Connect with us

Terkini

Taktik lama diketahui, sindiket pekerjaan kini guna wanita jelita goda rakyat Malaysia

Bukan sahaja jasad mereka terkurung dan dipaksa bekerja melakukan penipuan atau scammer bahkan jika tidak menepati prestasi ditetapkan mereka diseksa dengan renjatan elektrik malah ada diantara mereka yang telah dijual-beli tidak ubah umpama ternakan.

Hidayah Sani

Published

on

Kerajaan selamatkan 168 rakyat Malaysia mangsa sindiket pekerjaan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Antara punca ratusan rakyat Malaysia terjerat sindiket pekerjaan adalah terperdaya tawaran gaji lumayan, tidak cakna berita semasa, terpengaruh rakan, mempunyai masalah ekonomi dan keluarga juga terperangkap godaan ‘wanita jelita’.
  • Sindiket gunakan taktik ‘menjemput’ mangsa menghadiri pertandingan atau model fotografi di luar negara dengan kos tambang dibiayai sepenuhnya.
  • Mangsa sindiket perlu lalui latihan amali sebelum dijadikan ‘scammer’, bagi mangsa yang ‘bebal’ berisiko diseksa dan dipaksa minta wang tebusan dari keluarga cecah puluhan ribu ringgit jika ingin dibebaskan.
  • Ahli politik dan NGO gesa kerajaan sekat rakyat Malaysia ke luar negara.
  • Kerajaan komited selamatkan mangsa namun tindakan tegas perlu dilaksanakan tangani sindiket pekerjaan.

KUALA LUMPUR – Bukan sahaja jasad mereka terkurung dan dipaksa bekerja melakukan penipuan atau scammer bahkan jika tidak menepati prestasi ditetapkan mereka diseksa dengan renjatan elektrik malah ada diantara mereka yang telah dijual-beli tidak ubah umpama ternakan.

Jauh lebih menyedihkan apabila ada mangsa wanita beragama Islam mendakwa mereka dipaksa tidur dengan lelaki beramai-ramai, dicabul selain terpaksa menjamah makanan berlaukkan daging babi.

Tidak terlepas daripada sebarang bentuk penderaan sama ada fizikal, seksual mahupun emosi ada diantara mangsa wanita mendakwa dipaksa kurus dengan diberikan suntikan sebelum dijadikan pelacur, bahkan organ turut diambil sindiket bagi jualan di pasaran gelap.

Lebih malang ada yang terbunuh ketika diseksa sebelum mayat dicampak seolah nasib tragis mereka tidak layak diketahui ahli keluarga mereka.

Itulah antara episod ngeri perlu dilalui oleh rakyat Malaysia yang terjebak dalam sindiket pekerjaan yang pada awalnya menjanjikan bulan dan bintang namun hampir kesemuanya akhirnya menjadi mangsa pemerdagangan manusia ataupun perhambaan moden.

Sindiket ini disifatkan sebagai satu jenayah terancang yang sangat kejam apabila mangsanya berhadapan kekerasan dan seksaan yang berpangkalan di Laos, Cambodia dan Myanmar. Di samping itu, terdapat juga mangsa mendakwa bahawa dalang kepada jenayah antarabangsa ini adalah rakyat China.

Difahamkan juga, wujud ejen tempatan yang membantu untuk menyeludup keluar dan menipu selain memperdagangkan rakyat Malaysia ke luar negara dan mangsa ini  dieksploitasikan oleh sindiket-sindiket tempatan ini, pada awalnya.

Rentetan itu juga, saban hari kita mendengar rintihan ahli keluarga mangsa merayu kerajaan agar menyelamatkan mangsa disamping suara lantang para pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Pertubuhan Keperihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC) dan NGO lain.

Namun, apa sebenarnya yang berlaku sehingga ratusan rakyat Malaysia sama ada berbangsa Melayu, Cina mahupun India menjadi mangsa kepada sindiket ini?

Tiada data jumlah keseluruhan rakyat Malaysia terjerat penipuan pekerjaan?

Menerusi laporan berita tempatan, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendakwa terdapat hampir 3,000 rakyat Malaysia masih terperangkap di negara berisiko sindiket penipuan kerja seperti Kemboja, Laos, Myanmar dan Thailand.

Bahkan menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Hishamuddin Hashim agak sukar untuk mendapatkan data yang tepat kerana data yang ada diantara pihak polis dan kedutaan amat berbeza.

Katanya, kita hanya boleh menyatakan ada data-data lapangan daripada mangsa-mangsa ini yang mendakwa bahawa jumlahnya ribuan. 

Bagaimanapun,  Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Saifuddin Abdullah menafikan dakwaan tersebut dengan beranggapan bahawa angka tersebut terlalu besar sebaliknya beliau berkata setakat ini seramai 261 orang mangsa sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan sudah diselamatkan.

Jumlah itu membabitkan 171 orang mangsa yang sudah dibawa balik ke Malaysia dan baki seramai 90 orang masih menunggu proses penghantaran pulang. Tambahnya, seramai 88 lagi mangsa sindiket berkenaan masih dikesan menjadi keseluruhan mangsa dari April hingga September tahun ini seramai 349 orang.

Mengapa rakyat Malaysia jadi mangsa sindiket pekerjaaan?

Majoriti kesemua mangsa dilaporkan terpedaya dengan tawaran pekerjaan tersebut bermula daripada iklan peluang kerjaya yang diuar-uarkan di media sosial manakala sebahagian, terpengaruh ajakan rakan dan terdapat juga mangsa mendakwa terjebak ketika sedang bercuti di negara-negara berkenaan.

Tawaran yang indah khabar dari rupa itu memancing mangsa menggunakan gaji lumayan mencecah ribuan ringgit di mana kononnya mereka akan menjalankan pekerjaan sebagai pegawai khidmat pelanggan atau penterjemah dan sebagainya.

Antara senario yang kebiasaannya diceritakan mangsa adalah selepas mendapat persetujuan mangsa, ejen akan mengurus dan menanggung kos perbelanjaan perjalanan ke destinasi yang akan ditukar lokasi pada saat-saat akhir.

Setibanya mangsa tiba di negara asing, semua dokumen perjalanan dan telefon mangsa akan dirampas serta dimusnahkan sebelum mereka dikurung dan dipaksa bekerja untuk sindiket perjudian dalam talian, scammer, pelaburan, love scam dan penipuan lain.

Apa yang mengejutkan apabila dalam rata-rata mangsa berusia lingkungan 20-an sehingga 30-an terdapat juga mangsa berusia belasan tahun iaitu berusia 14 tahun dan 15 tahun.

Malah menurut Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong ketika ini sindiket antarabangsa itu telah menambah baik modus operandi mereka selepas taktik sebelum ini kerap didedahkan pihak media.

Katanya, sindiket tersebut kini bertindak menyamar sebagai wanita jelita atau gadis comel Asia untuk menggoda serta memerangkap belia tempatan menerusi media sosial. Difahamkan mangsa yang berjaya dipikat akan dipujuk supaya mengambil penerbangan ke negara tertentu kononnya untuk melepaskan rindu namun sebaliknya mereka dikurung dan dipaksa bekerja sebagai ‘operator penipuan’.

Selain itu, sindiket turut menggunakan taktik dengan ‘menjemput’ mangsa menghadiri pertandingan atau model fotografi di luar negara dengan kos tambang dibiayai sepenuhnya.

Beliau berkata sindiket terbabit “bijak” dan akan mengubah taktik bergantung kepada keadaan bagi memancing individu yang kemudiannya akan menjadi mangsa pemerdagangan manusia.

Bagaimanapun, katanya, terdapat kes di mana ibu bapa membawa anak mereka ke pejabatnya dan masih mahu menerima tawaran tersebut kerana percaya wang itu ada sekalipun telah dimaklumkan bahawa ia tawaran palsu.

Pada masa sama, Duta Malaysia ke Kemboja Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim berkata tidak cakna dengan berita semasa juga antara antara punca ratusan rakyat Malaysia terjerat dengan sindiket penipuan pekerjaan di Kemboja.

Beliau membahagikan mangsa kepada dua kategori, pertama mempunyai sijil seperti diploma, manakala kedua golongan muda berusia belasan tahun sehingga yang berumur 30-an tanpa kelayakan.

Menurutnya, kategori pertama ini akan sampai di Kemboja lengkap dengan surat tawaran kerja seolah-olah daripada syarikat sebenar, tetapi selepas tiba mereka akan dipaksa bekerja dengan sindiket. Bagaimanapun, kategori ini sedikit sahaja bilangan mangsanya membabitkan satu dua kes.

Namun, bagi kategori kedua mangsanya paling ramai dan biasanya mereka ini tidak berpelajaran atau terdesak kerana terlibat masalah ekonomi, masalah keluarga dan sebagainya. Jelasnya, trend tersebut dilihat meningkat selepas pandemik Covid-19 sebab ramai yang hilang pekerjaan jadi sindiket ambil kesempatan.

Tambahnya, jika mangsa ada pasport, mereka akan terus terbang ke sana dan jika tiada pasport, contohnya bagi yang bawah umur, mereka akan ditawarkan pergi ke sana melalui jalan tikus di sempadan Thailand dan terus ke Kemboja.

Dalam pada itu, Presiden Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC), Tan Sri Musa Hassan berkata, berkata rakyat Malaysia jadi pilihan sindiket ini ekoran sebahagiannya mampu bercakap menggunakan pelbagai bahasa memandangkan negara ini terdiri daripada pelbagai kaum.

Mangsa sindiket perlu lalui latihan amali sebelum dijadikan ‘scammer’

Dalam pada itu, media tempatan mendedahkan bahawa hanya segelintir rakyat Malaysia yang berpotensi dan memiliki IQ (ukuran piawai kepintaran) memuaskan dipilih menjadi ‘operator penipuan’ oleh sindiket tawaran pekerjaan palsu berpangkalan di luar negara.

Difahamkan rata-rata mangsa perlu melalui tapisan ketat dan diarah melalui sesi percubaan latihan amali sebelum layak diambil bekerja sebagai konco scammer antarabangsa.

Sementara itu calon yang dianggap ‘bebal’ dan tidak mampu menjalankan tugas akan diasingkan dan didera mental dan emosi. Malah, mangsa kemudian diarah menghubungi ahli keluarga di Malaysia dan dipaksa meminta wang tebusan bagi membolehkan mereka dilepaskan.

Menerusi cara tersebut, sindiket terbabit masih mampu memperoleh sejumlah keuntungan melalui wang tebusan yang dibayar sebelum mangsa dilepaskan di sempadan negara. Malangnya, wang tebusan diminta adakala mencecah puluhan ribu ringgit bahkan jumlah akan terus meningkat.

Malah, berdasarkan maklumat diperoleh serta keterangan diambil dari mangsa yang diselamatkan pihak polis, sindiket ini memiliki struktur organisasi amat sistematik. Difahamkan, setiap ahli sindiket memiliki peranan sebagai pengawal bangunan, jurulatih rekrut baharu, penyelia tugasan harian dan pakar teknikal..

NGO, Ahli politik gesa kerajaan sekat rakyat Malaysia ke luar negara

Selepas kelantangan pihak NGO dan ahli keluarga mangsa yang merayu dan menuntut campur tangan kerajaan agar menangani permasalahan ini sejak beberapa bulan lalu, akhirnya pada 21 September Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Abdul Latiff Ahmad mengumumkan bahawa satu jawatankuasa khas pelbagai agensi diketuai Kementerian Luar akan diwujudkan.

Ia bagi memastikan rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di beberapa negara dibawa pulang dengan selamat.

Bagaimanapun, dalam kenyataan berbeza ketika diajukan pertanyaan jika kerajaan akan mengambil pendekatan baharu untuk menyekat rakyat negara ini daripada ke luar negara dan menjadi mangsa sindiket sedemikian, beliau berkata, tiada punca kuasa yang boleh menyekat mereka.

Beliau berpandangan, sekalipun hak memberikan pasport antarabangsa adalah hak kerajaan, rakyat berhak untuk mengembara ke luar. Namun, beliau menasihatkan pada masa akan datang mereka yang ingin mengembara ke luar negara perlu memberitahu kepada saudara mara atau ibu bapa tujuan pemergian tersebut.

Tambahnya, jika mereka ingin bekerja semakan boleh dibuat oleh pihaknya menerusi pelbagai agensi di kedutaan. Katanya, majikan Malaysia yang ada industri lain di negara luar amat banyak, jadi mereka boleh semak iklan itu adalah tepat dan sahih.

Namun, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tetap menyarankan agar kerajaan menghalang warga Malaysia berusia bawah 40 tahun keluar bekerja di Laos, Myanmar dan Kemboja serta wanita yang ingin bekerja di Thailand kerana dikhuatiri akan diculik untuk dijadikan pelacur.

Turut bersama beliau adalah, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim yang juga menggesa kerajaan menghalang sementara rakyat Malaysia daripada bekerja di Kemboja sehingga sindiket penipuan pekerjaan di sana dibanteras sepenuhnya.

Kerajaan komited, namun tiada tindakan tegas tangani sindiket pekerjaan?

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata semua aduan diterima Kementerian Luar Negeri daripada pihak waris akan disalurkan terus kepada Perwakilan Malaysia di negara berkenaan untuk tindakan selanjutnya dengan pihak berkuasa negara tuan rumah.

Pada masa sama, katanya proses itu tertakluk kepada prosedur dan undang-undang negara berkenaan yang melibatkan urusan seperti siasatan, intipan, usaha menyelamat, dokumentasi dan sebagainya yang akan mengambil masa.

Bahkan katanya, isu rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara angkara sindiket penipuan pekerjaan luar negara telah dibangkitkan dalam Mesyuarat Plenari Menteri-Menteri Keselamatan ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) yang ke-16.

Namun, beliau juga mengakui dana yang diperuntukkan sekarang tidak mencukupi bagi urusan menziarahi rakyat Malaysia yang ditahan di pelbagai lokasi untuk memastikan mereka ini sentiasa di dalam keadaan sihat dan selamat.

Di samping itu, MHO mendedahkan terdapat perkembangan positif dari Kemboja dan Laos dalam operasi menyelamatkan mangsa, namun situasi di Myanmar masih lagi buntu seakan-akan kerajaan negara itu tidak menghiraukan jenayah pemerdagangan manusia terhadap rakyat Malaysia.

Berikutan itu, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) digesa bertindak dan menghantar notis bantahan kepada Myanmar yang didakwa bertoleransi dengan jenayah pemerdagangan manusia, termasuk melibatkan rakyat Malaysia.

Malah, dalam MHO mengucapkan terima kasih atas komitmen diberikan kerajaan Malaysia dalam mendengar rintihan keluarga mangsa dan juga aduan dari MHO namun mereka tetap menuntut tindakan lebih tegas dilaksanakan segera kerana isu tersebut bukan satu isu yang kecil melainkan ia melibatkan jenayah antarabangsa.

Dan, benarkah dakwaan salah seorang ibu mangsa sebelum ini yang mengatakan bahawa kerajaan Malaysia terlalu lewat untuk menangani permasalahan ini? – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

Pepijat ciri ‘Mirroring Apple’ berisiko dedah data pengguna iPhone

Amaran dikeluarkan kepada pengguna iPhone selepas pakar keselamatan siber menemui pepijat dalam ciri Mirroring Apple yang menyebabkan data mereka terdedah.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Amaran dikeluarkan kepada pengguna iPhone selepas pakar keselamatan siber menemui pepijat dalam ciri ‘Mirroring Apple’ yang menyebabkan data mereka terdedah.
  • Firma perisian keselamatan Sevco mendapati kelemahan itu apabila ia digunakan pada Mac keluaran kerja (work-issued Mac), berkongsi data telefon pintar dengan sistem IT syarikat.
  • Mereka mengesahkan aplikasi pekerja telah disimpan pada rangkaian korporat yang diakses majikan. 
  • “Pepijat Apple ini adalah risiko privasi utama kerana ia boleh mendedahkan aspek kehidupan peribadi yang mereka (pengguna) tidak mahu berkongsi atau yang boleh menyebabkan mereka berisiko,” kata Sevco dalam satu kenyataan dipetik Daily Mail pada Selasa.
  • Risiko itu termasuk mendedahkan aplikasi VPN (Rangkaian Peribadi Maya) di negara yang mengehadkan akses kepada Internet, aplikasi temu janji yang mendedahkan orientasi seksual mereka dalam bidang kuasa dengan perlindungan terhad atau akibat undang-undang atau aplikasi berkaitan dengan keadaan kesihatan yang mereka (pekerja) tidak mahu kongsikan.

Amaran dikeluarkan kepada pengguna iPhone selepas pakar keselamatan siber menemui pepijat dalam ciri Mirroring Apple yang menyebabkan data mereka terdedah.

Firma perisian keselamatan Sevco mendapati kelemahan itu apabila ia digunakan pada Mac keluaran kerja (work-issued Mac), berkongsi data telefon pintar dengan sistem IT syarikat.

Mereka mengesahkan aplikasi pekerja telah disimpan pada rangkaian korporat yang diakses majikan. 

Pasukan keselamatan telah menggesa pengguna iPhone untuk berhenti menggunakan ciri pada komputer kerja dan syarikat untuk mengenal pasti mana-mana sistem IT perusahaan yang mengumpulkan inventori perisian daripada Mac sehingga Apple mengeluarkan “patch” baharu.

“Pepijat Apple ini adalah risiko privasi utama kerana ia boleh mendedahkan aspek kehidupan peribadi yang mereka (pengguna) tidak mahu berkongsi atau yang boleh menyebabkan mereka berisiko,” kata Sevco dalam satu kenyataan dipetik Daily Mail pada Selasa.

Risiko itu termasuk mendedahkan aplikasi VPN (Rangkaian Peribadi Maya) di negara yang mengehadkan akses kepada Internet, aplikasi temu janji yang mendedahkan orientasi seksual mereka dalam bidang kuasa dengan perlindungan terhad atau akibat undang-undang atau aplikasi berkaitan dengan keadaan kesihatan yang mereka (pekerja) tidak mahu kongsikan.

Apple pada 30 September lalu melaporkan ia telah mengeluarkan semula isu itu dan memberitahu Sevco pada 3 Oktober lalu bahawa ia akan menanganinya dalam kemas kini akan datang tidak lama lagi. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending