Connect with us

Terkini

Tun M dan Anwar saling ‘berbunuhan’ demi politik bukan rakyat – Mahdzir Khalid

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyifatkan Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai dua watak lama dalam arena politik tanah air.

Wartawan TMT

Published

on

Tun M dan Anwar saling ‘berbunuhan’ demi politik bukan rakyat - Mahdzir Khalid
Foto: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid.
  • Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Dato Seri Anwar Ibrahim  sebagai dua watak lama dalam arena politik tanah air.
  • “Ini soal aku nak bunuh engkau dan engkau nak bunuh aku, itu sahaja dan tak ada cerita lain pun termasuk membela nasib rakyat,” ujarnya.
  • Sudah tiba masa untuk rakyat memberi ruang kepada ahli politik lain memacu negara.
  • “Saya tak fikir naratif politik menghadapi PRU kedua-dua mereka itu berkisar mengenai rakyat, persetujuan mereka untuk bertemu dan berbincang ini hanyalah atas dasar politik semata-mata,” – Mahdzir Khalid.

PADANG TERAP – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyifatkan Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai dua watak lama dalam arena politik tanah air.

Mahdzir berkata, sudah tiba masa untuk rakyat memberi ruang kepada ahli politik lain memacu negara selepas kedua-dua pemimpin berkenaan terlalu kerap muncul untuk merebut kuasa sejak puluhan tahun lalu.

Menurutnya, Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) 19 November ini tidak sewajarnya berkisar mengenai percaturan politik kedua-dua individu terbabit.

“Saya tak fikir naratif politik menghadapi PRU kedua-dua mereka itu berkisar mengenai rakyat, persetujuan mereka untuk bertemu dan berbincang ini hanyalah atas dasar politik semata-mata,” katanya ketika sidang akhbar selepas Program CSR Pendidikan Yayasan Pelajaran Mara daerah Padang Terap pada Isnin.

Menurutnya, untuk mencapai kemenangan, pelbagai strategi serta perkara teknikal akan dibuat termasuk berkawan dengan sesiapa sahaja asalkan menang pilihan raya.

“Ini soal aku nak bunuh engkau dan engkau nak bunuh aku, itu sahaja dan tak ada cerita lain pun termasuk membela nasib rakyat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mahdzir berkata, beliau yakin dengan kebijaksanaan rakyat untuk menilai jalan cerita dibentangkan Tun Dr Mahathir dan Anwar sejak puluhan tahun lalu.

“Mereka ini sekejap cium mulut sekejap tidak, tetapi tengoklah apa yang diberikan kepada rakyat dalam tempoh 22 bulan sewaktu kedua-duanya dalam PH.

“Malah ketika itu Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin pun ada bersama mereka tubuhkan kerajaan.

“Akhirnya mereka berpisah, buat hal masing-masing kerana impian mereka bukan nak bela rakyat,” jelas beliau.

Jumaat lalu, Tun Dr. Mahathir menerusi satu klip video di laman sosial medianya menyatakan kesediaan untuk berbincang dengan Anwar berkaitan kerjasama PRU15.

Beliau percaya dirinya dan Anwar memiliki matlamat yang sama dan tidak kisah untuk melakukan langkah pertama bagi bertemu dengan Anwar.

Sumber: Sinar Harian

 

Author

Kolumnis

Bukankah sambut hari raya Aidilfitri sehari sahaja, bukan sebulan?

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Research And Development MRM

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Ia merupakan musim perayaan yang sangat dinantikan dan dirai penuh kegembiraan di mana waktu ini digunakan untuk menziarahi ke rumah keluarga dan rakan-rakan bagi merapatkan lagi hubungan silaturrahim.

Selama sebulan juga, terutamanya masyarakat Melayu Muslim, rumah-rumah mereka akan ‘dibuka’ dengan menghidangkan pelbagai juadah dan rumah dihias cantik untuk menyambut tetamu yang datang.

Namun, persoalan yang sering timbul adalah ‘Adakah tradisi ‘raya sebulan’ ini bertepatan dengan syariat Islam? Bukankah Islam hanya menganjurkan sehari sahaja dalam menyambut Aidilfitri, bukannya sebulan?’

Menariknya, persoalan ini telahpun dijawab menerusi artikel ‘Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-684: Bolehkah Menyambut Hari Raya selama Sebulan Syawal’ dan ‘Al-Kafi #1296: Sambut Hari Raya Sebulan itu Bid’ah?’ di laman sesawang rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Artikel itu mengatakan sememangnya Hari Raya Aidilfitri yang disyariatkan hanyalah pada satu Syawal. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW ketika baginda tiba di Madinah, penduduk Madinah menyambut dua perayaan. Lalu Baginda SAW bersabda,

“Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.” (Riwayat Ahmad, No. 12362)

Ini bermakna, hanya dua perayaan disyariatkan bagi umat Islam untuk dirayakan atas perintah Allah SWT.

Namun, apakah membezakan hari raya yang disyariatkan dengan hari-hari lain? Bezanya adalah pada amalan ibadat yang khusus diperintahkan untuk dilakukan pada hari tersebut.

Sebagai contoh, Hari Raya Aidilfitri disyariatkan melakukan ibadah solat hari raya, menunaikan zakat fitrah dan takbir yang hanya berlaku pada satu Syawal. Bahkan, pada hari tersebut umat Islam diharamkan berpuasa.

Dan sesudah hari tersebut tidak disyariatkan dengan apa-apa amalan ibadat khusus. Tiada lagi ibadat seperti solat sunat, mandi sunat dan takbir hari raya.

Maka, amalan ziarah-menziarahi sanak saudara bukanlah satu amalan ibadat yang dikhususkan dalam perayaan Aidilfitri. Ia hanyalah suatu tradisi yang baik dan diharuskan dalam Islam.

Mengikut Pejabat Mufti WP, mana-mana adat tradisi yang tidak bertentangan dengan nas-nas syarak, maka hukum asalnya adalah harus. Dalam kaedah Fiqh disebutkan:

“Asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada keharaman (perkara tersebut)” (Al-Asyhbah wa al-Nazoir, ms. 60)

Bahkan tiada sesiapa pun mengikat amalan seperti ziarah-menziarahi, bermaafan, menjamu makan dan seumpamanya hanya mesti diadakan pada hari raya.

Ia sekadar tradisi diamalkan demi mengambil keberkatan bulan Syawal yang mulia.

Kesimpulannya, hari raya Aidilfitri yang disyariatkan sememangnya pada satu Syawal. Namun, tiada masalah untuk menyambut hari raya dengan melakukan ziarah-menziarahi sepanjang Syawal kerana ia merupakan kebiasaan yang baik dan ia diharuskan dalam Islam.

Malah, dalam satu hadis Rasulullah SAW pernah menceritakan betapa cintanya Allah SWT kepada mereka yang menziarahi orang lain. Sabdanya

“Seorang lelaki menziarahi saudaranya di satu perkampungan yang lain. Lalu Allah menghantar malaikat untuk berada di jalan ke kampung yang ingin dia tuju. Apabila lelaki itu sudah mendekat, malaikat itu bertanya: Ke manakah engkau mahu pergi? Jawab lelaki itu: Aku mahu menziarahi saudaraku yang ada di kampung ini. Malaikat berkata: Adakah engkau ada harta yang ingin diberikan kepadanya? Lelaki itu berkata: Tidak. Sesungguhnya aku mencintainya kerana Allah. Malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku adalah utusan Allah yang dihantar kepada engkau. Allah mencintai engkau sebagaimana engkau mencintai saudara engkau itu.” (Riwayat Muslim, No. 6714) –The Merdeka Times

Penafian: Artikel yang disiarkan The Merdeka Times ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak semestinya menggambarkan pendirian Editorial The Merdeka Times dalam isu yang dikupas.

Author

Teruskan Membaca

Trending