Connect with us

Terkini

PRU15: ketiadaan ‘bossku’ cabaran buat BN – penganalisis politik

Isu-isu melibatkan pembubaran Parlimen ketika musim banjir, projek kapal tempur pesisir (LCS) dan ekonomi negara pada ketika ini dilihat akan menjejaskan persepsi masyarakat terutamanya pengundi baru terhadap kerajaan.

Wartawan TMT

Published

on

PRU15: ketiadaan ‘bossku’ cabaran buat BN - penganalisis politik
  • Kebangkitan gelombang baharu memberi cabaran kepada parti sempena berlangsungnya PRU15.
  • Penambahan pengundi baharu lebih agresif menentukan pilihan.
  • “Kalau ini berlaku, parti-parti yang dah ‘established’ (ditubuhkan) juga akan ada masalah,” – Mujibu Abd Muis.

SHAH ALAM – Isu-isu melibatkan pembubaran Parlimen ketika musim banjir, projek kapal tempur pesisir (LCS) dan ekonomi negara pada ketika ini dilihat akan menjejaskan persepsi masyarakat terutamanya pengundi baru terhadap kerajaan.

Penganalisis politik, Mujibu Abd Muis berkata, isu tersebut dijangka akan mewujudkan satu ‘gelombang senyap’ yang boleh mempengaruhi undi rakyat serta memberi cabaran kepada parti-parti politik dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Ujar beliau, ia berikutan penambahan pengundi kali ini akan melahirkan pengundi baharu yang mana mereka lebih kritikal dan terbuka untuk memilih mana-mana parti bergantung kepada persepsi yang dimainkan melibatkan isu berkenaan.

“Kalau ini berlaku, parti-parti yang dah ‘established’ (ditubuhkan) juga akan ada masalah,” katanya dalam program Sinar Live bertajuk Antara Realiti dan Ramalan yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Rabu.

Turut hadir dalam program berkenaan adalah Ketua Penerangan Gerakan Tanah Air (GTA) Negeri Sembilan, Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri manakala Fahiz Aliff sebagai hos.

Dalam pada itu, Mujibu berkata, ketiadaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam PRU15 kali ini dilihat antara memberi cabaran kepada parti berkenaan untuk bergerak.

“Dalam pilihan raya kecil, kita tengok bagaimana momentum itu dibina dan sudah tentu fenomena Bossku itu menjadi sebahagian daripada nada Barisan Nasional (BN) dalam setiap kempen.

“Kita melihat UMNO itu berada di dalam perkiraan yang sangat simplistik iaitu cuba kembali meraih undi-undi dan merampas kerusi-kerusi Melayu yang pernah dikuasai oleh UMNO satu ketika dahulu.

“Sudah tentu kita melihat persaingan ini akan bertambah sengit dengan kemasukan GTA dan Perikatan Nasional (PN) yang sudah tentu akan menjadi lebih kuat disebabkan adanya Pas,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

(VIDEO) Pengharmonian undang-undang syariah-sivil, apa langkah kerajaan boleh lakukan?

Malaysia dari segi ilmu dan substantif mempunyai bahan-bahan yang mencukupi untuk melaksanakan pengharmonian undang-undang syariah dan sivil di negara ini.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pakar Perlembagaan, Profesor Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz.
  • Pakar Perlembagaan, Profesor Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata semua agensi kerajaan perlu digerakkan untuk menjayakan usaha tersebut sebagaimana ia dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dalam Konvensyen Memartabatkan Perundangan dan Kehakiman Syariah Malaysia.
  • Ini kerana semua pihak yang terlibat dalam undang-undang itu akan terkesan, sekiranya penambahbaikan undang-undang dilakukan termasuk, pindaan Perlembagaan Persekutuan.
  • “…Usaha (pengharmonian undang-undang) yang berlangsung hampir 40 tahun ini perlu diselaraskan dan cara untuk melaksanakan pengharmonian ini, perlu disusun dengan rapi dan ini memerlukan usaha kerajaan yang berterusan dengan melantik mereka atau agensi yang bertanggungjawab dalam usaha pengharmonian ini.
  • “Kalau ini tidak dilakukan, kita akan bercakap tentang perkara sama walaupun pada 40 tahun akan datang,” katanya ketika ditemui The Merdeka Times di Putrajaya hari ini.
  • Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang langkah atau strategi yang boleh dilakukan kerajaan, khususnya agensi agama, untuk menjayakan usaha pengharmonian undang-undang syariah dan sivil di negara ini .

KUALA LUMPUR — Malaysia dari segi ilmu dan substantif mempunyai bahan-bahan yang mencukupi untuk melaksanakan pengharmonian undang-undang syariah dan sivil di negara ini.

Pakar Perlembagaan, Profesor Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata untuk itu semua agensi kerajaan perlu digerakkan untuk menjayakan usaha tersebut sebagaimana ia dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dalam Konvensyen Memartabatkan Perundangan dan Kehakiman Syariah Malaysia.

Shamrahayu berkata ini kerana semua pihak yang terlibat dalam undang-undang berkenaan akan terkesan sekiranya penambahbaikan undang-undang dilakukan termasuk, pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan.

“Saya berpendapat bahawa seperti dinyatakan Yang Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan perasmian beliau sekejap tadi bahawa pengharmonian undang-undang ini ataupun pelaksanaan keadilan dalam bidang undang-undang ini bukan sesuatu yang mudah.

“Jadi antara perkara saya sering bicarakan sebelum ini pun ialah bagaimana agensi-agensi kerajaan terutamanya perlu menyatupadukan gerak kerja mereka dan meletakkan agenda yang jelas tentang pengharmonian undang-undang.

“…Usaha (pengharmonian undang-undang) yang berlangsung hampir 40 tahun ini perlu diselaraskan dan cara untuk melaksanakan pengharmonian ini, perlu disusun dengan rapi dan ini memerlukan usaha kerajaan yang berterusan dengan melantik mereka atau agensi yang bertanggungjawab dalam usaha pengharmonian ini.

“Kalau ini tidak dilakukan, kita akan bercakap tentang perkara sama walaupun pada 40 tahun akan datang,” katanya ketika ditemui The Merdeka Times di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang langkah atau strategi yang boleh dilakukan kerajaan, khususnya agensi agama, untuk menjayakan usaha pengharmonian undang-undang syariah dan sivil di negara ini.

Ia susulan pembentangan pertama di Konvensyen Memartabatkan Perundangan dan Kehakiman Syariah Malaysia yang bertajuk, “Mendasari Pengharmonian Syariah-Sivil Ke Arah Pemartabatan Undang-Undang Syariah di Malaysia”, yang telah disampaikan Timbalan Ketua Bahagian, Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-undang, Jabatan Peguam Negara, Ramzi Osman.

Mengulas lanjut, Shamrahayu berkata langkah lain yang penting dilaksanakan adalah memahamkan para hakim yang bertugas di mahkamah pada peringkat Persekutuan, bukan hanya hakim mahkamah syariah.

“Satu lagi yang saya fikir tidak disebut ialah untuk memperkasakan institusi-institusi atau personnel yang menyumbang kepada pelaksanaan perundangan di mahkamah syariah terutamanya mereka yang menguatkuasakan undang-undang iaitu pengawai penguatkuasa agama dari segi penyiasatannya dan pendakwaannya. 

“Dan saya fikir jika kedua jawatan ini, penguatkuasa dan pendakwaan ini tidak diperkasakan selaras mahkamah syariah maka ia juga tidak akan mendatangkan keharmonian sepatutnya atau yang terbaiknya dalam penguatkuasaan undang-undang syariah,” katanya.

Shamrahayu berkata pelaksanaan pengharmonian undang-undang syariah dan sivil di negara ini penting kerana ia adalah untuk mencapai keadilan dan supaya negara ini mempunyai identiti perundangannya sendiri.

“Pengharmonian (undang-undang syariah dan sivil) bermaksud untuk kita mencari sesuatu yang sama dan adil, sekarang ini terdapat perbezaan. 

“Contohnya suatu perkara itu dijenayahkan dalam perundangan syariah, tetapi tidak dijenayahkan dalam perundangan yang diamalkan di peringkat Persekutuan… Jadi untuk mencari kebaikan dalam sesuatu undang-undang itu, maka pengharmonian ini perlu dilakukan,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending