Connect with us

Terkini

Hubungan baik Malaysia-Kemboja bantu tangani isu sindiket penipuan tawaran pekerjaan – Duta

Hubungan baik yang telah lama terjalin antara Malaysia dengan Kemboja membantu usaha pihak Kedutaan Malaysia di sini dalam menangani isu sindiket penipuan tawaran pekerjaan.

Wartawan TMT

Published

on

Hubungan baik Malaysia-Kemboja bantu tangani isu sindiket penipuan tawaran pekerjaan – Duta
Foto: Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim.
  • Hubungan baik telah lama terjalin antara Malaysia dengan Kemboja membantu usaha pihak Kedutaan Malaysia dalam menangani isu sindiket penipuan tawaran pekerjaan. 
  • Duta Besar Malaysia, Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim berkata hubungan baik itu memudahkan urusan pihaknya menyelamatkan 286 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan tersebut bagi tempoh 2019 hingga 2023.
  • “Pada 2022 sahaja kita selamatkan seramai 250 orang. Ini dilakukan dengan adanya koordinasi baik antara pihak Kedutaan Malaysia di sini dengan polis Kemboja,” katanya.

PHNOM PENH — Hubungan baik yang telah lama terjalin antara Malaysia dengan Kemboja membantu usaha pihak Kedutaan Malaysia di sini dalam menangani isu sindiket penipuan tawaran pekerjaan.

Duta Besar Malaysia ke Kemboja Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim berkata hubungan baik itu telah memudahkan urusan pihaknya menyelamatkan 286 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan tersebut bagi tempoh 2019 hingga 2023.

“Pada 2022 sahaja kita selamatkan seramai 250 orang. Ini dilakukan dengan adanya koordinasi baik antara pihak Kedutaan Malaysia di sini dengan polis Kemboja,” katanya kepada pemberita di Kedutaan Malaysia di sini hari ini menjelang lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke republik itu esok.

Menjelas lanjut, Eldeen Husaini berkata hubungan Malaysia dan Kemboja bukan hanya melibatkan kedua-dua kerajaan tetapi juga rakyat dengan rakyat.

Beliau berkata perkara itu jelas kerana banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sering datang ke Kemboja untuk membantu terutama Komuniti Melayu Islam Champa.

“Selain itu, ramai juga rakyat Malaysia datang ke sini untuk membantu memberikan al-Quran, membuat perigi untuk kegunaan orang ramai serta menjalankan ibadah korban,” katanya.

Eldeen Husaini berkata lawatan sulung Perdana Menteri esok menterjemahkan hubungan rapat antara Phnom Penh dan Kuala Lumpur seterusnya memberi peluang untuk meningkatkan lagi kerjasama sedia ada dalam pelbagai bidang.

Advertisement

Beliau juga berkata pemeteraian dua Memorandum Persefahaman (MoU) antara kerajaan Malaysia dengan Kemboja mengenai Pengambilan, Penggajian dan Penghantaran Pulang Pekerja Kemboja Bagi Sektor Domestik serta Sektor Formal akan memberi impak kepada ekonomi Malaysia.

“MoU mengenai pekerja domestik dan formal ini amat membantu kerana sebelum ini memang ada tetapi dihentikan atas sebab tertentu dan kini dengan adanya MoU itu akan memberikan banyak impak dalam membantu Malaysia menjana ekonomi kerana kita akan mendapatkan khidmat pekerja Kemboja,” katanya.

Eldeen Husaini berkata ketika ini terdapat kira-kira 5,000 rakyat Malaysia di Kemboja manakala kira-kira 400 syarikat Malaysia beroperasi di negara itu.

Lawatan rasmi sehari Anwar ke Kemboja esok akan memperkukuhkan lagi hubungan serta kerjasama dua hala yang terjalin sejak 1957 dan ia lawatan rasmi luar negara ketujuh beliau sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada 24 Nov tahun lepas.

Sumber: Bernama

Author

Terkini

Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat

Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cukai itu tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
  • Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
  • “Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang,” katanya ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

Malah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, cukai tersebut tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.

Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.

“Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang.

“Namun, ia tidak membebankan rakyat kerana kenaikan ini tidak melibatkan perkhidmatan seperti makan minum, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan juga akan mengenakan cukai barangan bernilai tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus ke atas barang nilai tinggi tertentu berdasarkan nilai ambang harga barangan. 

Advertisement

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending