Connect with us

PRU-15

Annuar Musa gesa PN, BN, GPS dan GRS ketepikan ego, bersama bentuk kerajaan

Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa meminta pihak yang bertanggungjawab untuk mengundurkan diri dan mengambil tanggungjawab ke atas keputusan Pilihan Raya Umum ke-15.

Wartawan TMT

Published

on

Annuar Musa gesa PN, BN, GPS dan GRS ketepikan ego, bersama bentuk kerajaan
Foto: Tan Sri Annuar Musa.

SHAH ALAM – Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa meminta pihak yang bertanggungjawab untuk mengundurkan diri dan mengambil tanggungjawab ke atas keputusan Pilihan Raya Umum ke-15.

Beliau mencadangkan, Perikatan Nasional (PN), BN, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang satu ketika bersama untuk bermuafakat dan membentuk kerajaan.

“Usah berlengah lagi, ketepikan semua ego. Yang gagal mundurlah dan ambil tanggungjawab.

“Bermuafakatlah dan bentuk kerajaan. Selamatkan negara, agama dan bangsa ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Sabtu.

Annuar yang sebelum ini merupakan penyandang kerusi Parlimen Ketereh, Kelantan tidak dicalonkan pada PRU kali ini dan digantikan dengan Ketua Puteri UMNO Kelantan, Marzuani Aradillah Ariffin.

Bagaimanapun, kerusi tersebut gagal dipertahankan kali ini apabila Pas berjaya merampasnya kali ini.

Advertisement

Sumber : Sinar Harian

 

PRU-15

Saingan 6 penjuru di Parlimen Padang Serai 

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi kerusi Parlimen Padang Serai yang ditangguhkan sebelum ini, akan menyaksikan persaingan enam penjuru.

Wartawan TMT

Published

on

Saingan 6 penjuru di Parlimen Padang Serai 
Foto (dari kiri): Dr Mohamad Sofee Razak (Pakatan Harapan), Datuk C. Sivarraajh (Barisan Nasional), Datuk Azman Nasrudin (Perikatan Nasional), Hamzah Abd Rahman (Pejuang), dan Sreananda Rao (Bebas).
  • PRU15 kerusi Parlimen Padang Serai yang ditangguhkan sebelum ini, akan menyaksikan persaingan enam penjuru.
  • Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Padang Serai, Datuk Abdul Bari Abdullah umumkan perkara tersebut setelah tempoh penamaan calon ditutup jam 10 pagi tadi.
  • Antara calon yang terlibat adalah Datuk Azman Nasrudin (PN), Datuk Sivarraajh Chandran (BN), Hamzah Abdul Rahman (PEJUANG); Dr Mohamed Sofee Razak dari (PH), calon Bebas, Sreanandha Rao dan Mohd Bakri Hashim mewakili WARISAN.
  • Undi bagi Parlimen Padang Serai ditangguh susulan kematian calon PH iaitu M Karupaiya pada 16 November lalu.
  • SPR menetapkan hari pengundian pada 7 Disember dan pengundian awal 3 Disember, serta tempoh berkempen selama 13 hari.

KULIM: Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi kerusi Parlimen Padang Serai yang ditangguhkan sebelum ini, akan menyaksikan persaingan enam penjuru.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Padang Serai, Datuk Abdul Bari Abdullah, mengumumkan perkara itu selepas tempoh penamaan calon ditutup jam 10 pagi tadi.

Enam calon terbabit ialah Datuk Azman Nasrudin dari Perikatan Nasional (PN); Datuk Sivarraajh Chandran dari Barisan Nasional (BN); Hamzah Abdul Rahman (PEJUANG); Dr Mohamed Sofee Razak dari Pakatan Harapan (PH); calon Bebas, Sreanandha Rao dan Mohd Bakri Hashim mewakili WARISAN.

Pengundian bagi kerusi Parlimen Padang Serai ditangguhkan susulan kematian calon yang telah disahkan bertanding sebelum ini iaitu M Karupaiya daripada PH pada 16 November lalu dipercayai akibat serangan jantung dan komplikasi kesihatan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 7 Disember depan dan pengundian awal 3 Disember, dengan tempoh berkempen selama 13 hari hingga jam 11.59 malam 6 Disember bermula selepas pengisytiharan calon yang bertanding.

Sumber: Berita Harian

 

Advertisement
Teruskan Membaca
Advertisement

Kata Kunci

Advertisement

Trending