Connect with us

Komuniti

Ubat batuk penyebab 99 kanak-kanak mati tidak didaftarkan di Malaysia

Lima produk ubat batuk yang diharamkan penggunaannya di Indonesia susulan kematian 99 kanak-kanak tidak didaftarkan di negara ini.

Wartawan TMT

Published

on

Ubat batuk penyebab 99 kanak-kanak mati tidak didaftarkan di Malaysia
  • Lima produk ubat batuk diharamkan di Indonesia susulan kematian 99 kanak-kanak tidak didaftarkan di negara ini.
  • Semakan ke atas laman sesawang Badan Pengawas Obat dan Makanan-Republik Indonesia, www.pom.go.id dapati lima produk sirap iaitu Termorex Sirup, Flurin DMP Sirup, Unibebi Cough Sirup, Unibebi Demam Sirup dan Unibebi Demam Drops dikesan mengandungi ethylene gycol melebihi had dibenarkan.
  • Rabu lalu, Indonesia umumkan pengharaman semua sirap, preskripsi ubat cecair dan penjualan di kaunter susulan kematian hampir 100 kanak-kanak akibat buah pinggang akut (AKI) tahun ini.

PUTRAJAYA – Lima produk ubat batuk yang diharamkan penggunaannya di Indonesia susulan kematian 99 kanak-kanak tidak didaftarkan di negara ini.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia, Norhaliza A Halim berkata, semakan lanjut ke atas laman sesawang Badan Pengawas Obat dan Makanan-Republik Indonesia, www.pom.go.id mendapati lima produk sirap iaitu Termorex Sirup, Flurin DMP Sirup, Unibebi Cough Sirup, Unibebi Demam Sirup dan Unibebi Demam Drops dikesan mengandungi ethylene gycol melebihi had dibenarkan.

“Semakan ke atas pangkalan data produk berdaftar Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) mendapati bahawa kelima-lima produk tersebut tidak berdaftar di Malaysia,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, NPRA akan menjalankan pemantauan secara berterusan bagi memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan ubat-ubatan terjamin.

“KKM akan memaklumkan perkembangan kepada orang ramai dari semasa ke semasa,” katanya.

Rabu lalu, Indonesia mengumumkan pengharaman semua sirap, preskripsi ubat cecair dan penjualan di kaunter susulan kematian hampir 100 kanak-kanak akibat buah pinggang akut (AKI) tahun ini.

Larangan berkenaan dibuat ketika pihak berkuasa kesihatan negara di Asia Tenggara itu menyiasat peningkatan yang tidak dapat dijelaskan sejak Januari berhubung jumlah kematian kanak-kanak akibat penyakit berkenaan.

Advertisement

Sehingga kini, 99 kanak-kanak meninggal akibat AKI.

Sumber: Sinar Harian

 

Komuniti

16 stesen LRT ditutup, Prasarana pertimbang pampasan buat penumpang terjejas

Prasarana sedang mengkaji bagaimana ia boleh memberi pampasan dan bayaran balik kepada penumpang yang terjejas akibat gangguan di sepanjang laluan LRT Kelana Jaya. 

Wartawan TMT

Published

on

16 stesen LRT ditutup, Prasana pertimbang pampasan buat penumpang terjejas
  • Prasarana akan membincangkan mengenai pampasan atau bayaran balik kepada penumpang yang terjejas akibat gangguan di sepanjang laluan LRT Kelana Jaya.
  • Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana, Azharuddin Mat Sah, memohon maaf kepada semua penumpang yang terjejas pada sidang media secara dalam talian hari ini.
  • Sambungnya, mulai hari ini Rapid KL telah menutup 16 stesen di sepanjang laluan LRT Kelana Jaya selama seminggu akibat kerosakan sistem ATC.
  • “Kami telah menjemput pakar pengeluar peralatan asal (OEM) Thales Group dari Kanada untuk datang ke Malaysia mencari penyelesaian jangka pendek dan panjang,” katanya sambil menambah sudah tiba masanya laluan LRT Kelana Jaya dinaik taraf setelah beroperasi hampir 25 tahun.

PETALING JAYA: Prasarana sedang mengkaji bagaimana ia boleh memberi pampasan dan bayaran balik kepada penumpang yang terjejas akibat gangguan di sepanjang laluan LRT Kelana Jaya. 

Rapid KL telah menutup 16 stesen di sepanjang laluan LRT Kelana Jaya selama seminggu mulai hari ini, selepas ia ditutup semalam akibat kerosakan sistem kawalan tren automatik (ATC). 

Laluan LRT Kelana Jaya turut terjejas oleh masalah sama pada Isnin hingga mengganggu perkhidmatan harian.

“Kami memohon maaf kepada semua penumpang yang terjejas,” kata presiden Prasarana merangkap ketua pegawai eksekutif kumpulan Azharuddin Mat Sah pada sidang media. 

“Sudah tentu. Kami akan membincangkannya dan kembali kepada media mengenai perkara ini,” katanya ketika ditanya sama ada Rapid Rail akan memberikan sebarang pampasan atau bayaran balik kepada penumpang, terutama mereka yang telah membeli pas My50 bulanan.

Rapid Rail ialah anak syarikat Prasarana yang mengurus dan mengendalikan rangkaian LRT dan KL Monorail. 

Azharuddin berkata stesen itu ditutup kerana kerosakan sistem ATC. Bagaimanapun, beliau berkata, mereka masih belum menentukan punca kerosakan sistem ATC, sambil menambah inilah punca stesen ditutup selama seminggu. 

Advertisement

“Kami telah menjemput pakar pengeluar peralatan asal (OEM) Thales Group dari Kanada untuk datang ke Malaysia mencari penyelesaian jangka pendek dan panjang,” katanya. 

Azharuddin juga berkata, sudah tiba masanya laluan LRT Kelana Jaya dinaik taraf, sambil menambah bahawa Prasarana sudah mempunyai rancangan ke arah itu. 

“Laluan LRT Kelana Jaya telah beroperasi selama hampir 25 tahun, (jadi) ia adalah sistem telah berusia yang memerlukan penggantian untuk semua bahagian (mekanikal).” katanya.

Sumber: Free Malaysia Today

 

 

Advertisement
Teruskan Membaca
Advertisement

Kata Kunci

Advertisement

Trending