Connect with us

Terkini

Tiga TPM tidak jamin kebajikan terjaga – Pemuda Pas Kelantan

Pemuda Pas Kelantan berpandangan jika dua mahupun tiga jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) diwujudkan di negara ini bukanlah jaminan sebuah kerajaan berkebajikan.

Wartawan TMT

Published

on

Tiga TPM tidak jamin kebajikan terjaga - Pemuda Pas Kelantan
Foto: Ketua Pemuda Pas Kelantan, Mohd Kamal Mohamad.
  • Dua atau tiga TPM bukan jaminan sebuah kerajaan berkebajikan.
  • Tiga TPM tidak menyelesaikan masalah selagi tidak ada pemimpin berintegriti dan tidak ditunaikan janji manifesto untuk kebajikan rakyat.
  • “Tidak perlu sampai tiga TPM, seorang cukup kalau banyak TPM jadi tidak relevan sebab menambah kos,” – Pemuda Pas Kelantan.

KOTA BHARU – Pemuda Pas Kelantan berpandangan jika dua mahupun tiga jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) diwujudkan di negara ini bukanlah jaminan sebuah kerajaan berkebajikan.

Ketua Pemuda Pas Kelantan, Mohd Kamal Mohamad mengambil contoh semasa kerajaan Perikatan Nasional (PN) mentadbir negara sebelum ini.

Katanya, walaupun tidak ada TPM ketika itu, kerajaan tersebut tetap boleh melakukan banyak kebajikan kepada rakyat.

“Khususnya dalam tempoh Covid-19, selepas dan pasca pandemik.

“Tak perlu pun sampai tiga TPM, kekal macam biasa sahaja, seorang cukuplah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Sambutan Jubli Perak Pas Pengkalan Chepa di Pusat Tarbiah Islamiah (Putik) Pengkalan Chepa di sini pada Isnin.

Beliau menambah, barisan menteri kanan sedia ada sudah mencukupi dan berpendapat cadangan penambahan jawatan TPM oleh Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) adalah tidak relevan.

“Bagi saya tidak relevan sebab akan menambah kos. Sebelum ini, PH kata banyak sangat jawatan menyebabkan bertambah kos dan kewangan negara, samalah kalau ditambah TPM jadi tiga.

“Contohnya Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim kata tak ambil gaji kalau jadi Perdana Menteri tetapi tambah TPM, bertambah pula kos, jadi samalah,” katanya.

Beliau turut menempelak BN kerana sepatutnya sudah lama menyelesaikan isu-isu berkaitan Sabah dan Sarawak semasa memerintah negara selama 60 tahun sebelum ini.

“Sepatutnya isu Sabah Sarawak ini sudah selesai dulu lagi, semasa BN memerintah.

“Tiga TPM tidak selesai masalah selagi tidak ada pemimpin yang berintegriti dan tidak ditunaikan janji manifesto untuk kebajikan rakyat,” katanya.

Sebelum ini, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan mahu mewujudkan jawatan TPM masing-masing mewakili Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia sekiranya parti itu dominan untuk membentuk kerajaan di Putrajaya.

Cadangan itu katanya, akan dimasukkan dalam manifesto BN Sabah sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Anwar pula mengumumkan dua jawatan Timbalan Perdana Menteri iaitu membabitkan seorang dari Semenanjung dan seorang mewakili Sabah atau Sarawak (Borneo).

Sumber: Sinar Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Enjin carian dikuasakan AI kemungkinan langgar hak cipta kandungan berita – Media Jepun

Media Jepun pada Rabu membangkitkan kebimbangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), sekali gus menggesa semakan segera undang-undang hak cipta.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Media Jepun pada Rabu membangkitkan kebimbangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), sekali gus menggesa semakan segera undang-undang hak cipta.
  • Sebuah badan mewakili media massa di negara ‘Matahari Terbit’ itu berkata syarikat yang mengendalikan enjin carian dikuasakan AI seperti Google LLC dan Microsoft Corp. harus mendapatkan persetujuan daripada organisasi berita untuk kandungan.
  • Persatuan Penerbit dan Editor Akhbar Jepun berkata penggunaan AI oleh syarikat-syarikat itu “berkemungkinan melanggar hak cipta,” lapor Kyodo News yang berpangkalan di Tokyo, dipetik agensi berita Anadolu.
  • Persatuan media itu menyatakan kebimbangan tentang “kemungkinan ketidaktepatan dalam respons yang dihasilkan enjin carian AI”, sekali gus boleh membahayakan artikel sumber itu sendiri sebagai “salah dan merosakkan kredibiliti organisasi berita”.
  • Menyatakan situasi terbabit sebagai “perkara mendesak,” persatuan itu turut menggesa kerajaan Jepun “menyemak undang-undang yang berkaitan dengan harta intelek, seperti akta hak cipta”.

Media Jepun pada Rabu membangkitkan kebimbangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), sekali gus menggesa semakan segera undang-undang hak cipta.

Sebuah badan mewakili media massa di negara ‘Matahari Terbit’ itu berkata syarikat yang mengendalikan enjin carian dikuasakan AI seperti Google LLC dan Microsoft Corp. harus mendapatkan persetujuan daripada organisasi berita untuk kandungan.

Persatuan Penerbit dan Editor Akhbar Jepun berkata penggunaan AI oleh syarikat-syarikat itu “berkemungkinan melanggar hak cipta,” lapor Kyodo News yang berpangkalan di Tokyo, dipetik agensi berita Anadolu.

Persatuan itu juga menyatakan kebimbangan mengenai “kemungkinan ketidaktepatan dalam respons yang dihasilkan enjin carian AI”.

Ia boleh membahayakan artikel sumber itu sendiri sebagai “salah dan merosakkan kredibiliti organisasi berita,” katanya.

“Enjin carian AI kadangkala mengembalikan respons yang tidak tepat kerana mereka menggunakan semula atau mengubah suai artikel secara tidak wajar,” kata persatuan itu.

Persatuan itu berkata syarikat harus memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan perkhidmatan mereka sebelum pelancaran.

Menyatakan situasi terbabit sebagai “perkara mendesak,” persatuan itu turut menggesa kerajaan Jepun “menyemak undang-undang yang berkaitan dengan harta intelek, seperti akta hak cipta”.

Kenyataan itu turut menunjukkan “isu ‘carian sifar klik’, di mana pengguna tidak melawat sumber asal (artikel/kandungan)”.

“Kekurangan trafik boleh membawa kepada pengurangan aktiviti pelaporan organisasi berita, yang kemudiannya akan memberi kesan negatif kepada demokrasi dan budaya,” kata persatuan itu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending