Connect with us

Terkini

PRU 15: Undi calon atau undi parti?

Felo Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan penganalisis politik, Mujibu Abd Muis berkata pemilihan calon adalah faktor penting yang perlu diambil kira berbanding parti ketika mengundi Pilihan Raya Umum (PRU) ekoran calon menggalas peranan lebih besar bagi membela nasib rakyat. 

Puti Iylia Maisarah

Published

on

PRU 15: Undi calon atau undi parti?
Foto: Penganalisis politik, Mujibu Abd Muis.
  • Mujibu Abd Muis berkata pemilihan calon adalah faktor penting yang perlu dilihat berbanding parti ketika mengundi Pilihan Raya Umum (PRU).
  • Pengundi perlu memikirkan calon yang  bertanggungjawab untuk mewakili rakyat kerana individu itu akan memperjuangkan hak rakyat.
  • “Saya sebagai pemerhati politik sering melihat keperluan pengundi mestilah melihat  calon berbanding parti kerana calon itu haruslah seseorang yang boleh bekerja walaupun dia mewakili parti-parti tertentu.

KUALA LUMPUR – Felo Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan penganalisis politik, Mujibu Abd Muis berkata pemilihan calon adalah faktor penting yang perlu diambil kira berbanding parti ketika mengundi Pilihan Raya Umum (PRU) ekoran calon menggalas peranan lebih besar bagi membela nasib rakyat. 

Beliau berkata, pengundi perlu memikirkan calon yang bertanggungjawab untuk mewakili rakyat kerana individu tersebut akan membuat dasar dan undang-undang bagi membantu memperjuangkan hak rakyat.

“Saya sebagai pemerhati politik sering melihat keperluan pengundi mestilah melihat calon berbanding parti kerana calon itu haruslah seseorang yang boleh bekerja walaupun dia mewakili parti-parti tertentu. 

“Tapi kalau calon menang di kawasan itu, kita boleh katakan sedikit sebanyak parti itu akan terlibat tetapi dia sebagai calon harus lakukan kerjanya sebagai wakil rakyat,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times (TMT).

Tambahnya, pengundi perlu melihat beberapa sudut pertimbangan seperti dalam aspek agama, budaya dan kehidupan sebelum membuat keputusan untuk mengundi ketika Pilihan Raya Umum-15 (PRU-15).

“Tetapi kalau pilih calon yang tidak berkebolehan, mungkin calon itu tidak boleh membuat kerja maka akan memberi kesan kepada mereka yang mengundi calon tersebut dan orang yang tinggal di kawasan itu, ini antara pertimbangan utama yang perlu dilihat.

“Kalau kita lihat kerangka yang lebih luas dalam konteks kestabilan politik sebagai contoh calon ini baik tapi parti yang diwakili itu tidak baik kerana membawa isu-isu yang tidak betul sebagai contoh terlibat dengan kes-kes mahkamah dan rasuah maka ini juga perlu diambil pertimbangan tetapi  seperti mana yang saya katakan tadi kita harus lihat calon dahulu baru parti,” katanya. 

Beliau turut memaklumkan bahawa calon adalah wakil rakyat yang lebih rapat dengan penduduk dalam melakukan kerja-kerja melibatkan komuniti setempat.

“Kenapa kita perlu memilih calon adalah kerana mereka menjadi wakil rakyat di kawasan kita jadi dia lebih rapat dengan kita berbanding parti yang diwakili kerana calon merupakan suara dan wakil komuniti setempat kawasan kita, jadi seelok-eloknya kita undi calon,” katanya.

Ketika ditanya mengenai sama ada pengundi perlu memilih calon atau parti, Mujibu memaklumkan bahawa calon mempunyai kekuatan dan perwatakan tersendiri yang mampu memberi kemenangan kepada parti untuk memenangi lebih kerusi. 

“Sudah tentu calon, kalau kita tengok kebanyakan parti-parti politik dia lebih melihat kepada calon, kerana calon yang kuat pendidikan, berketerampilan dan ada auda tersendiri maka parti akan senang menang,” katanya. 

Dalam pada itu, Mujibu berkata bahawa ada sesetengah pengundi yang memilih parti kerana kekuatan parti itu sendiri. 

“Mungkin kawasan itu memang dominan dengan parti, kalau letak siapa sahaja calon, parti tersebut tidak kisah kerana parti itu dah rasa kuat dan yakin jadi boleh letak siapa sesiapa sebagai calon, walaupun mungkin calon itu dia tidak berketerampilan maka kawasan itu dapat calon tak bagus.

“Bagaimanapun saya merasakan setiap parti politik semakin matang dan persaingan pilihan raya semakin sengit maka saya rasa mereka semua akan cuba sedaya upaya untuk meletakkan calon yang terbaik dengan melihat pendidikan dan kebolehannya,” katanya. 

Beliau berkata sukar untuk melihat kecenderungan pengundi sama ada pengundi memilih parti atau calon kerana lazimnya pengundi mengikut beberapa pertimbangan sebelum membuat pilihan.

“Kalau kita perhatikan pengundi yang memilih parti adalah kerana mereka melihat parti itu sebagai suatu kolektif yang lebih meyakinkan mereka dan boleh membentuk kerajaan,  atau pakatan yang lebih stabil, namun ada juga yang memilih individu kerana mungkin ada aura, karisma dan ‘personal touch’, atau perwatakan yang dibawa membuat pengundi lebih suka.

“Ada juga pengundi yang memilih berdasarkan isu, seperti tengok keadaan semasa dan senario pada ketika itu, dia tidak kira parti mana dan calon siapa, namun secara keseluruhan tidak ada satu set yang menunjukkan sama ada pengundi memilih calon atau parti kerana itu variasi pengundi. 

“Namun, dalam keadaan ketidakstabilan politik, maka set pegundi itu tidak lagi statik dia menjadi dinamik ekoran pelbagai faktor mempengaruhi pengundi ditambah lagi dengan set pertambahan pengundi baru yang lebih taktikal dan kritikal dalam memilih calon,” katanya. 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
  • Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
  • Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
  • Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
  • “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
  • “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
  • Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
  • Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.

Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.

“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.

“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.

Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.

Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.

Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.

“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.

Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.

“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending