Connect with us

Terkini

[VIDEO] Telahan PRU15: PH menang lebih kerusi, namun belum tentu mampu bentuk kerajaan – penganalisis politik

Penganalisis Politik, Pensyarah Kanan Universiti Malaya, Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata walaupun berkemungkinan Pakatan Harapan (PH) memenangi lebih kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) namun ia tidak menjamin parti itu mampu membentuk kerajaan. 

Puti Iylia Maisarah

Published

on

[VIDEO] Telahan PRU15: PH menang lebih kerusi, namun belum tentu mampu bentuk kerajaan - penganalisis politik
Foto: Penganalisis Politik, Dr Mohammad Tawfik.
  • Walaupun berkemungkinan Pakatan Harapan (PH) memenangi lebih kerusi dalam PRU namun ia tidak menjamin parti itu mampu membentuk kerajaan. 
  • Walaupun PH ada lebih kerusi sekalipun, PH sudah semestinya memerlukan kerjasama daripada Ahli Parlimen tertentu.
  • “Bagi Sabah dan Sarawak, bukan mudah mereka beri kerjasama dengan PH kerana mereka lebih selesa membentuk kerjasama dengan BN di peringkat persekutuan,” Penganalisis Politik.

KUALA LUMPUR –  Penganalisis Politik, Pensyarah Kanan Universiti Malaya, Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata walaupun berkemungkinan Pakatan Harapan (PH) memenangi lebih kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) namun ia tidak menjamin parti itu mampu membentuk kerajaan. 

“Kalau menang dapat kerusi lebih tapi tidak dapat membentuk kerajaan itu belum lagi boleh isytihar dan tentukan kemenangan dalam pilihan raya.

“Saya yakin walaupun PH ada lebih kerusi sekalipun kita perlu lihat bagaimana parti itu ingin membentuk kerajaan dalam situasi yang sudah ada akta lompat parti yang sudah semestinya memerlukan kerjasama daripada Ahli Parlimen tertentu, parti lawan dan mendapatkan kerjasama daripada Sabah dan Sarawak.

“Bagi Sabah dan Sarawak, bukan mudah untuk mereka beri kerjasama dengan PH kerana mereka lebih selesa membentuk kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) di peringkat persekutuan dan mereka juga telah lihat bagaimana keadaan PH mentadbir negara selama 22 bulan,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times (TMT). 

Beliau berkata bahawa terlalu awal untuk menyatakan PH atau UMNO mempunyai potensi untuk menang dan membentuk kerajaan. Bagaimanapun, menurutnya masih ada masa untuk rakyat menilai dan mengenal pasti strategi-strategi politik tertentu misalnya parti PAS, Perikatan Nasional dan kemungkinan parti Bersatu akan bekerjasama dengan PH.

Hal ini kerana PRU kali ini agak sukar untuk membuat jangkaan dan telahan kerana disebabkan suasana dan dinamik politik yang berbeza, tambahnya. 

Sementara itu, beliau turut menjangkakan bahawa UMNO hanya akan memenangi 38 kerusi sahaja dalam PRU-15 kali ini. 

“Belum tentu UMNO menang, kerana kita lihat dalam situasi tidak menentu ini, saya jangkakan UMNO hanya menang 38 kerusi sahaja disebabkan tidak ada kekuatan baru kepada UMNO misalnya Muafakat Nasional yang tidak jelas.

“Kita lihat sebenarnya perkembangan politik dan kehidupan negara masing-masing tidak bersedia lagi menghadapi PRU-15 oleh kerana rakyat sedang menyesuaikan diri dengan perubahan ekonomi yang tidak menentu, ketidakselesaan dengan politik yang tidak stabil dan mereka seolah-olah tidak selesa untuk turun mengundi akibat dipaksa membuat pilihan dalam pilihan raya yang akan diadakan dengan tergesa-gesa,” katanya. 

Dalam pada itu, beliau turut berkata bahawa PRU-15 yang diadakan dalam keadaan tergesa-gesa adalah tidak disarankan ekoran tempoh itu tidak sesuai untuk rakyat.

“Bagi saya bulan Januari dan Februari, 2023 adalah tempoh terbaik untuk mengadakan  PRU

“Okay yang pertama kita bakal berhadapan dengan bajet 2023, dan bajet itu memerlukan tempoh satu bulan hingga dua bulan untuk digerakkan dan dilaksanakan dalam peringkat akar umbi.

“Kemudian masuk hujung bulan November, dan Disember kita akan berhadapan dengan monsun yang mungkin menimbulkan bencana banjir untuk negara jadi dua situasi ini tidak sesuai untuk kita adakan PRU dalam tempoh tersebut.

“Pada pandangan saya yang sesuainya adalah diadakan pada bulan Januari atau Februari kerana dalam keadaan tersebut rakyat akan lega, rakyat yang terjejas banjir akan kembali kepada rumah mereka dari pusat-pusat perpindahan banjir, bantuan kerajaan juga mula digerakkan dalam bajet yang disediakan kerajaan,” katanya. 

Dalam pada itu, beliau mengulas berkenaan ada kebarangkalian bahawa Parlimen akan dibubarkan sebelum Bajet 2023 dibentangkan pada 7 Oktober ini. 

“Boleh tiada masalah, jika diimbas kembali ketika Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Keempat, harini bentang bajet esok bubar Parlimen. 

Ia berikutan perkara itu tidak terikat dalam aspek perundangan yang menghalang Perdana Menteri mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk membolehkan pembubaran Parlimen pada bila-bila masa. 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Apa berlaku di Gaza ‘bukan genosid’ – Biden

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden pada Isnin berusaha untuk meyakinkan pengundi Yahudi bahawa dia berdiri teguh dengan Israel, menyeru kekalahan Hamas dan mengecam dakwaan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bahawa pemimpin Israel bersalah atas jenayah perang untuk kempen mereka di Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden.
  • Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden pada Isnin berusaha untuk meyakinkan pengundi Yahudi bahawa dia berdiri teguh dengan Israel, menyeru kekalahan Hamas dan mengecam dakwaan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bahawa pemimpin Israel bersalah atas jenayah perang untuk kempen mereka di Gaza.
  • “Apa yang berlaku bukan genosid (pembunuhan beramai-ramai). Kami menolaknya,” kata Biden dipetik Politico semasa berucap di Rose Garden di Rumah Putih, Washington.
  • Bersumpah untuk terus bekerja “sepanjang masa” untuk membebaskan saki baki tebusan Israel ditahan Hamas, Biden mengelak sebarang kritikan masa lalu terhadap rancangan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk melancarkan pencerobohan berskala lebih besar ke atas Rafah, sebaliknya menekankan sokongan berterusannya terhadap rejim Israel.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden pada Isnin berusaha untuk meyakinkan pengundi Yahudi bahawa dia berdiri teguh dengan Israel, menyeru kekalahan Hamas dan mengecam dakwaan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bahawa pemimpin Israel bersalah atas jenayah perang untuk kempen mereka di Gaza.

“Apa yang berlaku bukan genosid (pembunuhan beramai-ramai). Kami menolaknya,” kata Biden dipetik Politico semasa berucap di Rose Garden di Rumah Putih, Washington.

Bersumpah untuk terus bekerja “sepanjang masa” untuk membebaskan saki baki tebusan Israel ditahan Hamas, Biden mengelak sebarang kritikan masa lalu terhadap rancangan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk melancarkan pencerobohan berskala lebih besar ke atas Rafah, sebaliknya menekankan sokongan berterusannya terhadap rejim Israel.

“Saya akan sentiasa memastikan Israel mempunyai semua yang diperlukan untuk mempertahankan diri terhadap Hamas dan semua musuh mereka,” kata Biden yang turut menyatakan persetujuan pentadbirannya terhadap bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin tidak bersalah.

“Kami berdiri bersama Israel untuk mengeluarkan (pemimpin Hamas) Yahya Sinwar dan seluruh penyembelih Hamas. Kami mahu Hamas dikalahkan, kami akan bekerjasama dengan Israel untuk mewujudkannya,” kata Presiden AS itu.

Ucapan menghormati Bulan Warisan Yahudi menandakan usaha yang jelas Biden untuk membaiki hubungannya yang semakin tegang dengan masyarakat Yahudi.

Selama berbulan-bulan, Biden dilaporkan bergelut untuk mengemudi politik domestik berduri dalam isu perang Israel-Hamas, menyinggung perasaan progresif atas sokongan teguh terhadap Netanyahu sebelum menimbulkan kemarahan Demokrat pro-Israel dengan menahan penghantaran bom ke Israel, yang menurutnya, hanya akan memburukkan lagi malapetaka kemanusiaan di Gaza. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending