Connect with us

Terkini

Sihir dan liwat antara seksyen baharu kesalahan jenayah diperkenal Terengganu

Empat seksyen baharu membabitkan kesalahan perbomohan dan sihir, hamil atau melahirkan anak luar nikah, perempuan berlagak seperti lelaki dan persediaan melakukan liwat akan dicadangkan bagi menambah baik Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Sihir dan liwat antara seksyen baharu kesalahan jenayah diperkenal Terengganu
Foto: Ketua Hakim Syarie Terengganu, Datuk Wan Mohd Zakri Wan Mohd.
  • Kesalahan perbomohan dan sihir, hamil atau melahirkan anak luar nikah, perempuan berlagak seperti lelaki dan persediaan melakukan liwat akan dicadangkan bagi menambah baik Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.
  • Ketua Hakim Syarie Terengganu, Datuk Wan Mohd Zakri Wan Mohd, berkata, selain itu, 21 pindaan terhadap hukuman sedia ada juga dicadangkan.
  • Tambah beliau, hukuman berdasarkan peruntukan 356 iaitu tiga tahun penjara, denda RM5000 dan enam sebatan turut dimaksimumkan.
  • “Kali terakhir enakmen itu digubal ialah lebih 20 tahun lalu dan kali terakhir pindaan enakmen dibuat adalah pada tahun 2016 iaitu hanya melibatkan lima seksyen sahaja,” – Jawatankuasa Penyelarasan Undang-Undang Syariah.

KUALA TERENGGANU – Empat seksyen baharu membabitkan kesalahan perbomohan dan sihir, hamil atau melahirkan anak luar nikah, perempuan berlagak seperti lelaki dan persediaan melakukan liwat akan dicadangkan bagi menambah baik Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001. 

Menurut Ketua Hakim Syarie Terengganu, Datuk Wan Mohd Zakri Wan Mohd, selain itu, 21 pindaan terhadap hukuman sedia ada juga dilakukan.

“Draf bagi penambah baikan enakmen tersebut telah disiapkan dan akan dibawa untuk dibahas serta diluluskan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada November ini. 

“Cadangan pindaan itu merupakan hasil penelitian dan kajian yang dilakukan Jawatankuasa Penyelarasan Undang-Undang Syariah di Bawah Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi. 

“Hasil perbincangan tersebut, 21 seksyen dicadangkan untuk dibuat pindaan dan memasukkan empat seksyen baharu diikuti dua subseksyen baharu,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri forum Enakmen-Enakmen Syariah Terengganu 2001: Cadangan Penambahbaikan dan Pemerkasaan Enakmen, baru-baru ini.

Tambah beliau, beberapa enakmen telah dikaji dan telah dibuat penambah baikan antaranya dimaksimumkan hukuman berdasarkan peruntukan 356 iaitu tiga tahun penjara, denda RM5000 dan enam sebatan. 

“Berhubung dengan perkara timbal balas, berdasarkan peruntukan sedia ada, hanya lelaki berlagak perempuan sahaja yang dikira sebagai satu kesalahan, melalui pindaan terbaharu ini perempuan berlagak lelaki juga dikira sebagai satu kesalahan. 

“Terdapat penambahan bagi beberapa hukuman dengan dibuat hukuman alternatif untuk peruntukan sedia ada. 

“Hukuman-hukuman telah dipinda daripada terus ditahan ke penjara tetapi diberi kuasa kepada hakim untuk membuat alternatif lain sama ada dihantar ke pusat jagaan yang telah diluluskan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam),” ujarnya.

Sambung beliau, Jawatankuasa Penyelarasan Undang-Undang Syariah berpandangan cadangan untuk meminda enakmen ini juga adalah wajar berikutan pola perkembangan kes-kes jenayah di Mahkamah Syariah yang meningkat setiap tahun dan boleh dikatakan semakin kompleks. 

“Kali terakhir enakmen itu digubal ialah lebih 20 tahun lalu dan kali terakhir pindaan enakmen dibuat adalah pada tahun 2016 iaitu hanya melibatkan lima seksyen sahaja. 

“Dengan adanya pindaan ini akan memperkukuhkan lagi perundangan Syariah di Negeri Terengganu. 

“Cadangan pindaan adalah berdasarkan takzir 2001 pindaan 2016 yang mana pindaan yang dicadangkan ini masih lagi dalam ruang lingkup bidang kuasa yang diberikan di bawah Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Syariah) 1965 iaitu Akta 355,” jelasnya.

Sumber: Sinar Harian 

 

 

Author