Connect with us

Antarabangsa

Terus tawar perlindungan kepada pelarian Myanmar, jangan paksa mereka pulang – PBB

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam menggesa jiran Myanmar untuk menghentikan pemulangan paksa warga negara itu atas alasan ‘banyak nyawa diletakkan dalam risiko’.

Wartawan TMT

Published

on

Terus tawar perlindungan kepada pelarian Myanmar, jangan paksa mereka pulang - PBB
  • Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) gesa jiran Myanmar hentikan pemulangan paksa warga negara itu.
  • Agensi UNHCR gesa pemulangan warga itu yang mencari keselamatan daripada bahaya serius.
  • “Kami mengulangi gesaan kami kepada negara lain untuk terus menawarkan perlindungan kepada warga Myanmar yang melarikan diri demi keselamatan,” – UNHCR.

GENEVA – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam menggesa jiran Myanmar untuk menghentikan pemulangan paksa warga negara itu atas alasan ‘banyak nyawa diletakkan dalam risiko’.

Agensi Pesuruhjaya Tinggi PBB mengenai Pelarian (UNHCR) berkata pihaknya amat prihatin terhadap pelbagai laporan mengenai pemulangan secara paksa pelarian dan pencari suaka, sejak Februari 2021 dari negara jiran Myanmar.

Agensi itu ‘segera merayu kepada negara di rantau itu untuk segera menghentikan pemulangan paksa warga Myanmar yang mencari keselamatan daripada bahaya serius’.

“Kami mengulangi gesaan kami kepada negara lain untuk terus menawarkan perlindungan kepada warga Myanmar yang melarikan diri demi keselamatan.

“Ini juga termasuk menamatkan amalan penahanan tanpa had pemohon suaka dan pelarian dari Myanmar,” kata Penolong Pesuruhjaya Tinggi UNHCR bagi perlindungan, Gillian Triggs.

Negara Asia Tenggara itu bergolak sejak rampasan kuasa tentera tahun lalu, dengan pertempuran berleluasa di sebahagian besar negara itu.

Lebih 2,300 orang terbunuh akibat tindakan keras tentera terhadap perbezaan pendapat sejak rampasan kuasa.

Menurut kumpulan hak asasi manusia, kekejaman yang berlaku termasuk pemusnahan kampung, pembunuhan besar-besaran dan serangan udara ke atas orang awam.

Junta tentera Myanmar menyalahkan pejuang anti-rampasan kuasa atas kematian hampir 3,900 orang awam.

Triggs berkata keganasan itu mendorong orang ramai melarikan diri dan mereka harus dibenarkan mencari suaka di luar negara serta dilindungi daripada penghantaran pulang secara paksa. 

Sumber: Berita Harian 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Tiada tanda gencatan senjata dicapai di Gaza, perantara masih optimistik

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.
  • Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.

Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Tiada komen rasmi daripada Israel mengenai rundingan itu setakat ini selain fakta bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diberi taklimat mengenainya dan delegasi Israel hadir untuk pusingan rundingan kali ini.

Mandat diberikan kepada perunding Israel oleh Netanyahu juga tidak diketahui sepenuhnya kerana butiran mengenai rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Walaupun pengantara kekal optimistik, masih tiada tanda bahawa kesepakatan hampir tercapai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Trending