazwana ataupun turut dikenali sebagai Cleopatra menjanjikan akan menjamin keselamatan penduduk disitu sekiranya diberikan mandat pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).

 

Menurut beliau, setiap perumahan flat perlu mempunyai security camera untuk mengelakkan daripada berlaku jenayah sekali gus melindungi penduduk serta warga emas.

 

Mendedahkan pengalaman di sepanjang beliau turun pandang di kawasan itu, pempengaruh media sosial tersebut mengatakan antara permasalahan yang berlaku di situ ialah masalah jalan raya yang berlubang hingga menyebabkan kemalangan selain terdapat kes kecurian motosikal di tapak parking penduduk Seri Perak.

 

Kes kecurian itu menyebabkan penduduk di situ terpaksa meletakkan kenderaan mereka di kawasan yang lebih jauh dari perumahan seperti kawasan persekolahan dan bukan di tapak sepatutnya hingga akhirnya mengganggu proses lain.

 

So security is the most important thing that I would want to handle as well, macam  penggunaan CCTV di flat-flat ini semua ada dalam saya punya manifesto.

 

“PPR akan ada banyak isu. Ada warga emas meninggal dunia seorang diri, dah beberapa hari baru orang dapat tahu kejadian ini berlaku. Ini sebenarnya satu isu yang berat dekat kawasan flat dan PPR.” 

 

“Saya ada cakap juga kepada pengerusi PPR dimana benda ini kita perlu ditangani segera banyak masalah, masalah lif rosak, kalau kita ada kemalangan macam mana? Bayangkan berapa tahun mereka perlu melaluinya dan bagaimana government berusaha mengurusnya namun masih juga penduduk belum dapat keluar daripada kesempitan ini.”

 

“Everything safety will be recovered, kerana saya ada pengalaman dengannya. Last but not least, saya ingin mewujudkan harapan yang baru buat Batu. A new Batu. A reset Batu, insyallah,” kata beliau yang juga mempunyai pengalaman dalam industri keselamatan dan pertahanan.

 

Nur Fathiah menjelaskan fokus utama beliau bagi kawasan tersebut adalah memperbanyakkan lagi peluang pekerjaan dan memastikan kenaikan gaji pokok dalam tempoh setahun jika kerusi itu menjadi milik beliau.

 

“Saya nak janji kepada anak-anak muda di Batu saya akan meningkatkan peluang pekerjaan kepada mereka based on their skills, passion dan apa mereka suka lakukan. Ini kerana selalunya masalah belia ini biasanya mereka suka buat sesuatu tetapi tidak diberikan pengetahuan sepatutnya untuk macam mana mereka boleh go further where they are now.”

 

“Sekiranya saya mendapat mandat saya menjanjikan untuk meningkatkan basic salary mereka kerana kita sedia tahu harga barang sekarang ini sangat mahal bayangkan gaji kita RM1,500 hanya cukup untuk apa? Nak bayar sewa rumah pun dah RM700-RM900. 

 

“Kita tahu duduk di Kuala Lumpur itu adalah harga kita perlu bayar. Itu bagi mereka yang hidup sendiri bagaimana pula dengan mereka yang berkeluarga, ada anak?”

 

“Ada saya dengar berita dia kata, kita kena family planning, itu bukan solusinya tapi solusinya pentadbiran sendiri. Bagaimana mereka ingin mengurus perkara ini dan bawa golongan ini keluar dari kesempitan ini,” kata pempengaruh media sosial itu.

 

Tidak ketinggalan dalam membantu, mereka yang senasib dengan beliau, Nur Fathiah juga menawarkan untuk memberi ilmu pengetahuan, platform serta peluang bagi golongan ibu tunggal atau wanita yang ingin membuat bisnes mendapat kemahiran sewajarnya dalam memudahkan urusan mereka menjana pendapatan.

 

Kerusi Parlimen Batu akan menjadi medan tempur paling menarik dengan calon paling ramai iaitu pertembungan 10 penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Kerusi Parlimen Batu ditandingi penyandangnya P Prabakaran atas tiket Pakatan Harapan (PH) dan calon lain termasuk bekas Timbalan Menteri Luar Datuk A Kohilan Pillay daripada Barisan Nasional (BN), Azhar Yahya mewakili Perikatan Nasional (PN) dan peguam Wan Azliana Wan Adnan (Pejuang).

Ia juga menyaksikan kemunculan semula bekas Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang @ Tian Chua yang bertanding atas tiket Bebas selain Naganathan Pillai (Warisan) Mohd Zulkifli Abdul Fattah (Parti Rakyat Malaysia) serta peguam Siti Zabedah Kasim, yang lebih dikenali sebagai Siti Kasim, serta Too Cheng Huat masing-masing bertanding sebagai calon bebas.  – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Kenyataan ekonomi terjejas akibat gerakan boikot tidak tepat — Pengerusi BDS Malaysia

Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia menyifatkan dakwaan mengatakan ekonomi akan terjejas berikutan gerakan boikot dijalankan ketika ini adalah tidak tepat.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail.
  • Pengerusi BDS Malaysia, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail berkata kenyataan itu tidak tepat kerana mereka yang tidak membeli minuman dan makanan di kedai diboikot akan membuat perbelanjaan di kedai lain serta peluang pekerjaan juga akan bertambah di syarikat lain yang tidak terbabit secara langsung dengan Israel, atau ia mengutuk kezaliman Israel secara terbuka.
  • Mohd Nazari tidak menafikan dalam jangka pendek pekerja di syarikat diboikot akan terjejas susulan gerakan itu, namun ia hanya masalah bersifat sementara kerana dalam jangka panjang kelompok berkenaan boleh bekerja di syarikat pilihan baru pengguna yang akan berkembang.
  • Katanya, terdapat banyak restoran tempatan dimaklumkan kepada beliau sedang berkembang dan menjadi lebih maju, susulan boikot ke atas syarikat francais asing seperti McDonald’s dan Starbucks.
  • “Jika pengurusan syarikat terbabit ingin pastikan perniagaan mereka tidak diboikot dan nasib pekerja mereka tidak terjejas, senang sahaja… jangan ada apa-apa kaitan langsung dengan Israel,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Beliau berkata demikian ketika mengulas ciapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di platform X pada Khamis yang menyatakan pekerja tempatan sedang menanggung sengsara akibat boikot dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.

KUALA LUMPUR — Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia menyifatkan dakwaan mengatakan ekonomi akan terjejas berikutan gerakan boikot dijalankan ketika ini adalah tidak tepat.

Pengerusinya, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail berkata ia tidak tepat kerana mereka yang tidak membeli minuman dan makanan di kedai diboikot akan membuat perbelanjaan di kedai lain.

Selain itu, peluang pekerjaan juga akan bertambah di syarikat lain yang tidak terbabit secara langsung dengan Israel, atau ia mengutuk kezaliman Israel secara terbuka.

“Bukan susah untuk kutuk kezaliman Israel. Saya pun hairan kenapa ada syarikat yang masih enggan lakukan benda yang baik ini.

“Jika mereka kutuk kezaliman Israel secara jelas dan terbuka, saya yakin pengguna akan pergi balik ke kedai mereka,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas ciapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di platform X pada Khamis yang menyatakan pekerja tempatan sedang menanggung sengsara akibat boikot dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.

Kor Ming yang juga Naib Pengerusi DAP turut memuat naik tangkap layar artikel berita Cina bertajuk, ‘Gelombang boikot menyebabkan pekerja KFC dipotong gaji, pendapatan bulanan pasangan RM600 untuk menyara 3 anak’.

Foto: Tangkap layar ciapan Nga Kor Ming.

Mengulas lanjut, Mohd Nazari tidak menafikan dalam jangka pendek pekerja di syarikat diboikot akan terjejas susulan gerakan itu, namun ia hanya masalah bersifat sementara kerana dalam jangka panjang kelompok berkenaan boleh bekerja di syarikat pilihan baru pengguna yang akan berkembang.

Malah, katanya terdapat banyak restoran tempatan dimaklumkan kepada beliau sedang berkembang dan menjadi lebih maju, susulan boikot ke atas syarikat francais asing seperti McDonald’s dan Starbucks.

“Jika pengurusan syarikat terbabit ingin pastikan perniagaan mereka tidak diboikot dan nasib pekerja mereka tidak terjejas, senang sahaja… jangan ada apa-apa kaitan langsung dengan Israel. 

“Keluar dari Israel. Atau keluarkan kenyataan mengutuk kezaliman Israel di Gaza,” kata pengerusi BDS Malaysia. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending